Ujian Mendengar Bahasa Melayu SPM – Format, Contoh Soalan, Tips Menjawab
Ujian Mendengar Bahasa Melayu adalah merupakan salah satu komponen penting dalam peperiksaan SPM bagi subjek Bahasa Melayu yang wajib diambil oleh semua calon SPM 2024.
Ujian ini adalah penilaian penting yang bertujuan untuk mengukur keupayaan pelajar dalam memahami dan menginterpretasi maklumat yang didengar dalam bahasa Melayu.
Ia bukan sahaja mengukur kemampuan memahami bahasa lisan tetapi juga membantu pelajar mengasah kemahiran tumpuan dan analisis.
Kemahiran mendengar amat penting bukan sahaja untuk cemerlang dalam peperiksaan, tetapi juga dalam kehidupan seharian dan kerjaya masa depan.
Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenai format, contoh soalan dan tips Ujian Mendengar Bahasa Melayu SPM 2024.
BACA JUGA: Ujian Bertutur Bahasa Inggeris SPM – Format, Contoh Soalan & Tips
Ujian Mendengar Bahasa Melayu (UMBM) SPM 2024
Ujian Mendengar diperkenalkan sebagai sebahagian daripada format KSSM yang dilaksanakan sejak 2021. Ujian ini merupakan sebahagian daripada Kertas 4 (1103/4) dalam peperiksaan Bahasa Melayu SPM
Ia bertujuan menilai kemahiran pelajar dalam mendengar, memahami, dan menafsir maklumat daripada bahan audio seperti cerpen, dialog, atau laporan berita.
Ujian ini dijalankan serentak di seluruh negara pada tarikh yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia, iaitu 31 Disember 2024.
Setiap calon wajib hadir kerana kegagalan menduduki ujian ini akan dianggap sebagai gagal dalam komponen ujian lisan SPM.
Format Ujian Mendengar Bahasa Melayu SPM 2024
Struktur Soalan
1. Jenis Soalan
Ujian ini mengandungi tiga jenis soalan yang berbeza:
- Objektif Aneka Pilihan (OAP): Pilihan jawapan diberikan, dan pelajar perlu memilih jawapan yang paling tepat.
- Objektif Pelbagai Bentuk: Soalan seperti mencocokkan maklumat daripada petikan dengan gambar rajah atau carta.
- Subjektif Respons Terhad: Jawapan pendek berdasarkan isi petikan
2. Bilangan Soalan:
Calon perlu menjawab 20 hingga 25 soalan yang berasaskan 4 hingga 6 petikan audio. Kesemua soalan wajib dijawab, dan markah penuh untuk komponen ini adalah 30 markah.
3. Jenis Bahan:
Soalan berdasarkan bahan-bahan berikut:
- Cerpen atau cerita pendek dengan dialog ringkas.
- Laporan atau berita yang sering diambil daripada situasi harian.
- Arahan dan penerangan seperti panduan keselamatan atau langkah-langkah sesuatu proses.
Petikan yang disediakan di dalam ujian ini bertujuan untuk menguji keupayaan pelajar memahami isi penting, mengenal pasti maklumat, serta mengesan intonasi dan nada
Prosedur
- Calon membaca soalan kali pertama selama satu minit.
- Mendengar rakaman pertama kali sambil membaca soalan.
- Calon diberi masa 30 saat untuk menyemak jawapan.
- Calon membawa soalan kali kedua selama satu minit.
- Rakaman petikan diperdengarkan kali kedua.
- Calon diberi masa 30 saat untuk menyemak jawapan. Jawapan ditulis terus tanpa memulakan ayat dengan kehendak soalan.
- Ulang untuk petikan-petikan seterusnya.
- Tempoh keseluruhan ujian adalah 30 minit.
Tips:
- Kali Pertama: Mendengar rakaman pertama sambil membaca soalan. Catatkan nota ringkas atau kata kunci jika diperlukan.
- Kali Kedua: Mendengar semula rakaman untuk mengesahkan jawapan. Fokus pada isi yang mungkin terlepas semasa mendengar kali pertama.
Tempoh masa keseluruhan ujian ialah 30 minit. Rakaman audio dimainkan dua kali, dan calon diberikan masa mencukupi untuk membaca serta menjawab soalan. Setiap petikan berlangsung sekitar 3 hingga 4 minit, bergantung pada panjang dan kandungannya.
NOTA PENTING:
- Semua elemen yang dinyatakan dalam rakaman mesti ditulis semula dalam jawapan untuk mendapat markah penuh, sebagai bukti calon dapat mendengar dengan baik.
- Perkataan yang didengar tidak boleh ditukar dengan perkataan lain yang sama erti.
- Pelajar digalakkan menulis dalam ayat yang lengkap atau gramatis untuk menjawab soalan struktur.
BACA JUGA: Tarikh & Jadual SPM 2024 (Lembaga Peperiksaan Malaysia)
Contoh Soalan
SET 1
Petikan 1: Wawancara
Petikan 2: Cerpen
Petikan 3: Pengumuman
Petikan 4: Tatacara
Petikan 5: Iklan
Gabungan Petikan 1-5
SET 2
Petikan 1: Cerpen
Petikan 2: Berita
Petikan 3: Dialog
Petikan 4: Syarahan
SET 3
Petikan 1: Fakta Sains
Petikan 2: Iklan
Petikan 3: Dialog
Petikan 4: Info
SET 4
Petikan 1: Dialog
Petikan 2: Iklan
Petikan 3: Temubual
Petikan 3: Carta Nutrien
Tips Menjawab Ujian Mendengar Bahasa Melayu SPM
Berikut adalah tips menjawab Ujian Mendengar Bahasa Melayu SPM yang boleh membantu calon memahami dan menjawab soalan dengan tepat:
1. Tumpukan Perhatian Semasa Rakaman Audio
- Elakkan gangguan: Sebelum ujian bermula, pastikan anda berada dalam keadaan tenang dan fokus.
- Semasa audio dimainkan, fokuskan perhatian sepenuhnya pada rakaman dan baca soalan secara serentak. Rakaman hanya dimainkan dua kali. Kehilangan fokus boleh menyebabkan anda terlepas maklumat kritikal.
- Gunakan nota ringkas: Catat kata kunci penting semasa mendengar untuk membantu anda memahami isi petikan.
2. Baca dan Fahami Soalan dengan Cepat
- Semak setiap soalan sebelum rakaman dimainkan: Ini membantu anda mengenal pasti maklumat yang perlu diberi perhatian dalam rakaman.
- Fahami jenis jawapan yang diperlukan, sama ada jawapan pendek, memilih jawapan betul, atau melengkapkan tempat kosong.
Tips tambahan: Soalan yang melibatkan tempat kosong biasanya memerlukan fokus pada angka, lokasi, atau fakta tertentu.
3. Manfaatkan Peluang Kedua
- Pada kali kedua rakaman dimainkan, gunakan masa ini untuk:
- Mengesahkan jawapan. Bandingkan jawapan awal dengan maklumat dalam rakaman.
- Tambahkan jawapan jika terlepas isi penting pada pusingan pertama.
Kenapa peluang kedua penting? Ia memberi anda ruang untuk menyemak jawapan dengan lebih terperinci dan memastikan ketepatan maklumat
4. Latihan Berterusan Menggunakan Rakaman Simulasi
- Latih diri dengan bahan audio seperti cerpen, berita radio, atau dialog daripada sumber pendidikan.
- Biasakan dengan format rakaman seperti intonasi, nada suara, dan struktur cerita.
5. Kuasai Strategi Teknikal
- Gunakan pen atau pensil berkualiti untuk menulis jawapan dengan jelas.
- Jangan tulis jawapan dengan ayat penuh jika arahan meminta jawapan ringkas.
- Pastikan jawapan mengikut susunan soalan untuk mengelakkan kekeliruan semasa semakan.
6. Kawal Emosi dan Tekanan
- Jika anda merasa gugup, tarik nafas dalam-dalam untuk bertenang sebelum ujian bermula.
- Fokus pada tugas semasa dan abaikan persekitaran yang mengganggu. Tekanan boleh mengganggu keupayaan anda mendengar dan menumpukan perhatian sepenuhnya.
Sumber: