Untuk calon yang memohon Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP), salah satu ujian yang perlu ditempuh adalah Ujian Kecergasan Fizikal (UKF).
Bagi memastikan calon layak bagi menyambung pengajian bagi program diploma tersebut, mereka perlulah melepasi ujian ini.
Apa Itu UKF?
Ujian Kecergasan Fizikal adalah kaedah yang digunakan dalam usaha mengenal pasti tahap kecergasan calon guru.
Ini bagi memastikan bakal guru mempunyai kecergasan yang baik bagi melahirkan guru siswazah yang sentiasa sihat, ceria, berdisiplin, berpekerti mulia, serta berwibawa dan berwawasan seiring dengan tahap penguasaan kemahiran dan pengetahuan.
Ujian ini perlu diambil oleh calon yang memohon PDPP, iaitu program yang dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Komponen UKF
Calon akan diuji dengan ujian berikut iaitu:
- Larian: Calon dikehendaki menjalankan jarak tertentu dalam masa yang ditetapkan. Contohnya, larian 2.5 kilometer dalam masa yang ditetapkan.
- Sit-up: Calon diuji dalam jumlah sit-up yang boleh anda lakukan dalam satu minit.
- Push-up atau Tekan Tubi: Calon diuji dalam jumlah push-up yang boleh dilakukan dalam satu minit.
- Pull-up: Calon diuji dalam jumlah pull-up yang boleh anda lakukan.
- Bebanan: Calon diuji dalam mengangkat bebanan tertentu seperti mengangkat barbel atau melakukan aktiviti yang melibatkan angkat dan bawa.
- Ujian kardiovaskular: Calon diuji melibatkan aktiviti seperti melompat, berjalan pantas, atau mengikut pola lantai tertentu untuk menguji daya tahan kardiovaskular mereka.
Tarikh Penting PDPP
Untuk calon PDPP, tarikh pelaksanaan ujian ini adalah pada 3 September 2024.
Semakan Layak Temuduga UKF
PENGUMUMAN
SEMAKAN LAYAK TEMU DUGA DAN UJIAN KECERGASAN FIZIKAL (UKF)
PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH (PDPP) 2024
CALON BOLEH MEMBUAT SEMAKAN PADA 3 SEPTEMBER 2024 (SELASA) BERMULA
JAM 10.00 PAGI.
SILA BUAT SEMAKAN DI ;
https://mypdpp.moe.gov.my/pd/index.cfm
Tips Lulus
Untuk lulus ujian ini, beberapa tips boleh dilakukan oleh para calon sebagai persediaan:
- Sebelum menjalani ujian, lakukan persediaan seperti senaman dan latihan kecergasan. Contohnya buat latihan larian mengikut masa dan jarak yang ditetapkan.
- Jangan memaksa diri untuk lakukan latihan fizikal mengikut kemampuan badan anda.
- Bagi mereka yang mempunyai BMI agak melebihi daripada yang ditetapkan, sila amalkan diet yang sihat.
- Bagi mereka yang mempunyai berat badan berlebihan, cuba turunkan berat badan.
- Jaga kesihatan sebaiknya dan dapatkan rehat yang cukup.
- Jaga pemakanan dan minum air secukupnya.
- Pakai pakaian sukan yang selesa dan sesuai semasa hari ujian dijalankan.
Baca juga: myPDPP: Permohonan Calon Guru PDPP 2024