Setiap daripada kita pastinya mempunyai pengalaman ngeri sakit gigi dan oleh itu penting untuk kita tahu beberapa jenis ubat tahan sakit gigi paling kuat untuk mengurangkan kesakitan tersebut.
Sakit gigi merupakan masalah umum yang boleh mengganggu aktiviti harian dan menjejaskan kualiti hidup seseorang.
Untuk mengatasi kesakitan ini, terdapat beberapa pilihan ubat tahan sakit yang boleh dipertimbangkan, bergantung kepada tahap kesakitan dan punca masalah.
Bagi mengurangkan sakit gigi, terdapat beberapa ubat tahan sakit gigi yang boleh anda gunakan bagi mengurangkan kesakitan gigi buat sementara waktu.
Ubat Tahan Sakit Gigi Tanpa Preskripsi
Berikut merupakan antara ubat tahan sakit gigi yang anda boleh beli yang tidak memerlukan preskripsi dari doktor untuk membelinya:
- Paracetamol: Ubat ini berkesan untuk melegakan kesakitan ringan hingga sederhana. Ia sesuai untuk individu yang tidak boleh mengambil ubat anti-radang bukan steroid (NSAID).
- Benzokin: Anestetik topikal ini dapat mengebaskan kawasan gigi dan gusi apabila disapu, sekali gus membantu mengurangkan sakit gigi. Namun, menurut American Dental Association, benzokin tidak sesuai digunakan untuk kanak-kanak di bawah umur 2 tahun.
- Asetaminofen: Sebagai ubat penghilang rasa sakit, asetaminofen adalah pilihan yang baik untuk melegakan kesakitan sementara sebelum anda mendapatkan rawatan daripada pakar gigi. Namun, asetaminofen tidak merawat keradangan. Jika anda mengalami tanda-tanda seperti kemerahan, bengkak, atau rasa panas, ubat antiradang bukan steroid (NSAID) adalah pilihan yang lebih sesuai.
- NSAID: Ubat antiradang bukan steroid seperti aspirin, ibuprofen, dan naproksen bukan sahaja berkesan dalam mengurangkan rasa sakit akibat kaviti tetapi juga membantu merawat keradangan yang berkaitan dengan penyakit gusi, gigi bernanah, atau sinusitis. Walaupun begitu, NSAID tidak boleh digunakan lebih daripada 10 hari tanpa mendapatkan nasihat daripada doktor.
Ubat Tahan Sakit dengan Preskripsi
Apabila sakit gigi menjadi terlalu teruk dan tidak dapat ditangani dengan ubat tahan sakit biasa, ubat yang memerlukan preskripsi doktor mungkin diperlukan.
Berikut adalah beberapa pilihan yang sering disyorkan oleh doktor gigi:
- Arcoxia (Etoricoxib): Arcoxia adalah sejenis NSAID (Non-Steroidal Anti-Inflammatory Drug) yang lebih kuat berbanding ibuprofen atau asid mefenamat. Ia biasanya diberikan untuk sakit gigi yang serius, terutama jika terdapat keradangan yang signifikan. Ubat ini membantu mengurangkan bengkak dan kesakitan, namun penggunaannya memerlukan pemantauan kerana kesan sampingan seperti peningkatan tekanan darah, sakit kepala, dan loya.
- Kodein: Kodein adalah ubat tahan sakit opioid yang sering digabungkan dengan paracetamol (seperti dalam Co-codamol). Ia berkesan untuk kesakitan yang teruk tetapi perlu digunakan dengan berhati-hati kerana risiko ketagihan dan kesan sampingan seperti rasa mengantuk dan sembelit.
- Steroid Oral: Dalam beberapa kes tertentu yang melibatkan keradangan gusi atau abses, doktor mungkin menetapkan steroid oral seperti prednisolone untuk mengurangkan keradangan. Walau bagaimanapun, steroid bukan pilihan utama dan hanya digunakan dalam keadaan yang memerlukannya.
Kaedah Tradisional dan Rawatan di Rumah
Selain ubat-ubatan, beberapa kaedah tradisional boleh membantu melegakan sakit gigi:
- Kumur Air Garam: Mengumur dengan air garam suam dapat membantu membersihkan kawasan mulut dan mengurangkan keradangan.
- Tuam Pek Ais: Meletakkan pek ais pada bahagian pipi yang gigi yang sakit boleh mengecutkan salur darah dan mengurangkan kesakitan.
- Kunyah Bunga Cengkih atau Bawang Putih: Rempah ini mempunyai sifat antibakteria dan boleh membantu mengurangkan kesakitan sementara.
Artikel berkaitan: 14 Cara Hilangkan Sakit Gigi Dengan Bahan Di Rumah
Kepentingan Rawatan Profesional
Walaupun ubat tahan sakit gigi dan kaedah tradisional dapat memberikan kelegaan sementara, adalah penting untuk berjumpa dengan doktor gigi bagi merawat punca sebenar sakit gigi.
Penggunaan ubat tanpa preskripsi haruslah mengikut dos yang disarankan, dan elakkan penggunaan bagi jangka panjang kerana ia mungkin mendatangkan kesan sampingan.
Ingat, menjaga kebersihan mulut yang baik dan melakukan pemeriksaan gigi secara berkala adalah langkah pencegahan terbaik untuk mengelakkan masalah sakit gigi di masa hadapan.
Kredit: