Tiket Kids CEO Playland, Penang – Harga Tiket Masuk

Tiket Kids CEO Playland, Penang - Harga Tiket Masuk
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Kids CEO Playland di Penang adalah salah satu destinasi keluarga terbaik untuk bawa anak-anak menghabiskan masa pada hujung minggu atau cuti sekolah. 

Dengan ruang bertingkat, tempat ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik yang sesuai untuk kanak-kanak pelbagai usia. Yang bestnya lagi, orang dewasa pun boleh turut main bersama!

BACA JUGA: Food Hunting Di Penang – 20+ Pilihan Tempat Makan Terbaik!

Apa Itu Kids CEO Playland?

Kids CEO Playland, Penang adalah taman permainan dalaman bertingkat terbesar di Malaysia yang direkodkan dalam Malaysia Book of Records. 

Taman permainan dalaman interaktif yang direka khas untuk kanak-kanak ini terletak di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. 

Taman ini menawarkan 4 tingkat penuh dengan pelbagai permainan interaktif seperti gelongsor gergasi, kolam bola, trampolin, dinding panjat, ruang bergambar dengan kostum menarik dan pelbagai lagi. 

Setiap tingkat juga mempunyai tema berbeza bermula dari kolam bola di tingkat bawah sehingga ruang khas untuk sambutan hari jadi. 

Kids CEO Playland juga menyediakan pelbagai kemudahan seperti kawasan permainan yang selamat dan juga ruang rehat untuk ibu bapa.

BACA JUGA: 20+ Tempat Menarik Di Penang, Sesuai Untuk Percutian Keluarga!

Lokasi dan Waktu Beroperasi

  • Alamat: 3, Jalan Perda Jaya, Kawasan Perniagaan Perda Jaya, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Malaysia
  • Waktu Operasi: (Selasa-Jumaat, 12–8 PM), (Sabtu-Ahad & Cuti Umum, 10 AM– 8 PM), Isnin tutup

Kids CEO Playland terletak di Bandar Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, kira-kira 30 minit dari pusat bandar Georgetown. 

Tarikan Utama

Kids CEO Playland menawarkan pengalaman bermain unik dengan 4 tingkat penuh aktiviti interaktif yang dirancang untuk merangsang kreativiti dan kecergasan kanak-kanak.

Berikut adalah beberapa tarikan utamanya:

1. Pelbagai Jenis Permainan

Terdapat pelbagai jenis permainan yang sesuai untuk semua peringkat umur boleh didapati di sini. Salah satu tarikan paling menarik perhatian di Kids CEO Playland ialah gelongsor gergasi yang menghubungkan beberapa tingkat. Kanak-kanak boleh meluncur laju ke kolam bola melalui gelongsor ini.

Di tingkat bawah pula dipenuhi dengan ribuan bola berwarna-warni. Kanak-kanak boleh melompat bebas atau berguling dalam laut bola. 

Ada lagi beberapa permainan lain seperti buai, bola besar dan sebagainya. Untuk cabaran fizikal, tingkat pertama menyediakan dinding panjat mini dan jambatan tali yang direka khas untuk kanak-kanak, lengkap dengan lantai busa untuk keselamatan. 

Pokoknya, anak-anak anda memang tak akan bosan bila datang ke sini!

2. Zon Kostum & Ruang Kreatif

Di tingkat kedua, anak-anak boleh berlakon sebagai superhero atau puteri dengan pelbagai kostum tersedia. Terdapat juga ruang permainan Lego, kotak pasir, dan sudut bergambar bertema pastel yang sangat instagrammable!

3. Kawasan Khas untuk Sambutan Hari Jadi

Sekiranya anda berminat untuk menyambut harijadi anak anda di sini, anda boleh membuat tempahan secara walk-in atau hubungi 018 9889 433. 

Terdapat empat jenis pakej sambutan harijadi yang ditawarkan siap dengan dekorasi menarik dan juga makanan. 

4. Trip Pelajar Sekolah

Nak bawa pelajar-pelajar cilik anda merasai pengalaman bermain di Kids CEO Playland, pun boleh! Ada pakej khas yang disediakan untuk para pelajar seperti di bawah. 

5. Kawalan Keselamatan CCTV

Kids CEO Playland menyediakan kawalan keselaman CCTV untuk di setiap sudut bagi memastikan persekitaran bermain yang selamat dan terkawal. Ibu bapa juga boleh  memantau anak-anak dari kafetaria sambil berehat. 

Bukan itu sahaja, sanitasi berkala setiap 30 minit antara sesi juga dilakukan sebagai langkah penjagaan dan kebersihan. 

Kemudahan

  • Kafetaria halal dengan menu mesra kanak-kanak
  • Surau dan tandas yang bersih
  • Tempat duduk selesa untuk ibu bapa
  • Tempat letak kenderaan yang luas

Harga Tiket Masuk & Cara Beli Tiket

Berikut adalah harga tiket terkini untuk Kids CEO Playland pada tahun 2025:

NOTA: Tiket masuk setakat ini hanya boleh dibeli secara ‘walk-in’ sahaja. Namun anda boleh membuat tempahan melalui WhatsApp di nombor 018  988 9433. 

Maklumat Lanjut

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai Kids CEO Playland, sila rujuk Facebook Kids CEO Playland

BACA JUGA: Makanan Sedap Di Penang – Dari Nasi Kandar ke Cendol, Semua Ada!

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut