Tukar Rumi Ke Jawi : Set Latihan Buat Anak-Anak Anda

Tukar Rumi ke Jawi
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Set latihan tukar tulisan rumi ke jawi & jawi ke rumi sebagai bahan ulangkaji anak-anak anda

Kemahiran membaca dan menulis menggunakan tulisan jawi merupakan satu kemahiran yang perlu diajar kepada anak-anak kita, terutamanya bagi anak-anak orang Islam. 

Hal ini demikian kerana, dengan kemahiran ini, ia akan memudahkan anak-anak anda untuk mempelajari bacaan ayat-ayat Al-Quran dan bacaan dalam solat yang merupakan perkara wajib bagi kita. 

Namun begitu kemahiran menulis dan membaca huruf jawi ini tidak terhad kepada orang Islam sahaja. Individu yang bukan beragama Islam juga boleh mempelajari tulisan ini sebagai pengetahuan tambahan. 

Apa itu Tulisan Jawi?

Tulisan jawi merupakan satu sistem tulisan yang berasaskan tulisan Arab yang telah digunakan di Tanah Melayu sekitar tahun 1300 M, sebelum kedatangan penjajah. Tulisan ini telah ditambah abjadnya mengikut kesesuaian bunyi dan kata yang dihasilkan oleh penduduk di Tanah Melayu ketika itu. 

Tulisan ini merupakan sistem tulisan yang masih lagi dipakai di Malaysia, tetapi tidak meluas seperti dahulu kala. Untuk anda yang tidak mengenal tulisan ini, ia ditulis dan dibaca dari kanan ke kiri seperti sistem tulisan bahasa Arab. 

Sistem tulisan ini tidak mempunyai huruf besar atau huruf kecil seperti tulisan Rumi, tetapi perubahan bentuk huruf akan berlaku bagi beberapa huruf tertentu apabila dirangkaikan dengan huruf yang lain dalam penulisan sesuatu perkataan.  

Senarai Huruf

Untuk pengetahuan anda, abjad Jawi hanya mempunyai 30 abjad jika mengikut bahasa asasnya, iaitu bahasa Arab. Namun apabila digunakan di Tanah Melayu 6 abjad telah ditambah menjadikan 36 huruf keseluruhannya, bagi mengikut kesesuaian bunyi dan kata orang-orang Melayu. 

Berikut merupakan senarai 36 huruf tersebut:

tukar rumi ke jawi
Sumber: Asas Jawi 2

Enam huruf atau abjad yang telah ditambah bagi mengikut kesesuaian ejaan sebutan kata bahasa Melayu adalah seperti berikut:

tukar rumi ke jawi

Cara Menyambung Huruf Jawi

Apabila anak-anak anda mempelajari tulisan jawi perkara penting yang perlu diketahui ialah berkenaan cara-cara menyambung huruf jawi ini. Berbeza dengan huruf rumi yang boleh berdiri sendiri, huruf jawi mempunyai sambungan di antara abjad bagi membentuk bunyi atau sesuatu kata. 

Namun begitu bukan semua abjad dalam tulisan jawi boleh digabung atau disambungkan, terdapat beberapa abjad yang hanya boleh disambung jika ia berada di akhir ayat sahaja. Anda boleh rujuk pada Sifir DZOURA VE yang disediakan oleh Munsyi Dewan (Jawi) Dewan Bahasa di bawah untuk panduan anda sewaktu mengajar anak-anak anda nanti:

Set Latihan Tukar Rumi ke Jawi & Jawi ke Rumi

Berikut merupakan set latihan tukar rumi ke jawi dan jawi ke rumi yang boleh anda berikan kepada anak-anak anda sebagai bahan ulangkaji:

Anda juga boleh melakukan latihan jawi yang lain bersama anak-anak anda berdasarkan tahap mereka dengan soalan-soalan di bawah:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut