Transisi Tahun 1: Program Orientasi & Transisi Tahun 1 KPM

program transisi tahun 1
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Untuk murid-murid yang bakal memasuki Tahun 1, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi sekolah-sekolah di seluruh negara akan melaksanakan Program Transisi Tahun 1.

Program ini merupakan program orientasi kepada murid Tahun 1 untuk menyesuaikan diri mereka kepada keadaan di sekolah.

Mengenai Program Transisi Tahun 1

Program Transisi Tahun 1 merupakan program yang dirangka untuk menyediakan murid daripada pelbagai latar belakang dan tahap penguasaan untuk menghadapi perubahan, menyesuaikan diri serta membina keyakinan diri dalam persekitaran baharu di sekolah rendah.

Program ini dirangka dengan mengambil kira kurikulum prasekolah dan tahun 1 dengan penekanan terhadap lima aspek iaitu sosioemosi, sikap dan nilai, kognitif, kreativiti dan estetika serta kesejahteraan fizikal dan kesihatan.

Untuk memastikan memastikan program ini dilaksanakan dengan berkesan, kerjasama dan sokongan pentadbir, guru dan ibu bapa/penjaga amat diperlukan.

Objektif Program

Objektif program ini dijalankan adalah untuk:

  • Membantu murid menghadapi perubahan daripada pendidikan di rumahatau prasekolah/tadika kepada pendidikan formal.
  • Menyesuaikan murid dengan keadaan dan persekitaran sekolah.
  • Membina hubungan antara murid dengan rakan sebaya dan guru.
  • Meningkatkan keyakinan murid dan membentuk sikap positif dalam interaksisosial serta pembelajaran.
  • Membantu murid mengurus diri sendiri.
  • Menyediakan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai untukpembelajaran seterusnya.

Fasa Pelaksanaan

Program ini dilaksanakan dengan 2 fasa iaitu:

Peranan & Tanggungjawab

Setiap pihak perlu mempunyai peranan dan tanggungjawab dalam memastikan program ini dapat dilaksanakan:

i- Pentadbir

  • Memahami konsep dan pelaksanaan program ini
  • Merancang dan menyelaras pelaksanaan program.
  • Mengenal pasti guru yang terlibat.
  • Bekerjasama dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)/LembagaPengelola Sekolah (LPS).
  • Mengadakan taklimat kepada guru dan ibu bapa/penjaga.
  • Merancang dan melaksanakan pemantauan.
  • Memastikan kelancaran program.
  • Memberi sokongan dan bimbingan kepada guru.
  • Memastikan program dilaksanakan mengikut garis panduan yang ditetapkan.

ii- Guru

  • Memahami konsep dan pelaksanaan program.
  • Mengadakan perbincangan dan merancang pelaksanaan program dengan guru lain yang terlibat.
  • Melaksanakan program mengikut fasa yang ditetapkan.
  • Mengetahui tahap perkembangan dan kepelbagaian murid bagi membantumereka mengikuti pembelajaran seterusnya.
  • Melaksanakan pentaksiran dari semasa ke semasa dari aspekpenyesuaian diri, sikap terhadap pembelajaran serta penguasaan literasi asas dan numerasi asas.
  • Menyediakan persekitaran kelas yang bersih, kondusif dan selamat.
  • Menyediakan ruang pembelajaran seperti sudut bacaan, sudut hasil kerjamurid dan papan maklumat.
  • Berkomunikasi dengan ibu bapa/penjaga dari semasa ke semasa.
  • Berbincang dengan ibu bapa/penjaga sekiranya murid mempunyai ciri-ciriberkeperluan khas untuk tindakan selanjutnya.

iii- Ibu bapa/penjaga

  • Menyediakan anak dari aspek fizikal, sosioemosi dan mental.
  • Memberi dorongan dan gambaran positif tentang pembelajaran di Tahun 1.
  • Memerhati tingkah laku, perkembangan dan pembelajaran anak.
  • Membantu meningkatkan keyakinan anak dalam pembelajaran.
  • Mengadakan interaksi dengan guru tentang perkembangan anak merekadari semasa ke semasa.

Contoh Modul Pengisian

Contoh modul pengisian yang boleh dilaksanakan adalah seperti berikut:

Kit Program Transisi Tahun 1

Kit program ini boleh dimuat turun menerusi file di bawah:

Info Lanjut

Info lanjut mengenai program transisi ini, sila layari laman web KPM iaitu https://www.moe.gov.my.

Baca juga: Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2026 KPM (idme.moe.gov.my)

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut