UFUTURE UiTM : Login, Lupa Kata Laluan & Pengisian Exit Survey SuFo

SuFo : PROSES EXIT SURVEY SESI II 2021/2022 TELAH PUN DIBUKA DI UFUTURE UITM!

Penilaian SuFO telah dibuka, pelajar diminta untuk melengkapkan penilaian bagi setiap subjek yang didaftarkan di Student Portal pada bahagian i-Learn.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang SuFo dan cara membuat penilaian secara online di laman web uFuture.

ufuture uitm

Apakah uFuture?

Ia adalah satu platform untuk menyampaikan konten pembelajaran secara online kepada mana-mana individu yang ingin menyertai kursus tanpa had kedatangan.

Apakah Penilaian SuFo?

Tujuan Student Feedback Online (SuFO) adalah untuk penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran, demi kepentingan pelajar dan UiTM supaya kualiti program dan akreditasi pelajar terjaga.

Langkah Mengisi Exit Survey Melalui Laman Web uFuture UiTM

Berikut merupakan langkah-langkah untuk mengisi Exit Survey melalui laman web Ufuture:

  1. Log masuk ke Ufuture (https://ufuture.uitm.edu.my/login).
  2. Tekan simbol “triple bar” di bahagian atas skrin.
  3. Scroll pilihan di bahagian kiri skrin dan pilih “Evaluation”.
  4. Pilih Exit Survey.

Sila rujuk infografik di bawah:

ufuture uitm
sufo

Baca juga:

Lupa Kata Laluan

Jika anda terlupa kata laluan untuk log masuk ke laman web uFuture, sila klik ke pautan berikut: https://ufuture.uitm.edu.my/forgot dan tekan butang RESET PASSWORD.

Sekiranya anda mengalami masalah, hubungi saluran berikut:

  • Hotline: IT Department, iCEPS : 03 – 5544 8369 / 03 – 5544 8174

Tarikh Penting

Para pelajar diminta untuk melengkapkan Student Feedback Online (SuFo) bagi sesi Mac – Ogos 2022. Tarikh akhir adalah seperti berikut:

  • Tarikh: 13 Jun 2022 – 24 Julai 2022

Para pelajar diingatkan untuk melengkapkan SuFo mengikut tarikh yang ditetapkan bagi mengelakkan keputusan penilaian akhir disekat.

Sila lengkapkan SuFo di laman sesawang UFUTURE UiTM di pautan berikut

Link: https://ufuture.uitm.edu.my/home/

Kerjasama daripada semua pelajar amatlah dihargai. Sekian, terima kasih.

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan kursus yang ditawarkan, sila layari laman web

https://ufuture.uitm.edu.my/home/

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam
Malaysia
03 – 5544 8369
[email protected]

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!