Ubat Darah Tinggi Untuk Rawatan Hipertensi & Kesan Sampingan

ubat darah tinggi
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Ubat darah tinggi juga dikenali sebagai antihipertensi. Jika tekanan darah anda tinggi, tidak semestinya anda perlu memgambil ubat tekanan darah.

Walau bagaimanapun, risikonya sangat tinggi untuk anda mendapatkan penyakit kardiovaskular seperti strok dan serangan jantung.

Justeru artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan ubat darah tinggi yang boleh anda dapatkan untuk menurunkan tekanan darah.

Baca juga:

Apa itu darah tinggi?

ubat darah tinggi
UnitedHealthcare

Darah tinggi yang juga dikenal sebagai hipertensi, adalah keadaan di mana tekanan darah dalam arteri secara konsisten tinggi.

Dalam kata lain, jantung perlu bekerja lebih keras untuk mengepam darah agar sampai ke seluruh anggota badan anda.

Tanda darah tinggi yang biasa adalah dari memeriksa tekanan darah. Bacaan tekanan darah 120-139/80-89 mmHg adalah pre-hipertensi. Manakala tekanan darah ≥140/90 mmHg adalah hipertensi.

Pengkelasan ubat darah tinggi

Berikut adalah nama kelas utama ubat darah tinggi, fungsi dan kesan sampingannya.

NamaFungsiKesan Sampingan
DiuretikIa digunakan sebagai rawatan pertama, terutamanya jenis thiazideBergantung pada jenis, tetapi boleh menyebabkan kalium rendah atau tinggi atau ketidakseimbangan elektrolit lain
Penyekat alfaIa boleh digunakan sebagai pilihan rawatan tambahan atau digabungkan dengan ubat lainSakit kepala, loya, pening, gementar dan banyak lagi
Agonis reseptor alfa-2Ia sesuai digunakan untuk keadaan tertentu. Contohnya, metildopa sesuai digunakan semasa mengandung kerana ia lebih selamat daripada ubat lainMengantuk atau pening
Penyekat betaIa boleh digunakan apabila ubat lain seperti diuretik tidak berkesanKadar denyutan jantung perlahan, anggota badan jadi sejuk, insomnia, penambahan berat badan dan lain-lain
Perencat enzim penukar angiotensin (ACE)Ia boleh digunakan untuk merawat kegagalan jantung atau selepas serangan jantungBatuk kering, ruam, hilang rasa, dan jarang kerosakan buah pinggang
Penyekat reseptor Angiotensin IIIa boleh digunakan untuk merawat kegagalan jantung atau selepas serangan jantungPening, sakit kepala, keletihan dan lain-lain
Penyekat saluran kalsiumIa boleh digunakan sebagai pilihan rawatan tambahan atau digabungan dengan ubat lainBergantung pada jenis, tetapi boleh menyebabkan bengkak buku lali, sembelit, degupan jantung yang perlahan atau jantung berdebar
VasodilatorIa selalunya digunakan apabila tekanan darah sistolik melebihi 180 mm Hg dan/atau tekanan darah diastolik melebihi 120 mm Hg atau untuk merawat praeklampsiaSakit kepala, bengkak mata, sakit sendi, jantung berdebar, berat badan bertambah
Antagonis reseptor aldosteronIa biasa digunakan terutamanya dalam kes kegagalan jantung atau bimbang sekiranya kegagalan jantung berlakuKalium yang tinggi dan fungsi buah pinggang yang terjejas
Perencat renin langsungHanya satu ubat, aliskiren adalah diluluskan untuk merawat tekanan darah tinggi. Tetapi ia mungkin bukan pilihan pertama.Cirit-birit, batuk, ruam, sakit kepala, pening dan pelbagai masalah ketidakseimbangan metabolik
Perencat adrenergik periferalIa digunakan hanya apabila ubat lain tidak lagi berkesanCirit-birit, pedih ulu hati, pening, lemah

Jenis ubat darah tinggi

Setiap kelas ubat darah tinggi mempunyai jenis nama ubat yang berbeza-beza. Berikut adalah senarai lengkapnya:

1. Diuretik

  • Bumetanide (Bumex)
  • Klortalidon (Hygroton)
  • Chlorothiazide (Diuril)
  • Ethacrynate (Edecrin)
  • Furosemide (Lasix)
  • Hydrochlorothiazide HCTZ (Esidrix, Hydrodiuril, Microzide)
  • Indapamide (Lozol)
  • Methyclothiazide (Enduron)
  • Metolazone (Mykroz, Zaroxolyn)
  • Torsemide (Demadex)

2. Penyekat beta

  • Acebutolol (Sectral)
  • Atenolol (Tenormin)
  • Bisoprolol fumarate (Zebeta)
  • Carvedilol (Coreg) – Gabungan penyekat alfa/beta
  • Esmolol (Brevibloc)
  • Labetalol (Trandate, Normodyne) – Gabungan penyekat alfa/beta
  • Metoprolol tartrate (Lopressor) dan metoprolol succinate (Toprol-XL)
  • Nadolol (Corgard)
  • Nebivolol (Bystolic)
  • Penbutolol sulfat (Levatol)
  • Propranolol (Inderal)
  • Sotalol (Betapace)
  • HCTZ dan bisoprolol (Ziac) ialah penyekat beta ditambah diuretik

3. Perencat enzim penukar angiotensin (ACE)

  • Benazepril hidroklorida (Lotensin)
  • Captopril (Capoten)
  • Enalapril Maleate (Vasotec)
  • Natrium fosinopril (Monopril)
  • Lisinopril (Prinivil, Zestril)
  • Moexipril (Univasc)
  • Perindopril (Aceon)
  • Quinapril hidroklorida (Accupril)
  • Ramipril (Altace)
  • Trandolapril (Mavik)

4. Penyekat reseptor Angiotensin II

  • Azilsartan (Edarbi)
  • Candesartan (Atacand)
  • Eprosartan mesylate (Teveten)
  • Irbesartan (Avapro)
  • Losartan Potassium (Cozaar)
  • Olmesartan (Benicar)
  • Telmisartan (Mikardis)
  • Valsartan (Diovan)

5. Penyekat saluran kalsium

  • Amlodipine besylate (Norvasc, Lotrel)
  • Clevidipine (Cleviprex)
  • Diltiazem hydrochloride (Cardizem CD, Cardizem SR, Dilacor XR, Tiazac)
  • Felodipine (Plendil)
  • Isradipine (DynaCirc , DynaCirc CR)
  • Nicardipine (Cardene SR)
  • Nifedipine (Adalat CC, Procardia XL)
  • Nimodipine (Nimotop , Nymalize)
  • Nisoldipine (Sular)
  • Verapamil hydrochloride (Calan SR , Isoptin SR, Verelan , Covera HS)

6. Penyekat alfa

  • Doxazosin mesylate (Cardura)
  • Prazosin hidroklorida (Minipress)
  • Terazosin hidroklorida (Hytrin)

7. Agonis reseptor alfa-2

Methyldopa, dahulunya dikenali di bawah nama jenama Aldomet adalah salah satu ubat tekanan darah tertua yang masih digunakan.

8. Perencat adrenergik periferal

  • Guanadrel (Hylorel)
  • Guanethidine monosulfate (Ismelin)
  • Reserpine (Serpasil)

9. Vasodilator

  • Hydralazine (Apresoline)
  • Minoxidil (Loniten)

10. Agonis pusat

  • Klonidin hidroklorida (Catapres)
  • Guanfacine hydrochloride (Tenex)

Cara semulajadi menurunkan tekanan darah

Selain menggunakan ubat darah tinggi, anda juga boleh mengamalkan cara semulajadi untuk mengawal tekanan darah yang mendadak tinggi seperti:

  1. Pemakanan seimbang: Makanan yang kaya dengan buah-buahan, sayur-sayuran, dan bijirin penuh serta rendah garam dan lemak tepu dapat membantu menjaga tahap bacaan darah dalam kawalan.
  2. Senaman: Aktiviti fizikal dapat membantu menurunkan tahap bacaan darah dan menjaga berat badan yang sihat.
  3. Mengurangkan stress: Teknik relaksasi seperti meditasi atau yoga dapat membantu mengurangkan tahap bacaan darah.
  4. Berhenti merokok dan mengurangkan pengambilan alkohol: Kedua-dua faktor ini dapat meningkatkan risiko masalah darah tinggi

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan ubat darah tinggi dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. Ubat-Ubatan Untuk Rawatan Hipertensi (Tekanan Darah Tinggi). My Health
  2. Choosing Blood Pressure Medicines. Mayo Clinic
  3. A List of 11 Blood Pressure Medications. Healthline
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut