Adakah anda sedang mencari ubat selsema yang berkesan? Tidak dinafikan terdapat banyak jenama serta jenis ubat untuk merawat selsema sehingga boleh membuatkan kita keliru.
Namun, ada sesetengah ubat selsema yang mungkin tidak sesuai bagi orang dengan penyakit tertentu. Selain itu, terdapat juga ubat yang menyebabkan mengantuk.
Jadi, ubat manakah yang terbaik untuk ada dapati di farmasi? Jom ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut.
Senarai Ubat Selsema Yang Disarankan Oleh Ahli Farmasi
1. Clarinase
Ubat berbentuk tablet ini sesuai untuk atasi selsema dengan hidung tersumbat dan merupakan antara pilihan popular di farmasi.
Namun, ubat dengan kandungan decongestant tidak sesuai diambil oleh pesakit glaucoma, darah tinggi, degupan jantung tidak sekata dan beberapa penyakit lagi.
Sebelum membeli, biasanya ahli farmasi akan bertanya sama ada anda alami sebarang masalah kesihatan.
2. Pseudoephedrine
Pseudoephrine merupakan ubat decongestant yang membantu meredakan masalah hidung tersumbat dengan mengecilkan saluran darah dalam hidung.
Hasilnya, udara dapat mengalir dengan lebih lancar.
3. Peace Syrup
Seperti clarinase, Peace syrup juga mengandungi decongestant. Ubat ini juga tidak sesuai diambil pada waktu siang kerana boleh menyebabkan mengantuk.
4. Chloramine
Ubat yang boleh didapati dalam bentuk tablet atau sirap ini pula sesuai untuk atasi masalah selsema dengan hidung berair (tidak tersumbat). Ubat ini juga boleh menyebabkan mengantuk.
5. Polarax Syrup
Seperti Chloramine, Polarax syrup juga sesuai untuk meredakan hidung berair dan turut menyebabkan mengantuk.
6. Adezio
Ubat ini sesuai untuk pesakit dengan masalah hidung berair (tidak tersumbat) yang tidak suka telan pil atau tablet. Ubat selsema jenis sirap ini juga tidak menyebabkan mengantuk.
7. Simtec
Satu lagi pilihan popular pesakit selsema, Simtec yang hadir dalam bentuk tablet ini tidak menyebabkan mengantuk dan boleh didapati pada harga berpatutan.
8. Carinox
Ubat dalam bentuk tablet ini mampu mengurangkan masalah hidung tersumbat (ada decongestant) dan tidak membuatkan seseorang mengantuk.
9. Phenylephrine
Satu lagi ubat jenis decongestant, phenylephrine bukan sahaja dapat mengatasi selsema dan hidung tersumbat, malah ia juga dapat mengurangkan bengkak atau keradangan dalam saluran hidung.
Ia membantu melancarkan pernafasan dan penghasilan lendir secara berkesan.
10. Ezede-D
Ubat jenis sirap ini sesuai untuk hidung tersumbat (ada decongestant) dan juga tidak menyebabkan mengantuk.
11. Corified
Ubat berbentuk tablet ini juga sesuai untuk hidung tersumbat (ada decongestant) dan menyebabkan mengantuk.
12. Telfast
Antara jenama yang baru di pasaran, ubat berbentuk tablet ini dikatakan boleh memberikan kelegaan pantas dan tahan 24 jam. Ia juga sesuai diambil pada waktu siang kerana tidak menyebabkan mengantuk.
Kesimpulannya, adalah penting untuk anda fahami fungsi serta kesan sampingan bagi setiap ubat selsema yang diambil.
Pilihan juga di tangan anda. Untuk membantu anda fokus dengan lebih baik pada siang hari, anda boleh pilih ubat yang tidak mengantuk.
Sementara itu, jika anda ingin bangun pagi dengan lebih lega dan ingin rasa lebih selesa ketika tidur pada waktu malam, anda boleh ambil ubat selsema dengan kesan mengantuk.
Sekiranya anda masih ragu, anda dinasihatkan untuk mendapatkan cadangan daripada ahli farmasi atau doktor. Sudah tentu mereka dapat mengesyorkan ubat selsema terbaik untuk anda.
Sumber : Facebook APM Pharmacy, Hello Doktor