Seperti yang kita sedia maklum, Shopee dan Lazada adalah antara platform perniagaan atas talian yang popular di Malaysia. Tapi tahukah anda, kini semakin ramai peniaga online telah mula beralih ke Tiktok Shop!
Kenapa ya?
TikTok dilabel platform media sosial untuk generasi muda. Namun, semakin ramai golongan berusia kini juga tidak mahu ketinggalan dengan trend di aplikasi tersebut.
Menurut DataTrek Research, TikTok menyaksikan lonjakan terbesar pada carian Google dalam tempoh 90 hari pada akhir April lalu, mengatasi rangkaian sosial popular lain seperti Facebook, Snapchat dan Twitter.
Kenapa Perlu Berniaga Di Tiktok?
Menariknya, sebuah kajian oleh Flamingo Research telah mendapati bahawa 71% pengguna percaya trend terbesar bermula di TikTok.
Antara hashtag yang tentu anda pernah nampak di media sosial adalah #TikTokMadeMeBuyIt atau trend “I saw this thing on TikTok”, di mana ia merupakan konten untuk pengguna mempromosikan atau memasarkan produk dengan cara yang unik serta menarik.
Kajian itu juga mendapati bahawa:
- 43% pengguna mencuba sesuatu atau pergi ke tempat baharu selepas melihatnya sekurang-kurangnya sekali di platform.
- 61% daripada TikTokers menyukai jenama dengan lebih baik apabila mereka mencipta atau mengambil bahagian dalam trend di TikTok
- 21% daripada TikTokers berasa lebih ‘rapat’ dengan jenama apabila mereka memberi komen pada post orang lain.
- 56% pengguna dan 67% pencipta konten berasa lebih dekat dengan jenama yang mereka lihat di TikTok
- 45% pengguna berasa lebih berhubung dengan jenama yang mengajar mereka sesuatu yang baharu atau memberi mereka maklumat tentang diri mereka di TikTok.
- 63% pengguna menyukainya apabila sesebuah jenama menunjukkan pencipta TikTok dalam video mereka.
- 66% pengguna berasa terhibur apabila sesuatu jenama mengikuti trend di Tiktok untuk mempamerkan produk mereka.
Menurut laporan oleh Astro Awani, lebih separuh daripada pengguna TikTok ialah Gen Z, diikuti dengan 39% golongan Millenial.
Pertumbuhan dalam kalangan Gen Z dilihat amat lebih pantas, meningkat 46 mata antara Januari 2019 dan April 2021, berbanding 36 mata untuk Milenial dalam jangka masa yang sama.
Jadi, jika sasaran jenama anda adalah golongan berumur antara 13 dan 60 tahun, anda perlu menggunakan TikTok sekarang.
Kelebihan Untuk Peniaga / Pengguna
Selain menjadi sebuah platform berpengaruh, semakin ramai peniaga juga beralih ke Tiktok Shop oleh kerana pelbagai manfaat yang ditawarkan, antaranya:
- Subsidi Penghantaran Percuma
- 0% Yuran Komisen
- Produk Subsidi Langsung
- Diskaun Pengguna Baru Sehingga 80%
- Peningkatan Trafik untuk Video dan Livestream
- Latihan penjual, Panduan barang dagangan, Kerjasama pencipta dan Perkhidmatan Logistik semuanya tersedia di TikTok Shop
Cara Daftar TikTok Shop
Semua peniaga dialu-alukan untuk berjualan di TikTok Shop walaupun 0 follower.
Proses pendaftaran adalah percuma dan tiada yuran tersembunyi.
Berikut dikongsikan langkah-langkah untuk mendaftar:
LANGKAH PENDAFTARAN
- Buka aplikasi Tiktok dan gunakan nombor telefon malaysia dan e-mel atau daftar dengan akaun TikTok anda
- Isikan borang permohonan dan lengkapkan butiran MYkad atau Pasport
- Tunggu keputusan permohonan dalam tempoh 1-2 hari
- Pautkan akaun Tiktok. Pergi ke profil penjual untuk aktifkan seller akaun anda dengan log masuk ke akaun TikTok Shop anda.
- Selesai!
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
- Untuk penjual korporat: Sila sediakan lesen perniagaan yang sah di Malaysia, nombor telefon, bank akaun dan warehouse di Malaysia untuk pendaftaran.
- Untuk penjual Individu: Sila sediakan MyKad atau Pasport, nombor telefon, bank akaun dan warehouse di Malaysia untuk pendaftaran.
Anda juga boleh melihat Tweet oleh pengguna ini yang menerangkan proses dan pengalaman yang dilaluinya untuk mendaftar TiktokShop
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila ikuti saluran berikut:
- Pendaftaran Penjual: https://seller-my.tiktok.com/
- Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang penjualan di TikTok Shop, sila lawati : https://seller-my.tiktok.com/university
Baca juga: