Advertisements

Permohonan TUNS / TUNS PLUS 2022, Geran Bantuan Untuk Usahawan

Advertisements

Permohonan TUNS Dan TUNS Plus Di Buka Semula Untuk Tahun 2022

Untuk makluman para usahawan, 2 skim geran bantuan akan dibuka mulai 1 Februari 2022.

Inisiatif-inisiatif ini secara tidak langsung akan dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan disamping membantu merangsang pertumbuhan ekonomi negeri secara amnya.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang syarat kelayakan dan cara membuat permohonan.

SKIM BANTUAN PERTAMA : TUNS 2022

TUNS – Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan

tuns 2022

TUNS atau Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan adalah Geran Bantuan RM3,000 Untuk Usahawan Kecil.

Bantuan pembiayaan secara geran yang berjumlah RM3,000.00 ini disasarkan kepada Penjaja dan Peniaga Kecil di Negeri Sembilan.

Bantuan Voucher Shopee Sehingga RM500 Untuk Pembaca eCentral Daftar Sekarang!

Belanjawan Negeri Sembilan 2022 bertemakan ‘Mendaya Upaya Ekonomi Rakyat’ telah diluluskan untuk meneruskan inisiatif TUNS untuk tahun ke-empat iaitu tahun 2022 dengan peruntukan berjumlah RM3 juta.

TUNS dijangka akan memberi manafaat kepada 1,000 usahawan mikro di Negeri Sembilan pada tahun 2022 ini.

Objektif utama penubuhan TUNS ini adalah supaya lebih ramai golongan usahawan pada skala ini berjaya diwujudkan melalui inisiatif ini.

Di samping itu juga diharapkan agar bantuan ini dapat meningkatkan perniagaan sedia ada para usahawan agar melonjak ke satu tahap yang lebih baik dari sebelumnya.

Tarikh Permohonan TUNS 2022

  • 1 Februari – 28 Februari 2022

Cara Permohonan

Permohonan boleh dibuat melalui pautan berikut : https://tuns.my/.

Kaedah permohonan TUNS adalah sepenuhnya secara atas talian (online) yang bertujuan bagi memudahkan memudahkan lagi proses permohonan, proses semakan dan pemantauan status permohonan oleh para pemohon tanpa perlu hadir ke pejabat Urus Setia TUNS.

Baca juga: Permohonan Bantuan Kuarantin NADMA RM100/Hari, Maksimum 14 Hari

SKIM BANTUAN KEDUA: TUNS PLUS 2022

TUNS Plus – Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan Plus : Bantuan Pinjaman Pembiayaan Tanpa Faedah Sehingga RM15,000 Untuk Usahawan Kecil Dengan Tempoh Bayaran Balik Maksima 5 Tahun

tuns 2022

Satu lagi inisiatif Kerajaan Negeri Sembilan dalam menyokong pembangunan sektor keusahawanan negeri adalah melalui program TUNS Plus iaitu Bantuan Pinjaman Pembiayaan Tanpa Faedah sehingga RM15,000 untuk Usahawan Kecil dengan tempoh bayaran balik maksima 5 Tahun

Dana berjumlah RM3 juta telah diperuntukan dalam Belanjawan Negeri Sembilan 2022.

TUNS Plus dijangka akan memberi manafaat kepada 200 usahawan mikro di Negeri Sembilan pada tahun 2022 ini.

Tarikh Permohonan TUNS PLUS 2022

  • 1 Mac – 31 Mac 2022.

Cara Permohonan

Permohonan boleh dibuat melalui pautan berikut : https://tuns.my/.

Kaedah permohonan TUNS adalah sepenuhnya secara atas talian (online) yang bertujuan bagi memudahkan memudahkan lagi proses permohonan, proses semakan dan pemantauan status permohonan oleh para pemohon tanpa perlu hadir ke pejabat Urus Setia TUNS.

Baca juga: Bantuan IPT Negeri Sembilan 2022 (Sijil, Diploma, Ijazah, Sarjana, PHD)

Maklumat Lanjut

UNTUK PERTANYAAN LANJUT, SILA HUBUNGI:
EN. Shah Johan Bin Md Sallehudin
Bahagian Pembangunan Usahawan
Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS)
Peti Surat 158, Jalan Yam Tuan,
70710 Seremban, Negeri Sembilan.
Tel : +606-761 6871
Faks : +606-762 6291

Laman Sesawang www.tuns.my akan mula menerima permohonan pada 1 Februari 2022 untuk TUNS dan 1 Mac 2022 untuk TUNS Plus.

Sumber:

YB Dato’ Dr Mohamad Rafie Bin Ab Malek
Exco Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan Dan Modal Insan Negeri Sembilan

Berapa bintang untuk artikel ini?

Average rating 0 / 5. Vote count: 0

No votes so far! Be the first to rate this post.

Leave a Comment