TV9 Live: Tonton Secara Percuma Program dan Siaran Menarik

Seiring dengan kemajuan teknologi, anda kini boleh menonton siaran TV9 secara Live (Siaran Langsung) walaupun tidak mempunyai televisyen di rumah anda.

Bagi yang tidak tahu, siaran TV9 merupakan sebuah lagi siaran televisyen percuma di bawah syarikat Media Prima Sdn. Bhd. selain TV3, TV9, NTV7 dan 8TV.

Seperti mana yang kita ketahui, syarikat Media Prima berpusat di Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor.

Latarbelakang TV9

TV9 merupakan sebuah saluran televisyen percuma ke udara Malaysia yang dilancarkan pada 22 April 2006 sebagai anak syarikat Media Prima Berhad.

Ia menyiarkan siaran yang kebanyakannya menjurus kepada demografi Melayu.

Mungkin ramai yang tidak tahu sebelum kewujudan TV, saluran ini dahulunya wujud sebagai Channel 9 dari 9 September 2003 hingga 3 Februari 2005.

Pada tahun 1997, TV3 telah merancang untuk memulakan saluran kedua dengan nama “TV9”, tidak berkaitan dengan rangkaian televisyen masa kini dengan nama yang sama.

Enam tahun kemudian, pada 2003, stesen TV swasta ketiga, akan memulakan siaran ujiannya di Lembah Klang pada awal Ogos, mendedahkan nama Channel 9 kepada umum, bukannya TV9 dan dijangka dilancarkan pada awal September.

Channel 9 selalunya dikenali sebagai Nine atau dipendekkan kepada C9 ini memfokuskan rancangan muzik dan hiburan berbahasa Kantonis, Mandarin, Hokkien, Taiwan, Inggeris, Tamil, Malayam, Telugu, Hindi.

Pada 3 Februari 2005, Channel 9 secara rasminya menutup operasinya dan telah diambil alih sepenuhnya oleh Media Prima yang kemudian telah melancarkannya dengan nama baru TV9.

TV9 mula bersiaran 24 jam sehari pada 6 Mei 2019.

Kini, walaupun tanpa televisyen anda tetap boleh menonton rancangan kegemaran anda di TV9 secara Live daripada peranti mudah alih anda.

Tonton TV9 Live

tonton TV9 live

Saluran ini disiarkan secara langsung pada perkhidmatan penstriman Media Prima, Tonton dan Unifi TV.

TV9 dan saluran Media Prima yang lainnya tiada dalam aplikasi Astro GO dan sooka kerana di platform Astro dan NJOI masih disiarkan dalam bentuk definisi standard (SD) walaupun siarannya ke resolusi 16:9 atau resolusi HD.

Berikut merupakan langkah untuk menonton TV9 secara Live di internet:

Unifi TV

Tonton

Baca lagi: Tonton.Com.My : Cara Daftar & Tonton TV9 Secara Langsung

Bantu kami share artikel ini: