15+ Tempat Menarik Negeri Sembilan Mesra Keluarga

15+ Tempat Menarik Negeri Sembilan Mesra Keluarga
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Negeri Sembilan adalah negeri yang kaya dengan warisan budaya, keunikan seni bina Minangkabau dan tarikan semula jadi. Jadi, tidak hairanlah ia menyimpan banyak ‘hidden gem’ yang boleh diterokai bersama keluarga. 

Berikut dikongsikan senarai tempat menarik di Negeri Sembilan 2025 yang mesra keluarga dan boleh dijadikan destinasi percutian semasa cuti sekolah.

BACA JUGA: 20+ Tempat Menarik di Negeri Sembilan 2025

1. Pantai-pantai di Port Dickson

Port Dickson memang tidak asing lagi sebagai salah satu tempat menarik Negeri Sembilan yang sentiasa menjadi pilihan ramai untuk percutian keluarga. 

Ia terkenal dengan deretan pantai yang cantik serta pelbagai aktiviti menarik sesuai untuk seisi keluarga. Antara pantai-pantai yang popular di Negeri Sembilan ialah Pantai Teluk Kemang, Pantai Cahaya Negeri dan Blue Lagoon. 

15+ Tempat Menarik Negeri Sembilan Mesra Keluarga

Terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini seperti jet ski, banana boat, parasailing dan sebagainya. 

Dari segi kemudahan, di Port Dickson terdapat pelbagai pilihan resort bajet hingga mewah, kafe hipster, gelanggang futsal, padang permainan dan macam-macam lagi. 

2. Lorong Seni Seremban

  • Alamat: 155C, Jalan Dato Bandar Tunggal, Bandar Seremban, 70000 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia
  • Waktu Operasi: 24 jam

Jika anda mencari destinasi OOTD, Lorong Seni Seremban adalah antara tempat menarik di Negeri Sembilan yang anda wajib dikunjungi. 

Lokasi ini merupakan lorong belakang tiga deretan rumah kedai di pusat bandar Seremban. Lorong sepanjang lebih 250 meter ini dihiasi lebih 30 mural menarik, kreatif dan penuh cerita tersendiri. 

15+ Tempat Menarik Negeri Sembilan Mesra Keluarga

Tips:

  1. Lokasi strategik di tengah bandar Seremban; boleh akses dari mana-mana jalan utama.
  2. Waktu terbaik, lewat petang hingga malam untuk suasana lebih meriah dan pencahayaan yang cantik.
  3. Tiada bayaran masuk — sesuai untuk semua lapisan umur.
  4. Jangan lupa nikmati makanan tempatan di gerai sekitar lorong ini.

3. Teratak Za’Ba

  • Alamat: Kampong Bukit Kerdas, 72100 Batu Kikir, Negeri Sembilan, Malaysia
  • Waktu Operasi: Setiap hari, 10 AM – 5 PM
15+ Tempat Menarik Negeri Sembilan Mesra Keluarga

Teratak Za’Ba merupakan sebuah muzium berkonsepkan pendidikan yang didedikasikan kepada pendeta dan tokoh persuratan Melayu terkenal, Zainal Abidin bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Za’ba. 

Za’ba adalah seorang “Bapa Bahasa Melayu Moden” yang amat berjasa dalam pembangunan bahasa, kesusasteraan dan pendidikan negara.

Masuk adalah percuma!

4. Masjid Sri Sendayan

  • Alamat: Persiaran Idaman Villa, Bandar Sri Sendayan, 71950 Siliau, Negeri Sembilan, Malaysia.
  • Waktu Operasi: Setiap Hari, 5:30 AM–10 PM

Untuk melihat senibina moden ala-ala Taj Mahal, anda boleh singgah di Masjid Sri Sendayan. 

Ia terkenal sebagai mercu tanda bandar Seremban dan salah satu tempat menarik di Negeri Sembilan yang tumpuan pelancong, peminat fotografi, serta mereka yang ingin memahami budaya dan seni bina Islam di Malaysia secara lebih dekat.

15+ Tempat Menarik Negeri Sembilan Mesra Keluarga
15+ Tempat Menarik Negeri Sembilan Mesra Keluarga

Masjid ini juga sering menjadi pilihan mempelai untuk melakukan majlis akad nikah. Dengan landskap yang  indah, senibina yang unik serta menarik, serta kemudahan yang lengkap dan mesra OKU menjadikannya masjid pilihan ramai. 

5. Wet World Pedas Adventure Park

  • Alamat: Lot 603, Jalan Tampin, Mukim, 71400 Pedas, Negeri Sembilan, Malaysia. 
  • Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Rabu, 5 PM–12 AM. 

Wet World Pedas Adventure Park direka khas untuk semua peringkat umur dan menawarkan pelbagai aktiviti yang sesuai untuk seisi keluarga. 

Terdapat pelbagai permainan yang boleh dicuba di sini seperti gelongsor air, trampolin, rock climbing, obstacle course, Bouncing Clouds dan sebagainya. 

15+ Tempat Menarik Negeri Sembilan Mesra Keluarga

Kemudahan & Fasiliti

  • Tempat parkir luas & percuma
  • Surau dan bilik persalinan
  • Tandas & pancuran air
  • Food court pelbagai pilihan
  • Kemudahan untuk OKU
  • Ruang rehat & kawasan berteduh

6. PD Forest Sg Menyala

  • Alamat: N8, 71000 Si Rusa, Negeri Sembilan, Malaysia. 
  • Waktu Operasi: Setiap hari, 8 AM–5 PM. 

PD Forest Sungai Menyala ialah destinasi hidden gem yang popular sebagai lokasi pelancongan alam semula jadi dan eco-edutourism di Negeri Sembilan. 

Antara daya tarikan utama PD Forest Sungai Menyala adalah trail hutan yang terjaga rapi. Ia sesuai untuk aktiviti jungle trekking, rekreasi keluarga, serta penggemar fotografi alam. 

15+ Tempat Menarik Negeri Sembilan Mesra Keluarga

Suasana hutan yang damai dan redup memberi pengalaman yang sangat ideal untuk pencinta alam yang inginkan ketenangan atau mahu mendidik anak-anak tentang keunikan ekosistem tropika.

PD Forest Sungai Menyala juga menyediakan kemudahan moden seperti dewan pameran, perpustakaan, kem penginapan, kanopi laluan ‘interpretation track’, taman permainan, kawasan berkelah dan muzium Orang Asli. 

7. Lata Kijang Jelebu

  • Alamat: Hutan Simpan Kenaboi, Mukim Kenaboi, Jelebu, Negeri Sembilan
  • Waktu Operasi: Setiap hari, 7 AM – 6 PM

Lata Kijang adalah air terjun bertingkat setinggi kira-kira 80 m, menjadikannya air terjun tertinggi di Negeri Sembilan. Trek untuk ke air terjun agak mencabar namun sangat berbaloi!

Anda boleh berkhemah di kawasan yang disediakan untuk merasai pengalaman bersama alam dengan lebih dekat. 

8. Batu Maloi Cave

  • Alamat: Pejabat Hutan Negeri Sembilan, Negeri Sembilan, 73100 Tampin, Malaysia
  • Waktu Operasi: –

Seterusnya, tempat menarik di Negeri Sembilan yang anda boleh singgah terutamanya bagi pecinta alam dan aktiviti lasak ialah Batu Maloi Cave. 

15+ Tempat Menarik Negeri Sembilan Mesra Keluarga

Salah satu aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini ialah meneroka laluan gua granit semula jadi sepanjang lebih 1 kilometer yang terbentuk hasil runtuhan batuan granit purba. Ia bukan seperti gua batu kapur biasa, sebaliknya menawarkan pengalaman “caving” ekstrem yang sangat mengujakan.

9. Pusat Borong Nilai 3

  • Alamat: 823, Jalan Nilai 3/2, Kawasan Perindustrian Nilai 3, 71800 Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia.
  • Waktu Operasi: Setiap hari, 9 AM–9 PM.

Jika anda seorang kaki shopping. Pusat Borong Nilai 3 adalah destinasi yang wajib anda lawati. Pusat borong ini dikenali sebagai syurga membeli-belah dengan deretan ratusan kedai yang menawarkan pelbagai pilihan produk dengan harga murah. 

Antara yang paling dicari di sini termasuk kain ela, langsir tempah, jubah, tudung, cadar, permaidani, perkakas rumah, pakaian bayi, mainan kanak-kanak, barangan hantaran, serta dekorasi majlis perkahwinan.

10. Lembaga Muzium Negeri Sembilan

  • Alamat: Jalan Sungai Ujong, Bandar Seremban, 70300 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia
  • Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 9 AM–5 PM

Lembaga Muzium Negeri Sembilan (Kompleks Muzium Negeri) merupakan pusat warisan dan kebudayaan utama di Seremban yang wajib dikunjungi bagi sesiapa yang ingin mendalami sejarah serta budaya negeri ini. 

Muzium ini menampilkan seni bina rumah adat Minangkabau yang unik dengan bumbung melengkung berinspirasikan tradisi orang Minangkabau asli. 

Selain pameran statik, Lembaga Muzium Negeri Sembilan juga menganjurkan pelbagai aktiviti kebudayaan seperti persembahan seni tradisional, bengkel dan kelas seni budaya, serta permainan tradisional yang interaktif dan menarik untuk pelawat dari semua peringkat umur. 

11. SnowLim Wonderland

  • Alamat: PT 3962, Jln Haruan 2, Pusat Komersial Oakland, 70300 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia
  • Waktu Operasi: Setiap hari, 11 AM–8 PM. 

Sekiranya anda ingin merasai pengalaman bermain salji di Malaysia, anda boleh kunjungi SnowLim Wonderland, Negeri Sembilan. 

15+ Tempat Menarik Negeri Sembilan Mesra Keluarga
15+ Tempat Menarik Negeri Sembilan Mesra Keluarga

SnowLim Wonderland ialah taman tema salji terbesar di Malaysia dan salah satu tempat menarik di Negeri Sembilan yang cukup popular dalam kalangan penduduk tempatan. 

Antara aktiviti menarik yang ditawarkan termasuk snow play zones, gelongsor ais (ice slides), serta arca dan ukiran ais. 

12. Jelita Ostrich Farm

  • Alamat: Lot 1504, Batu 6 Mukim Pantai, Jln Jelebu, 71770 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia
  • Waktu Operasi: Setiap hari, 9:30 AM–5 PM

Jelita Ostrich Farm merupakan destinasi agro-edutourism unik yang wajib dikunjungi jika anda ingin merasai pengalaman lebih dekat dengan burung unta, haiwan terbesar di dunia. 

15+ Tempat Menarik Negeri Sembilan Mesra Keluarga

Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Jelita Ostrich Farm termasuk memberi makan burung unta secara langsung, melihat sendiri cara pemeliharaan, serta mencuba pengalaman menunggang burung unta di bawah bimbingan staf terlatih. 

Selain burung unta, ladang ini turut memelihara haiwan lain seperti kambing, geese, itik, kalkun, dan kuda. 

13. Pusat Penetasan Penyu – Glory Beach Resort

  • Alamat: Glory Beach Resort, Batu 2, Jalan Seremban, Tanjung Gemok, Port Dickson
  • Waktu Operasi: –

Sekiranya anda ingin merasai pengalaman bersama penyu, anda boleh menginap di Glory Beach Resort. Resort ini menawarkan pelbagai program bersama penyu-penyu termasuklah ceramah edukasi, program pelepasan penyu, memberi makan penyu dan sebagainya. 

Aktiviti paling menarik ialah melepaskan anak-anak penyu ke laut. Aktiviti ini sering diadakan mengikut musim penetasan dan mendapat sambutan hangat daripada pengunjung. 

Selain itu, lokasi Glory Beach Resort sendiri turut menawarkan suasana santai tepi pantai, kemudahan penginapan sesuai untuk keluarga serta pelbagai aktiviti rekreasi. 

14. Replica Royal Palace Melawar (Rembau Museum)

  • Alamat: 71350 Kota, Negeri Sembilan, Malaysia
  • Waktu Operasi:

Replica Royal Palace Melawar (Muzium Rembau) merupakan replika istana bersejarah yang dibina bagi mengenang Raja Melewar, pemerintah pertama Negeri Sembilan yang memerintah sejak 1773. 

Struktur bangunan ini mengambil konsep seni bina tradisional Minangkabau yang unik dan menggabungkan elemen rumah adat Negeri Sembilan dengan nilai estetika yang tinggi. 

15+ Tempat Menarik Negeri Sembilan Mesra Keluarga

Di dalam muzium, pengunjung boleh menyaksikan pameran yang memperincikan sejarah Raja Melewar.

Selain itu, muzium juga menampilkan koleksi berkaitan sistem adat Perpatih yang diamalkan di kalangan masyarakat Rembau, termasuk peralatan pertukangan, alat pertanian, permainan tradisional, dan barangan cenderamata yang memberi gambaran hidup masyarakat tradisional. 

15. X Park Port Dickson

  • Alamat: Palm Spring Resort, Jalan Pantai Batu 13 KM 21, Mukim Pasir Panjang, Negeri Sembilan, 71250 Port Dickson, Malaysia
  • Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Selasa, 10 AM–6 PM. 
15+ Tempat Menarik Negeri Sembilan Mesra Keluarga

Jika anda pencari keseronokan dan aktiviti luar biasa di Negeri Sembilan 2025, X Park Port Dickson wajib ada dalam senarai.

Taman rekreasi luar ini menawarkan pelbagai aktiviti ekstrem dan lasak, sesuai untuk dewasa serta remaja (12 tahun ke atas). 

Antara tarikan popular di sini termasuklah go-kart, menunggang ATV merentasi denai hutan berlumpur, archery serta aktiviti paintball. 

15+ Tempat Menarik Negeri Sembilan Mesra Keluarga

16. Nabila Agro Farm Negeri Sembilan

  • Alamat: Jalan Wa Othman Batu 7, 3/4, Jalan Seremban, 71770 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia.
  • Waktu Operasi: Sabtu & Ahad, 8:30 AM–6:30 PM. 

Nabila Agro Farm Negeri Sembilan merupakan sebuah resort dan agrofarm yang terletak di Seremban, berdekatan dengan Kampung Pantai. 

Di sini terdapat pelbagai jenis haiwan jinak seperti arnab, kuda, monyet dan sebagainya. Pengunjung boleh berinteraksi secara langsung dengan haiwan-haiwan tersebut.

Selain itu, Nabila Agro Farm turut menawarkan pelbagai aktiviti rekreasi menarik termasuk menunggang kuda, memanah, serta aktiviti lasak seperti ATV yang sesuai untuk semua peringkat umur.

Nabila Agro Farm adalah antara tempat menarik Negeri Sembilan 2025 yang mesra keluarga dan wajib dikunjungi!

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut