Tol Percuma Lebuhraya WCE: Jajaran Taiping Selatan – Beruas

Sempena dengan pembukaan jajaran Lebuhraya Pantai Barat (West Coast Expressway – WCE) antara Taiping Selatan – Beruas, maka pengguna jalan raya boleh menikmati tol percuma sehingga 11 Mei 2024.

Jajaran Taiping Selatan – Beruas ini merupakan Seksyen 11 Lebuhraya Pantai Barat (West Coast Expressway – WCE).

Kerajaan pada awalnya kerajaan menjangkakan Seksyen 11 (Persimpangan Beruas-Taiping Selatan) WCE ini akan dibuka penghujung Disember tahun lalu namun berlalu sedikit kelewatan.

Pada masa hadapan, dijangka terdapat dua kawasan Rehat dan Rawat (R&R) di dua-dua arah akan dibina di Seksyen 11 ini.

Pembukaan rasmi jajaran ini sebelum Hari Raya Aidilfitri diharapkan dapat mengurangkan sedikit kesesakan di Lebuh Raya Pantai Timur ketika musim perayaan.

Tempoh Tol Percuma WCE

Tol Percuma Lebuhraya WCE

Sempena dengan pembukaan Jajaran Seksyen 11 (Taiping Selatan – Beruas) Lebuhraya WCE, pengguna lebuh raya boleh menikmati kadar tol percuma bermula jam 12.01 tengah malam 12 Mac 2024 sehingga 11.59 malam, 11 Mei 2024.

Tol Percuma WCE

Seksyen 11: Persimpangan Beruas-Taiping Selatan

Sehingga kini, terdapat 6 Seksyen daripada 11 Seksyen projek WCE ini telah dibuka kepada pengguna jalan raya.

Sebelum pembukaan Seksyen 11 ini, 5 bahagian lain yang telah dibuka adalah:

  • Seksyen 5 (Klang-Kapar) di Selangor
  • Seksyen 6 (Kapar – Assam Jawa) di Selangor
  • Seksyen 8 (Hutan Melintang – Telok Intan) di Perak
  • Seksyen 9 (Kampung Lekir-Changkat Chermin) di Perak
  • Seksyen 10 (Changkat Chermin-Beruas) di Perak

Seksyen 11 yang sepanjang 35.5 kilometer adalah pelengkap kepada jajaran lebuh raya WCE di Perak dan setelah dibuka secara rasmi, pengguna lebuh raya boleh menikmat kadar tol percuma sehingga 11 Mei 2024.

Artikel berkaitan: West Ipoh Span Expressway (WISE): Pintasan Terowong Menora

Lebuhraya Pantai Barat (West Coast Expressway – WCE)

tol percuma wce seksyen 11

Lebuhraya Pantai Barat (West Coast Expressway – WCE)merupakan sebuah lebuh raya yang dibina di Pantai Barat Semenanjung Malaysia.

Lebuhraya ini akan menghubungkan Taiping (Perak) ke Banting (Selangor).

Lebuhraya ini dibina oleh Konsortium Lebuhraya Pantai Barat (KLPB) yang diketuai oleh Kumpulan Europlus Berhad yang merupakan syarikat di bawah IJM Corporation Berhad.

Kerajaan telah membenarkan pembinaan pada 20 Disember 2013 dan siap dalam 5 tahun tetapi projek ini telah dilewatkan dan pembinaan bermula pada Mei 2014.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!