Mulai tahun 2025, KPM akan melaksanakan Program Pendidikan Tingkatan Enam di Universiti Awam melalui kerjasama silang bersama dengan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Program ini akan dilaksanakan secara rintis di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Sains Malaysia (USM). Dua bidang pengajian ditawarkan iaitu Sains dan Sains Sosial.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang program ini.
Pengenalan
Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), menyatakan “pendidikan lepas menengah” ertinya Pendidikan yang disediakan untuk seseorang yang sudah tamat mengikut Pendidikan lepas menengah, tetapi tidak termasuk Pendidikan Tinggi.
Tingkatan 6 telah mula beroperasi di sekolah menengah kerajaan dan sekolah menengah bantuan kerajaan lebih daripada 50 tahun dahulu. Pada masa itu, bilangan kelas Tingkatan 6 yang di tawarkan ialah minimum 2 kelas dan maksimum 22 kelas. Terdapat 2 bidang yang ditawarkan iaitu bidang Sains Sosial (Kemanusiaan dan Agama) dan Bidang Sains.
Mulai tahun 2008, Langkah penambahbaikan dari segi pengurusan dan fungsi Tingkatan 6 serta kebajikan murid diberi tumpuan untuk mendaikan proses pengajaran dan pembelajaran Tingkatan 6 lebih menarik serta menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif. Cadangan penambahbaikan yang disarankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2008 merangkumi beberapa aspek seperti pengurusan dan pentadbiran, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan an penulisan ilmiah, kemudahan fizikal, serta peranan Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah.
Manakala pelaksanaan sistem pentaksiran baharu STPM telah dimulakan pada tahun 2012 setelah diluluskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri (MJM) pada 4 Januari 2012.
Tempoh pengajian di Tingkatan 6 adalah selama tiga semester. Murid yang telah menamatkan pengajian menengah atas dan telah menduduki peperiksaan Siji Pelajaran Malaysia (SPM), layak untuk ditawarkan pengajian di Tingkatan 6 jika memenuhi syarat umum dan syarat khusus bagi bidang yang ditawarkan.
Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 6 Semester 1 Tahun 2025 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) & Universiti Sains Malaysia (USM)
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Sains Malaysia (USM) dipilih untuk projek rintis Program Pendidikan Tingkatan Enam di Universiti Awam.
Kementerian Pendidikan menerusi kenyataan memaklumkan, kerjasama bersama Kementerian Pendidikan Tinggi itu akan menawarkan dua bidang pengajian iaitu sains dan sains sosial.
Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2024 yang berjaya dan menerima tawaran ke Tingkatan Enam serta memenuhi syarat yang ditetapkan boleh membuat permohonan program itu mulai 19 Mei hingga 25 Mei 2025.
Syarat Permohonan Tingkatan 6 UKM & USM 2025
Syarat am permohonan adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- Memperoleh A bagi Mata pelajaran Bahasa Melayu
- Sekurang-kurangnya 5A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
- Markah Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan, dan Kokurikulum (PAJSK) 80 dan ke atas
Sila rujuk syarat penuh : https://sst6.moe.gov.my/upload_file/SYARAT%20KEMASUKAN%20KAMPUS%20UNIVERSITI.pdf
PERMOHONAN TINGKATAN 6 KAMPUS UKM (100 tempat) & USM (60 tempat)
▪️Laluan Pengajian: Berpeluang menyambung pengajian di peringkat Sarjana Muda di universiti berkenaan sekiranya memenuhi syarat yang ditetapkan.
▪️Yuran Pengajian: Pengecualian yuran pengajian.
Di UKM bagi pelajar bersekolah di:-
▪️Selangor
▪️Negeri Sembilan
▪️Melaka
▪️Johor
▪️Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
▪️Wilayah Persekutuan Putrajaya
Di USM bagi pelajar bersekolah di:-
▪️Perlis
▪️Kedah
▪️Pulau Pinang
▪️Perak
Syarat Am:
▪️Telah dapat tawaran Tingkatan 6
▪️5A SPM 2024 (termasuk BM)
▪️PAJSK 8.0%.
Syarat Khusus (Bidang Sains):
▪️B English
▪️A Kimia, Fizik/Bio & Add Maths.
Syarat Khusus (Bidang Sastera):
▪️A Geografi & Sejarah, ATAU
▪️A Perakaunan, Pengajian Perniagaan & Ekonomi
🔹Tarikh Permohonan : 18 – 25 Mei 2025
🔹Tawaran : 3 Jun 2025
🔹Lapor Diri: 10 Jun 2025
Bidang Yang Ditawarkan
Projek rintis Program Pendidikan Tingkatan Enam di Universiti Awam kerjasama bersama Kementerian Pendidikan Tinggi ini menawarkan dua bidang pengajian iaitu:
- Sains
- Sains sosial
Tarikh Permohonan & Semakan Keputusan Tingkatan 6 USM / UKM
Tempoh permohonan kemasukan ke program Tingkatan 6 di UKM dan USM adalah mulai 19 Mei hingga 25 Mei 2025.
Keputusan permohonan pula boleh disemak pada 3 Jun 2025.
Difahamkan calon yang layak akan ditawarkan secara langsung melalui laman web KPM seperti dalam paparan yang dikongsikan di media sosial berikut:
Tarikh Lapor Diri Ke Tingkatan 6 USM / UKM
Tarikh lapor diri Program Pendidikan Tingkatan Enam di Universiti Awam ini adalah pada 10 Jun 2025.
Cara Permohonan Tingkatan 6 USM / UKM
Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui pautan https://sst6.moe.gov.my/
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk lampiran berikut:
- SENARAI NO TELEFON DAN ALAMAT EMEL JPN DAN PPD.PDF
- SYARAT KEMASUKAN TINGKATAN ENAM.PDF
- Tingkatan 6: Syarat Kelayakan, Lokasi, Subjek & Permohonan
Baca juga: