Contoh Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2025 Kreatif & Menarik

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Contoh Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2025 ~ Hari Raya Aidilfitri bukan sekadar hari kemenangan selepas sebulan berpuasa, tetapi juga momen yang penuh dengan kasih sayang, silaturrahim dan kemaafan.

Setiap kali Syawal menjelma, ramai antara kita mula mencari idea ucapan Hari Raya yang bukan sahaja menyentuh hati tetapi juga unik dan berkesan untuk dikongsi bersama keluarga, sahabat serta rakan sekerja.

Dalam era digital ini, ucapan Hari Raya bukan sahaja dihantar melalui kad tradisional, malah turut dikongsi secara kreatif melalui WhatsApp, media sosial dan video ucapan.

Jom kita tengok koleksi ucapan Hari Raya Ailidfitri yang menarik untuk disampaikan.

Baca Juga : Takbir Raya Aidilfitri : Lafaz, Maksud & Panduan JAKIM

Ucapan Hari Raya Aidilfitri 2025 Yang Menarik Untuk Keluarga dan Rakan

Ramadhan telah kita tinggalkan, kini menjelma Syawal yang mulia. Aidilfitri berbahang gembira, di sambut dgn rasa suka. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Salam Aidilfitri. Semoga kita termasuk orang-orang yang sentiasa bersyukur dan diterima amalan kita sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini.

Ramadhan bakal pergi meninggalkan kita. Namun lambaian Syawal pula menanti di sana. Dengan luhur hati ikhlas kemaafan, semoga silap dan salah mohon di ampuni.

Ucapan Hari Raya Aidilfitri

Ketika tangan tak mampu berjabat,

Kaki tak dapat melangkah,

Hanya hati yang mampu berbisik,

Mohon maaf atas segala kesalahan.

Jika jiwa sebening air, maka jangan keruhkan, jika hati seputih awan, jangan mendungkan. Raih kemenangan dengan kita saling bermaafan. Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Walaupun jauh beribu batu,

Tapi ingatan tetap selalu,

Kukirim ucapan pengganti diriku,

Agar Aidilfitri indah buatmu.

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata. Dalam gurau senda tentu ada khilaf dan dosa. Mohon ampun dan maaf atas segala kesilapan. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.

——————————————————

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Di kesempatan yang penuh barakah ini, saya dan seisi keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1446 Hijrah, Maaf Zahir dan Batin buat seluruh sanak saudara, sahabat handai, dan kenalan yang mengenali kami.

Setelah sebulan menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadan, kini tibalah Syawal yang dinanti, bulan kemenangan yang membawa seribu makna. Syawal bukan hanya tentang baju baru, kuih raya, atau juadah yang terhidang tapi juga tentang keinsafan, kemaafan, dan kembali menyucikan hati serta mempererat silaturahim.

Andai sepanjang perkenalan kita pernah terlanjur kata, tersilap bicara, terkasar perbuatan atau tersalah tingkah saya susun sepuluh jari memohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Tiada manusia yang sempurna, namun setiap insan layak untuk dimaafkan dan memaafkan.

Dalam dunia yang makin sibuk ini, saya doakan agar Aidilfitri ini menjadi peluang untuk kita semua berhenti sejenak, menghargai insan-insan yang masih ada, mengenang yang telah pergi, dan merenung kembali erti kasih sayang, persahabatan, serta nilai kekeluargaan yang sejati.

Semoga Allah SWT menerima segala amal ibadah kita sepanjang Ramadan, memanjangkan usia dalam keberkatan, dan membuka pintu rezeki serta ketenangan dalam hidup kita semua.

Selamat menyambut Aidilfitri.
Maaf zahir dan batin dari hati yang tulus ikhlas.

——————————————————

Bila mentari Syawal menyinar lembut di pagi lebaran,
Hati tersentuh mengenang insan-insan yang jauh di mata namun dekat di jiwa.
Ada yang tidak sempat pulang, ada yang telah dijemput Ilahi
Dan ada juga yang hanya mampu menitipkan salam dari kejauhan.

Namun Aidilfitri tetap hadir, membawa sinar harapan dan ruang untuk saling memaafkan.

Kepada sahabat dan keluarga yang telah mewarnai perjalanan hidupku,
Terima kasih atas segala kenangan suka, duka, tawa, dan air mata.
Jika pernah ada khilaf dan kekasaran yang tak disengajakan,
Mohon diampunkan dari hujung rambut ke hujung kaki.

Aidilfitri adalah tentang hati yang dibersihkan, hubungan yang dibaiki,
Dan kasih sayang yang dikembalikan setelah sekian waktu diuji.

Semoga lebaran ini menjadi permulaan baru yang lebih indah,
Diberi umur yang panjang dalam iman, dan rezeki yang luas dalam berkat.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1446H
Maaf Zahir dan Batin dari lubuk hati terdalam

Koleksi Pantun Ucapan Hari Raya Aidilfitri

Dalam menyambut meriahnya raya,

Jangan lupakan saudara di Gaza,

Serba sederhana tetap bermakna,

Semoga amalan kita diterima.

———————————————–

Pelita diletak di atas para,

Hendak dinyala di tepi perigi;

Wassap dihantar pengganti kad raya,

Tanda ingatan di Aidilfitri

Ucapan Hari Raya Aidilfitri

Satu Syawal menjelang tiba,

Takbir bergema mengegarkan jiwa,

Sekiranya ada salah dan dosa,

Ampun dipinta dihari mulia.

——————————————-

Awal Syawal rai kemenangan,

Umat Islam saling berkunjungan,

Tahmid bertukar erti ketenangan,

Selamat menyambut Hari Lebaran

————————————————

Sepuluh jari tersusun rapi,

Bunga melati pengharum hati,

Mesej dikirim pengganti diri,

Memohon maaf setulus hati.

——————————————————

Buat meriam pasang pelita,

Asap keluar bunyi tak ada,

Ucapan raya maaf dipinta,

Harap tiada yang mengguris jiwa

——————————————————

Kian berlabuh tirai Ramadan,

Lambaian Syawal kian dinanti,

Luhur hati ikhlas kemaafan,

Semoga kesalahan dimaafi.

—————————————————-

Raya pertama cantik berseri,

Berbaju kurung bagai puteri;

Duit Raya jangan lupa diberi,

Selamat Hari Raya Aidilfitri.

———————————————-

Ada mata pandanglah keindahan,

Ada mulut berbudilah pertuturan,

Ada hati berilah kesayangan,

Ada salah dan silap sudilah memaafkan.

————————————————

Sungai disusur sehari-hari,

Dalam gelap menangkap ikan,

Kami menyusun sepuluh jari,

Salah dan silap harap dimaafkan.

————————————————

Kian Berlabuh Tirai Ramadhan

Lambaian Syawal Kian Dinanti

Luhur Hati Ikhlas Kemaafan

Semoga Kesalahan Harap Di Maafi

Bulan puasa sudah berlalu

Kini Syawal menjelma ceria

Ampun maaf ku pinta selalu

Moga ukhuwah kekal selamanya

————————————————

Pelita dipasang di tepi laman

Biar bercahaya malam yang kelam

Di hari raya ku mohon keampunan

Dari hati untuk insan tersayang

————————————————

Jalan sesak, teruk tempuh

Empat belas jam penuh sabar

Di hari raya, hati bersyukur

Keluarga bersama, bahagian berakar

———————————————–

Pulau Pandan jauh ke tengah

Hujung daik bercabang tiga

Makan sudah bersalam pun sudah

Duit raya takkan dah lupa

———————————————–

Anak perantau pulang ke desa

Lama sudah tidak bersua

Raya disambut dengan gembira

Jangan dilupa pada yang tiada

———————————————–

Yakin si teruna segak berdiri

Bersampin songket indah sekali

Takbir bergema memuji Ilahi

Aidilfitri disambut, syukur dirasai

———————————————–

Ramadan berlalu pasti dirindui

Moga amal diterima Ilahi

Syawal menjelama sama dirai

Berjumpa keluarga yang dekat di hati

———————————————–

Awal bangun dini hari

Bersiap dengan sunnah Nabi

Seikhlas hati menyusun jari

Mohon maaf kekhilafan diri

———————————————–

Bila Syawal menjela indah

Hati yang gundah kembali cerah

Maaf dipinta, salah dileraikan

Aidilfitri disambut penuh kenangan

Baca juga: Waktu Solat Raya Aidilfitri – Panduan Solat Hari Raya Aidilfitri Di Rumah

Ucapan Raya Bertemakan Islamik

1. Selamat hari raya Aidilfitri. Semoga hari raya ini anda dipenuhi dengan kebahagiaan dan kehidupan yang terbaik.

2. Semoga kedamaian dan kebahagiaan selalu mengiringi hidup kita. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon Maaf Zahir & Batin kami sekeluarga.

3. Tiada kesucian menjadi sempurna tatkala ada salah satu kebencian tertanam dalam jiwa membasuh jiwa dengan permintaan maaf. Terkirim dari lubuk hati atas kesalahan selama ini. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Mohon maaf zahir batin.

4. Kul’am wa-antum bi-khayr. Eid Mubarak. (Semoga anda tetap boleh merayakan Aidilfitri setiap tahun).

5. Ya Rabbi, berkati umur kami hingga Ramadan di tahun depan. Sucikan hati kami untuk bisa memaafkan saudara kami. Taqabalallahu minna wa minkum.

6. Sucikan hati dengan dzikir, cerahkan hati dengan pikir, teruslah bersyukur dengan menebar senyuman, dengan kerendahan hati saya mengucapkan selamat lebaran.

7. Waktu mengalir bagaikan air. Ramadan suci akan berakhir. Untuk salah yang pernah ada. Untuk khilaf yang sempat terucap. Pintu maaf selalu ku harap.

8. Dalam kerendahan hati, ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta, ada kekayaan jiwa. Hidup ini terasa indah jika ada maaf. Taqabbalallahu Minna Wa Minkum.

9. Inilah hari yang penuh kesucian dan kesukacitaan. Hari kemenangan dan hari untuk saling memaafkan. Mohon maaf lahir dan batin dan selamat hari raya Aidilfitri.

10. Sebaik-baiknya manusia adalah mereka yang berbesar hati memberikan maaf yang tulus kepada sesamanya. Bersama untaian kata-kata yang tidak bererti ini, semoga kita mampu saling memaafkan. Baik atas segala salah kata maupun perbuatan yang pernah dilakukan. selamat hari raya Aidilfitri.

11.

‎تَقَبَلَ اللّٰهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ

‎صِيَامَنَا وَصِيَامَكُمْ

‎َكُلُّ عَامٍِ وَاَنْتُمْ بِخَيْرٍ

‎مِنَ العَائِدَيْنِ وَالفَائِزِيْنَ

Semoga Allah menerima (puasa) kita dan menjadikan kita kembali (dalam keadaan suci) dan termasuk orang-orang yang mendapat keampunanNya…

12. Ramadan mengajar kita erti sabar, Syawal mengajar kita erti syukur. Ramadan mendidik hati untuk taat, Syawal membuka lembaran baharu dalam ketundukan. Semoga lebaran ini menyucikan jiwa, menyatukan hati yang pernah berpecah, dan mendekatkan kita pada Allah dengan ikhlas. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Semoga Allah merahmati langkah-langkah kita, dan menjadikan setiap kemaafan sebagai rahmat.

13. Taqabbalallahu minna wa minkum. Selamat Hari Raya Aidilfitri 1446H. Semoga segala amal diterima dan hati kembali suci. Maaf zahir dan batin.

14. Ya Allah, indahkan Syawal ini dengan kasih sayang dan keampunan-Mu. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Mohon maaf zahir dan batin.

Background Menarik

Berikut turut dilampirkan beberapa pilihan background menarik yang dikongsikan di media sosial.

selamat hari raya aidilfitri
selamat hari raya aidilfitri
selamat hari raya
selamat hari raya

Sumber: PKG JAIS Kuala Langat

Sumber: Facebook Asiah Kuzaiman

Sumber: Facebook Abang Din Channel

Ucapan Sunnah Terbaik Sesuai Syari’e

Suasana di Malaysia pada hari raya Aidilfitri orang ramai akan mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin. Betul ke ada hadis mengenai ucapan raya “taqabbalallahu minna wa minkum” semasa pagi hari raya?

Menurut laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Imam al-Suyuti mengarang sebuah kitab bertajuk Wusul al-Amani bi Usul al-Tahani[1] yang menghimpunkan hadis-hadis berkaitan ucapan-ucapan tahniah sama ada pada hari raya atau selainnya.

Antara riwayat yang beliau sebutkan dalam buku tersebut ialah ucapan pada hari raya:

تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ

Maksudnya: “Semoga Allah menerima amalanku dan amalanmu.”

Disebut dalam sebuah riwayat :

قال واثلة لقيت رسول الله يوم عيد فقلت تقبل الله منا ومنك قال نعم تقبل الله منا ومنك

Ertinya : Berkata Wathilah, Aku bertemu Rasulullah s.a.w pada hari raya dan aku katakan pada baginda “taqabballahu minna wa minka”, baginda menjawab : Ya, taqabbalallahu minna wa minka” ( Al-Baihaqi, rujuk perbincangan di Fath Al-Bari, 2/446 )

Riwayat yang menyandarkan ucapan: “Semoga Allah menerima amalanku dan amalanmu” merupakan riwayat yang daif jiddan. Pendapat yang lebih kuat riwayat ini hanyalah riwayat berbentuk mauquf(terhenti kepada sahabat). Walau bagaimanapun diharuskan untuk mengucapkannya berdasarkan riwayat-riwayat lain yang menunjukan para sahabat saling mengucapkan ucapan tahniah tersebut pada hari raya dan riwayat ini berstatus hasan.

Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama.

Sumber : Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan – JAWI
ucapan selamat hari raya aidilfitri terbaik

Apakah jawapan Taqabbalallahu Minna Wa Minkum?

Dalam riwayat sahabat dan salafus soleh yang sampai kepada kita, jawapan terbaik Taqabbalallahu Minna Wa Minkum adalah doa yang sama: Taqabbalallahu minna wa minka

Ianya sunnah untuk mendoakan Muslim yang lain dengan doa yang baik.

Semoga ucapan Hari Raya yang disampaikan dapat eratkan lagi hubungan anda dengan keluarga dan rakan terdekat.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin!

Rujukan:

Baca juga: JAKIM: Panduan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri Berjemaah & Bersendirian

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut