Senarai Ubat Tonsil Yang Mujarab

ubat tonsil
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Bagi individu yang menghidapi Radang Tonsil, mereka perlulah mengambil ubat Tonsil bagi memastikan radang tonsil mereka mengalami komplikasi yang serius.

Radang tonsil lazimnya terjadi pada kanak-kanak dan ia mungkin terjadi sekali-sekala atau berulang kali.

Mengenai Radang Tonsil

Tonsil adalah kelenjar yang bekerja seperti askar untuk memerangi infeksi di tubuh yang terletak di tepi sebelah belakang tekak.

Ianya berbentuk bujur dan terletak di dinding sisi tekak (orofarinks) di antara tiang anterior (anterior pillar) dan tiang posterior (posterior pillar).

Tonsil boleh dihidapi oleh pelbagai peringkat umur terutamanya dalam kalangan kanak-kanak kondisi yang boleh berjangkit dan boleh merebak apabila kanak-kanak bermain antara satu sama lain dalam jarak dekat.

Gejala Radang Tonsil

Antara gejala yang bakal dihadapi pesakit adalah seperti berikut:

  • Demam panas 38°C hingga 40°C, seram sejuk dan menggigil
  • Sukar menelan
  • Sakit telinga
  • Sakit tekak

Gejala lain yang bakal dihadapi adalah seperti berikut:

  • Sakit kepala
  • Sakit badan
  • Sembelit
  • Lemah tubuh
  • Sakit perut
  • Hilang selera (limfadenitis makan mesentrik)

Tanda Radang Tonsil

Tanda-tanda radang tonsil adalah seperti berikut:

  • Nafas berbau busuk dan Iidah kering bersalut putih.
  • Lelangit dan anak tekak berwarna merah terang.
  • Kelenjar limfa di leher (jugulodigastric lymph node) membesar dan sakit.
  • Tonsil- merah, bengkak dengan nanah di pembukaan kripta (follicular tonsillitis) atau selaput putih di permukaan (membranous tonsillitis)
  • Tonsil – membesar, bertemu di garis tengah dan menyempitkan kerongkong. Bengkak (edema) di anak tekak dan lelangit (parenchymatous tonsillitis)

Komplikasi Radang Tonsil

Radang tonsil yang berlaku akan mewujudkan komplikasi berikut:

  • Jangkitan kuman yang masih berterusan
  • Nanah peritonsil (di sekitar tonsil)
  • Nanah parafaringeal (di dalam leher)
  • Nanah di permukaan leher (dikelenjar limfa)
  • Otitis media akut (jangkitan telinga tengah)
  • Demam reumatik disebabkan oleh GABHS.
  • Glomerulonephritis akut (AGN).
  • Endokarditis bakteris subakut (SBE) dalam kalangan pesakit yang mengalami penyakit injap jantung di sebabkan oleh bakteria Streptococcus viridans

Ubat Tonsil Yang Mujarab

Bagi pesakit ini, doktor akan memberikan preskripsi ubat bagi rawatan radang tonsil ini seperti berikut:

  • Antibiotik – Jika jangkitan disebabkan oleh bakteria, maka antibiotik diperlukan bagi membantu menghapus kuman pada tonsil.
  • Antiviral – Jika jangkitan diakibatkan oleh virus pula, antiviral diperlukan juga untuk membantu membunuh kuman pada tonsil.
  • Ubat tonsil kemam – Lebih dikenali dengan nama lozeng, ia bukan sahaja bagus dihisap jika ada tonsilitis malah untuk masalah tekak yang lain juga.
  • Ubat tonsil kumur -Biasa diambil untuk mereka yang ada masalah nafas berbau, ia juga boleh dikumur di saat tonsil mengalami masalah bengkak. Antara ubat yang boleh diambil adalah Oradex, Bactidol, Betadine, dan Thymol.
  • Ubat tonsil spray – Antara alternatif yang terkini, termudah dan berkesan, turut wujud ubat dalam bentuk spray atau semburan untuk digunakan oleh pesakit. Antara ubat yang boleh diambil adalah Difflam Spray, Betadine Spray, Difflam lozenges, Sobenz, Mac dual atau Linkus.

Sumber: https://hellodoktor.com/keadaan-telinga-hidung-tekak/tekak/ubat-tonsil-bengkak-di-farmasi/

Baca juga: Doa Nuzul Quran – Teks Dalam Rumi, Arab & Terjemahan

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut