Universiti Kebangsaan Malaysia: Sejarah & Cara Kemasukan

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merupakan salah satu universiti terkemuka di Malaysia.

Sejak penubuhannya pada tahun 1970, universiti ini telah melahirkan ramai graduan daripada pelbagai bidang di Malaysia.

Oleh kerana itulah, UKM menjadi salah satu universiti pilihan buat pelajar menyambung pengajian di peringkat Prasiswazah, Pasca Siswazah, dan Doktor Falsafah.

Sejarah Penubuhan UKM

UKM dicetuskan dalam Mesyuarat Majlis Raja-raja pada 1903 dan kemudiannya Za’ba, seorang cendekiawan, menulis berkenaan gagasan tersebut dalam akhbar Lembaga Melayu pada 1917.

Perdebatan golongan cendekiawan Melayu untuk menubuhkan sebuah universiti dan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di institusi pengajian tinggi bermula pada 1923 apabila Abdul Kadir Adabi, seorang lagi cendekiawan Melayu mengemukakan memorandum gagasan tersebut kepada DYMM Sultan Kelantan.

Walau bagaimanapun, hasrat tersebut tidak kesampaian dan terlaksana kerana wujudnya pelbagai halangan dan rintangan oleh tekanan kolonialisme.

Mulai 1957 hingga 1967, idea penubuhan universiti kebangsaan menjadi semakin memuncak sebagai memenuhi tuntutan dan semangat kemerdekaan bangsa dan negara.

Sehubungan itu, pada 1968 cendekiawan Melayu telah membentuk sebuah jawatankuasa penaja yang berperanan merancang penubuhan sebuah universiti kebangsaan.

Pelbagai forum budaya dan politik diadakan bagi mendapat sokongan kerajaan dan rakyat untuk mewujudkan sebuah institusi pengajian tinggi yang memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam semua bidang pangajian dan keilmuan.

Akhirnya, UKM diwujudkan pada 18 Mei 1970 yang memulakan operasi pertamanya di Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Kumpulan pertama pelajar prasiswazah seramai 192 orang dan 2 orang pascasiswazah mula mendaftar di tiga buah fakulti, iaitu Fakulti Sains, Fakulti Sastera dan Fakulti Pengajian Islam.

Pada 1974, UKM menubuhkan UKM Kampus Sabah di Kebun Kawang, Papar dan kemudiannya nama Kebun Kawang ditukar kepada Limauan oleh Tun Datu Mustapha Datu Harun yang ketika itu sebagai Ketua Menteri Sabah.

Kampus yang menempatkan Fakulti Sains dan Sumber Alam ini berpindah ke Bukit Padang, Kota Kinabalu pada 1980.

Seterusnya berpindah ke Menggatal, Tuaran pada 1990 bersama Fakulti Sains Pembangunan yang asalnya ditempatkan di Kampus Induk Bangi.

Dengan penubuhan Universiti Malaysia Sabah pada 1994, UKM Kampus Sabah ditutup secara rasminya pada 1996 dan kedua-dua fakulti berkenaan dipindahkan ke Kampus Induk Bangi, Selangor.

Lokasi Universiti

Universiti Kebangsaan Malaysia mempunyai tiga buah kampus di Malaysia.

Kampus induk terletak di Bangi, Selangor manakala dua lagi kampus terletak di Kuala Lumpur dan Jalan Raja Muda Abdul Aziz.

Senarai Fakulti

Senarai fakulti yang ada di UKM adalah seperti berikut:

  • Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
  • Fakulti Sains dan Teknologi
  • Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
  • Fakulti Farmasi
  • Fakulti Pengajian Islam
  • Fakulti Sains Kesihatan
  • Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina
  • Fakulti Undang-Undang
  • Fakulti Pergigian
  • Fakulti Pendidikan
  • Fakulti Perubatan
  • Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Senarai Institut

Selain itu, UKM juga mempunyai pelbagai institut seperti:

  • Alam Sekitar & Pembangunan
  • Alam & Tamadun Melayu
  • Kajian Malaysia & Antarabangsa
  • Kejuruteraan Mikro & Nanoelektronik
  • Biologi Molekul Perubatan
  • Sel Fuel
  • Biologi Sistem
  • Institut Informatik Visual
  • Islam Hadhari
  • Kajian Etnik
  • Tenaga Suria
  • Perubahan Iklim

Program PraSiswazah Yang Ditawarkan

Program yang ditawarkan di universiti ini untuk prasiswazah adalah seperti di bawah:

Citra Universiti

  1. Sarjana Muda Sains Citra dengan Kepujian

Perubatan

  1. Doktor Perubatan
  2. Sarjana Muda Kejururawatan dengan Kepujian
  3. Sarjana Muda Sains Perubatan Kecemasan dengan Kepujian
  4. Diploma Lanjutan Kebidanan #

Pergigian

  1. Doktor Pergigian

Sains dan Teknologi

  1. Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Sains Laut)
  2. Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Sains Makanan dan Pemakanan) 
  3. Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Biologi) 
  4. Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Matematik) 
  5. Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Statistik) 
  6. Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Sains Aktuari)
  7. Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Sains Sekitaran) 
  8. Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Fizik) 
  9. Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Kimia) 
  10. Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Geologi)
  11. Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Sains Nuklear) 
  12. Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Sains Bahan) 
  13. Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Teknologi Kimia) 
  14. Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Biokimia) 
  15. Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Mikrobiologi) 
  16. Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Bioinformatik) 
  17. Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Genetik) 
  18. Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Bioteknologi Tumbuhan) 
  19. Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Sains Makanan dengan Pengurusan Perniagaan)

Pengajian Islam

  1. Sarjana muda Pengajian Islam dengan Kepujian (Usuluddin dan Falsafah) 
  2. Sarjana muda Pengajian Islam dengan Kepujian (Syariah) 
  3. Sarjana muda Pengajian Islam dengan Kepujian (Pengajian Arab dan Tamadun Islam) 
  4. Sarjana muda Pengajian Islam dengan Kepujian (Pengajian Dakwah dan Kepimpinan) 
  5. Sarjana muda Pengajian Islam dengan Kepujian (Pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah) 

Ekonomi dan Pengurusan

  1. Sarjana muda Ekonomi dengan Kepujian 
  2. Sarjana muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian 
  3. Sarjana muda Keusahawanan dan Inovasi dengan Kepujian 

Teknologi dan Sains Maklumat

  1. Sarjana muda Sains Komputer dengan Kepujian
  2. Sarjana muda Teknologi Maklumat dengan Kepujian
  3. Sarjana muda Kejuruteraan Perisian dengan Kepujian (Pembangunan Sistem Maklumat)
  4. Sarjana muda Kejuruteraan Perisian dengan Kepujian (Pembangunan Sistem Multimedia)

Farmasi

  1. Sarjana Muda Farmasi dengan Kepujian

Sains Kesihatan

  1. Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Sains Bioperubatan)
  2. Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Optometri)
  3. Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Dietetik)
  4. Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Sains Pemakanan)
  5. Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Audiologi)  
  6. Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Sains Pertuturan)  
  7. Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Kesihatan Persekitaran) 
  8. Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Sains Forensik)
  9. Sarjana Muda Pengimejan Diagnostik dan Radioterapi dengan Kepujian
  10. Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Fisioterapi)
  11. Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Terapi Carakerja)  

Undang-Undang

  1. Sarjana muda Undang-Undang dengan Kepujian

Pendidikan

  1. Sarjana muda Pendidikan dengan Kepujian (Sukan dan Rekreasi)
  2. Sarjana muda Pendidikan dengan Kepujian (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL)
  3. Sarjana muda Pendidikan dengan Kepujian (Pendidikan Khas)

Sains Sosial dan Kemanusiaan

  1. Sarjana Muda Sains Sosial dengan Kepujian (Sains Politik)
  2. Sarjana Muda Sains Sosial dengan Kepujian (Antropologi dan Sosiologi)  
  3. Sarjana Muda Sains Sosial dengan Kepujian (Psikologi)
  4. Sarjana Muda Sains Sosial dengan Kepujian (Geografi) 
  5. Sarjana Muda Sains Sosial dengan Kepujian (Sains Pembangunan)
  6. Sarjana Muda Sains Sosial dengan Kepujian (Kerja Sosial)
  7. Sarjana Muda Sains Sosial dengan Kepujian (Komunikasi Media)
  8. Sarjana Muda Sains Sosial dengan Kepujian (Linguistik)
  9. Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian (Persuratan Melayu)
  10. Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian (Sejarah)
  11. Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian (Pengajian Bahasa Inggeris)
  12. Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian (Pengajian Bahasa Melayu)

Kejuruteraan dan Alam Bina

  1. Sarjana Muda Sains Seni Bina dengan Kepujian
  2. Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dengan Kepujian 
  3. Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik & Elektronik dengan Kepujian 
  4. Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia dengan Kepujian 
  5. Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dengan Kepujian 

Cara Kemasukan

Laluan biasa bagi permohonan kemasukan ke universiti ini bagi pengajian Prasiswazah adalah melalui permohonan UPUOnline.

Selain itu, invidiu juga boleh memohon kemasukan melalui UKM Shape menerusi pautan https://www.ukm.my/ukmshape/.

Info Lanjut

Info lanjut mengenai Universiti Kebangsaan Malaysia, layari laman web https://www.ukm.my/.

Bantu kami share artikel ini: