Tahun Melawat Malaysia 2026 – Logo, Maskot, Video Montaj

Visit Malaysia 2026
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Pada 6 Januari 2025 yang lalu, Malaysia telah melancarkan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 / Visit Malaysia 2026 (VM2026) di Hangar 6, Kompleks Kejuruteraan MAB.

Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, merasmikan acara ini dengan pelancaran logo, maskot, lagu tema, dan reka bentuk pesawat VM2026.

Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi dengan lebih lanjut berkenaan kempen Visit Malaysia 2026 dan ucapan rasmi dari Perdana Menteri.

Baca juga:

Pengenalan ‘Visit Malaysia 2026’

Visit Malaysia 2026

Visit Malaysia 2026 (VM2026) adalah kempen pelancongan nasional yang dirancang untuk memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.

Dilancarkan secara rasmi pada 6 Januari 2025, VM2026 membawa tema keindahan budaya, kecantikan alam semula jadi, dan daya tarikan global Malaysia kepada pelancong antarabangsa.

Dengan sasaran menarik 35.6 juta pelancong dan menjana pendapatan pelancongan sebanyak RM147.1 bilion, kempen ini menampilkan elemen utama seperti:

  • Lagu tema “Surreal Experiences”: Menonjolkan keunikan pengalaman Malaysia kepada dunia.
  • Logo VM2026: Lambang budaya dan keindahan Malaysia, dipamerkan pada pesawat Malaysia Airlines, Batik Air, dan AirAsia.
  • Maskot Beruang Matahari Malaya: Simbol pemuliharaan hidupan liar, direka dalam gaya animasi untuk mencetuskan daya tarikan sejagat.

VM2026 juga disokong oleh pelbagai program menarik seperti Malaysia Sarong Music Run 2025 serta kerjasama strategik dengan syarikat tempatan dan antarabangsa untuk meningkatkan promosi, memperbaiki infrastruktur pelancongan, dan memperkayakan pengalaman pelawat.

Kempen ini bukan sahaja memacu sektor pelancongan tetapi juga menyumbang kepada ekonomi negara, mencipta peluang pekerjaan, dan memperkukuh imej Malaysia di persada dunia.

Ucapan Rasmi Perdana Menteri

Visit Malaysia 2026

Visit Malaysia 2026

Visit Malaysia 2026

Visit Malaysia 2026

Visit Malaysia 2026

Visit Malaysia 2026

Video Montaj Tahun Melawat Malaysia 2026

Dengan berlangsungnya Majlis Pelancaran Kempen Melawat Malaysia 2026 (VM 2026) di Kompleks Kejuruteraan Malaysia Airlines Berhad (MAB), Sepang, Selango, video montaj sempena kempen itu turut dimuat naik menerusi laman sosial rasmi Tourism Malaysia.

Terbaharu, Ahli Parlimen Putrajaya Datuk Dr Radzi Jidin mempersoal video montaj pelancaran kempen tersebut yang langsung tidak menonjolkan keindahan seni bina masjid di Malaysia.

Jelas beliau, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Tiong King Sing perlu memberi penjelasan memandangkan rumah ibadat bagi agama lain seperti di Batu Caves dan gereja turut terdapat dalam video berkenaan.

Perkara ini turut menjadi buah mulut netizen di Malaysia yang terkilan dengan tindakan Tourism Malaysia. Ramai berpendapat bahawa tiada imej masjid di dalam video promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 bukan sesuatu yang enteng.

Menjawab kritikan beberapa pihak, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Tiong King Sing, berkata elemen seni bina masjid di Malaysia akan dimasukkan di dalam video Visit Malaysia 2026 yang lebih terperinci, kerana durasi video montaj yang sebelum ini pendek dan terhad.

Selain itu beliau menyatakan rasa kesal dengan pihak yang cuba mengaitkan isu itu dengan sentimen agama dan kaum yang hanya akan mengundang perpecahan.

Logo Visit Malaysia 2026

“Malaysia Truly Asia” bukan sekadar slogan; ia adalah identiti jenama yang kukuh:

1. Menonjolkan Keunikan Malaysia

  • Tagline ini memperkenalkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang unik di mata dunia.

2. Merangkum Kepelbagaian Etnik dan Budaya

  • Ia melambangkan keharmonian dan kepelbagaian etnik serta budaya yang menjadi keistimewaan Malaysia.

3. Gabungan Budaya Asia yang Harmoni

  • Malaysia menjadi simbol perpaduan pelbagai budaya Asia di satu destinasi.

4. Sinonim dengan Malaysia

  • “Truly Asia” sudah menjadi sinonim yang kuat di kalangan pelancong seluruh dunia.

5. Mengubahnya Akan Merosakkan Identiti Jenama

  • Perubahan tagline ini boleh melemahkan imej jenama yang telah dibina selama 25 tahun.

6. Menjejaskan Kejayaan Pemasaran yang Berterusan

  • Menggugat kejayaan usaha pemasaran global yang telah memperkukuhkan kedudukan Malaysia di persada antarabangsa.

Format Penggunaan Logo ‘Visit Malaysia 2026’

Anda boleh rujuk format penggunaan logo Visit Malaysia 2026 di sini:

Maskot Rasmi Visit Malaysia 2026

Maskot rasmi Visit Malaysia 2026 (VM2026) menampilkan dua maskot bernama Wira dan Manja, yang merupakan Beruang Matahari Malaya.

Wira, beruang jantan, memakai selendang batik di lehernya, manakala Manja, beruang betina, dihiasi dengan selempang batik serta tundung kepala batik yang cantik tersemat di kepalanya.

Reka Bentuk Pesawat

Kredit: The Star

Kredit: The Star

Kredit: The Star

Kredit: The Star

Lagu Rasmi & Lirik

Ernie Zakri telah dipilih menjadi penyanyi lagu tema bagi kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026) yang berjudul Surreal Experiences.

LIRIK LAGU

Maklumat Lanjut – Tahun Melawat Malaysia 2026

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan dengan Visit Malaysia 2026, anda boleh rujuk pada pautan berikut:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut