15+ Tempat Menarik Di Kota Kinabalu, Wajib Pergi Bila Datang Sabah!

15+ Tempat Menarik Di Kota Kinabalu, Wajib Pergi Bila Datang Sabah!
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

15+ Tempat Menarik Di Kota Kinabalu, Wajib Pergi Bila Datang Sabah!

Kota Kinabalu adalah merupakan ibu negeri Sabah yang terkenal sebagai salah satu destinasi pelancongan di Malaysia. 

Terkenal dengan keindahan alam semula jadi dan kepelbagaian budaya, bandaraya ini menawarkan pelbagai tarikan menari yang sesuai untuk pengunjung daripada pelbagai lapisan umur. 

Artikel kali ini akan membawa anda meneroka lebih daripada 15 tempat menarik di Kota Kinabalu yang wajib ada dalam senarai percutian anda!

BACA JUGA: 20+ Tempat Menarik Di Phuket, Sesuai Untuk Percutian Bajet!

15+ Tempat Menarik Di Kota Kinabalu

1. Gunung Kinabalu

Gunung Kinabalu bukan sekadar gunung tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara, ia juga merupakan ikon alam semula jadi yang menjadi kebanggaan negeri Sabah sekaligus tarikan utama di Sabah. 

15+ Tempat Menarik Di Kota Kinabalu, Wajib Pergi Bila Datang Sabah!
Sumber: Google Review

Dengan ketinggian 4,095 meter, gunung ini berjaya menarik minat pendaki dari seluruh dunia yang ingin mencabar diri menakluki puncaknya. 

Pendakian ke puncak memerlukan stamina dan ketahanan, namun pemandangan yang menanti di atas adalah ganjaran yang luar biasa. B

Bagi sesiapa yang berminat untuk mendaki, anda boleh melakukan pendaftaran awal dan membuat persediakan secukupnya sebelum tiba hari pendakian.

2. Taman Negara Kinabalu

Bagi pengunjung yang tidak gemar mendaki namun masih mahu merasai ‘vibes’ Gunung Kinabalu, anda boleh singgah ke Taman Negara Kinabalu yang mengelilingi gunung ini. 

Taman ini sememangnya kaya dengan flora dan fauna unik serta diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO.

15+ Tempat Menarik Di Kota Kinabalu, Wajib Pergi Bila Datang Sabah!
Sumber: Orang Sabah

Di sini, anda boleh menemui lebih daripada 5,000 spesies tumbuhan, termasuk bunga Rafflesia yang jarang dijumpai, serta pelbagai spesies burung dan haiwan eksotik. 

Taman ini juga menawarkan laluan mendaki ringan yang dikelilingi hutan tropika dan pemandangan menakjubkan. Sesuailah untuk aktiviti riadah sambil menikmati keindahan alam.

3. Pasar Filipina (Anjung Kinabalu)

Pasar Filipina adalah tempat yang sempurna untuk merasai budaya tempatan. Di sini, pelawat boleh membeli pelbagai barangan kraftangan seperti mutiara. 

Di sini juga, pengunjung boleh menikmati makanan laut segar yang dihidangkan dengan cara masakan tempatan. Terdapat juga makanan khas Sabah seperti nasi kuning dan sebagainya turut dijual disini. 

15+ Tempat Menarik Di Kota Kinabalu, Wajib Pergi Bila Datang Sabah!
Sumber: Google Review
15+ Tempat Menarik Di Kota Kinabalu, Wajib Pergi Bila Datang Sabah!
Sumber: Google Review

Aroma makanan laut panggang yang mengisi udara dan deretan gerai yang meriah menjadikan Pasar Filipina sebagai salah satu tempat ikonik untuk pengunjung Kota Kinabalu.

Kemeriahan suasananya menjanjikan pengalaman yang berharga dan tidak boleh dilepaskan.

15+ Tempat Menarik Di Kota Kinabalu, Wajib Pergi Bila Datang Sabah!
Sumber: Google Review

4. Masjid Bandaraya Kota Kinabalu

Masjid ini, juga dikenali sebagai “Masjid Terapung”. Ia terletak di pinggir bandar Kota Kinabalu dan menjadi salah satu mercu tanda yang indah. 

15+ Tempat Menarik Di Kota Kinabalu, Wajib Pergi Bila Datang Sabah!
Sumber: Google Review

Struktur masjid yang terapung di atas lagun tiruan memberikan pemandangan yang luar biasa, terutamanya semasa matahari terbenam.

Selain menjadi tempat ibadah, masjid ini juga dibuka untuk pelancong yang ingin memahami budaya Islam di Sabah.

5. Pantai Tanjung Aru

Pantai Tanjung Aru merupakan lokasi yang sempurna untuk menikmati matahari terbenam yang menakjubkan di Kota Kinabalu.

15+ Tempat Menarik Di Kota Kinabalu, Wajib Pergi Bila Datang Sabah!
Sumber: Google Review

 Dengan pasir pantai yang halus dan suasana yang santai, pantai ini sering menjadi tumpuan penduduk tempatan dan pelancong untuk berkelah dan beristirahat. 

Terdapat juga deretan kedai makanan dan minuman di tepi pantai yang menawarkan sajian tempatan yang enak untuk dinikmati sambil menikmati keindahan alam.

6. Kota Kinabalu Waterfront

Kota Kinabalu Waterfront juga adalah salah satu tempat menarik di Kota Kinabalu yang wajib ada dalam senarai percutian anda.

Terletak di sepanjang pesisir pantai, kawasan ini menawarkan suasana santai dengan deretan restoran, kafe dan bar yang menghadap ke Laut China Selatan.

15+ Tempat Menarik Di Kota Kinabalu, Wajib Pergi Bila Datang Sabah!
Sumber: Google Review

Ia juga merupakan lokasi yang popular untuk menikmati hidangan makanan laut segar sambil bersantai melihat matahari terbenam yang memukau.

Pada waktu petang, ramai pengunjung datang ke sini untuk menikmati angin laut yang nyaman sambil menjamu selera di restoran yang menawarkan pelbagai masakan tempatan. Di samping itu, terdapat juga gerai-gerai kecil yang menjual snek ringan dan minuman sejuk. 

Suasana di sini menjadi lebih meriah pada waktu malam dengan alunan muzik dan pencahayaan yang menarik.

Ini menjadikannya salah satu destinasi utama untuk menikmati suasana malam di Kota Kinabalu.

15+ Tempat Menarik Di Kota Kinabalu, Wajib Pergi Bila Datang Sabah!
Sumber: Google Review

Selain daripada makanan dan hiburan, Kota Kinabalu Waterfront juga menjadi tempat yang ideal untuk berjalan-jalan santai atau mengambil gambar.

Pemandangan laut yang luas, kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan, serta lampu-lampu bandar yang bersinar mencipta latar belakang yang sempurna untuk merakam kenangan indah di Kota Kinabalu. 

15+ Tempat Menarik Di Kota Kinabalu, Wajib Pergi Bila Datang Sabah!
Sumber: Google Review

7. Muzium Sabah

Muzium Sabah adalah lokasi yang ideal bagi mereka yang ingin memahami sejarah, budaya dan warisan Sabah dengan lebih mendalam. 

Muzium ini bukan sahaja menonjolkan artifak sejarah, tetapi juga memberikan gambaran yang mendalam tentang masyarakat tempatan serta peranan mereka dalam pembentukan negeri Sabah yang kita kenali hari ini.

15+ Tempat Menarik Di Kota Kinabalu, Wajib Pergi Bila Datang Sabah!
Sumber: Google Review

Antara tarikan utama muzium ini ialah galeri etnografi yang menampilkan artifak tradisional dari pelbagai suku kaum di Sabah seperti Kadazan-Dusun, Bajau, dan Murut. 

Di sini, pengunjung dapat melihat pakaian tradisional, peralatan pertanian, senjata dan barangan harian yang digunakan oleh masyarakat tempatan sejak berabad-abad lamanya. 

Muzium ini juga mempunyai bahagian arkeologi yang menampilkan penemuan penting dari tapak sejarah prasejarah di Borneo, seperti alat-alat batu dan fosil.

15+ Tempat Menarik Di Kota Kinabalu, Wajib Pergi Bila Datang Sabah!
Sumber: Google Review

Satu lagi bahagian menarik di Muzium Sabah adalah perkampungan warisan yang memaparkan replika rumah tradisional dari pelbagai etnik Sabah. 

Di kawasan luar muzium, pengunjung boleh melawat rumah panjang yang ikonik, pondok buluh Bajau, dan rumah tradisional Kadazan-Dusun.

Perkampungan ini juga sering menjadi lokasi acara kebudayaan dan demonstrasi kraftangan yang memberikan pengalaman interaktif kepada pengunjung.

Sumber: Google Review

8. Gaya Street Sunday Market

Gaya Street Sunday Market adalah salah satu pasar paling meriah di Kota Kinabalu dan dibuka pada hari Ahad pagi. Suasana di pasar ini jelas menggambarkan kepelbagaian etnik serta budaya Sabah.

Di sini, anda boleh menemui pelbagai produk hasil tangan seperti anyaman, barang kemas diperbuat daripada mutiara, batik, serta barang kraftangan lain yang mencerminkan kekayaan budaya Sabah. 

Sumber: Google Review

Bagi penggemar makanan, Gaya Street Sunday Market adalah syurga makanan jalanan. Pelbagai makanan tempatan yang lazat seperti kuih tradisional, sate, nasi lemak dan minuman segar boleh didapati di sini. 

Anda juga boleh mencuba hidangan unik seperti jeruk tempatan atau kuih-muih tradisional yang sukar ditemui di tempat lain.

Dengan harga yang berpatutan, pasar ini menjadi tempat yang sesuai untuk merasai makanan tempatan tanpa perlu mengeluarkan belanja besar.

Sumber: Google Review

Pasar ini menggambarkan suasana kebersamaan masyarakat tempatan dan pelancong, menjadikannya bukan sekadar tempat untuk membeli-belah tetapi juga platform untuk merasai budaya Sabah secara langsung.

Jadi, jika anda berada di Kota Kinabalu pada hari Ahad, jangan lepaskan peluang untuk melawat Gaya Street Sunday Market — tempat yang penuh dengan keunikan, cita rasa tempatan dan pengalaman yang berbeza daripada pasar biasa.

9. Rumah Terbalik Borneo

Rumah Terbalik Borneo, terletak di Tamparuli, sekitar 30 minit perjalanan dari Kota Kinabalu, adalah salah satu tarikan yang unik dan menyeronokkan di Sabah.

Seperti namanya, seluruh rumah ini dibina secara terbalik, dari lantai hingga ke bumbung, memberikan ilusi yang menarikan dan juga lucu kepada para pengunjung.

Sumber: Rumah Terbalik – The Upside Down House in Borneo!

Apabila anda melangkah masuk ke dalam rumah, anda akan mendapati semua perabot dan hiasan rumah seperti katil, meja makan, kerusi, dan peralatan dapur dipasang terbalik di siling. 

Ini mencipta persekitaran yang kelakar dan agak mengelirukan, menjadikannya tempat yang sempurna untuk sesi fotografi yang kreatif dan mencuit hati. 

Sumber: Rumah Terbalik – The Upside Down House in Borneo!

Ia pasti memberikan pengalaman yang menyeronokkan untuk seisi keluarga, terutamanya kanak-kanak yang akan tertarik dengan konsep yang pelik tetapi menarik ini.

10. Likas Bay

Likas Bay, terletak tidak jauh dari pusat bandar Kota Kinabalu. Ia adalah kawasan pesisir pantai yang popular dalam kalangan penduduk tempatan dan pelancong luar. 

Sumber: Google Review

Pantai yang panjang dan landai ini menawarkan pemandangan Laut China Selatan yang mempesona dengan latar belakang Gunung Kinabalu yang megah daripada kejauhan.

Likas Bay menjadi lokasi yang sempurna untuk aktiviti riadah dan rekreasi ringan, serta tempat yang menenangkan untuk melarikan diri daripada kesibukan bandar.

Sumber: Google Review

Kawasan ini juga dilengkapi dengan jalan pesisir yang menghubungkan pelbagai bahagian bandar, serta trek jogging dan berbasikal yang sesuai untuk aktiviti riadah. 

Di sepanjang pantai terdapat juga ruang makan terbuka yang dikenali sebagai “Anjung Selera,” di mana pengunjung boleh menikmati makanan tempatan sambil menikmati pemandangan laut.

Setiap tahun, Likas Bay menjadi tuan rumah kepada perlumbaan perahu naga antarabangsa, menarik peserta dan penonton dari pelbagai tempat.

11. Taman Tunku Abdul Rahman

Taman Tunku Abdul Rahman adalah salah satu tarikan pelancongan yang paling terkenal di Kota Kinabalu. 

Taman marin ini terdiri daripada lima pulau tropika yang menawan—Pulau Gaya, Pulau Sapi, Pulau Manukan, Pulau Mamutik, dan Pulau Sulug—dan terletak hanya 20 minit perjalanan dengan bot dari Jesselton Point. 

Sumber: KLOOK

Setiap pulau mempunyai keunikan tersendiri, menjadikan taman ini sebagai syurga bagi penggemar pantai, pencinta alam, dan peminat sukan air.

Selain itu, Taman Tunku Abdul Rahman juga menjadi tempat yang popular untuk aktiviti rekreasi seperti berkelah, berjemur dan meneroka hutan tropika. 

Banyak pelawat yang datang ke sini untuk melarikan diri dari kesibukan bandar dan menikmati keindahan semula jadi yang menenangkan.

>> Dapatkan harga istimewa Tunku Abdul Rahman Island Visit & Boat Snorkeling Experience dengan tempahan melalui KLOOK!

TAIP: Tunku Abdul Rahman Island Visit & Boat Snorkeling Experience, dan klik SEARCH.

Klook.com

12. Pulau Sapi

Pulau Sapi, salah satu daripada lima pulau yang terletak dalam Taman Tunku Abdul Rahman. Pulau ini adalah syurga bagi penggemar snorkeling dan selam skuba. 

15+ Tempat Menarik Di Kota Kinabalu, Wajib Pergi Bila Datang Sabah!

Di pulau ini, pengunjung berpeluang melihat terumbu karang yang cantik serta pelbagai spesies ikan tropika yang berenang bebas di sekitar perairannya.

Pengunjung yang bertuah juga berpeluang melihat penyu laut atau ikan pari yang berkeliaran di dasar laut.

Salah satu tarikan utama di Pulau Sapi adalah Coral Flyer, zipline antara pulau yang menghubungkan Pulau Sapi dan Pulau Gaya. Walaubagaimanapun, tarikan ini masih ditutup pada waktu ini (OGOS 2024).

15+ Tempat Menarik Di Kota Kinabalu, Wajib Pergi Bila Datang Sabah!

Pulau Sapi juga popular untuk aktiviti berkelah dan bersantai di tepi pantai. Terdapat juga kawasan-kawasan hutan kecil yang boleh diterokai, menawarkan peluang untuk berjalan kaki ringan sambil menikmati flora dan fauna setempat.

13. Pulau Manukan

Tidak kurang hebatnya seperti Pulau Sapi, Pulau Manukan juga sering menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara.  

Pantainya yang bersih dihiasi dengan pasir putih dan air laut yang jernih, menjadikannya destinasi percutian yang ideal untuk berenang atau sekadar bersantai bersama keluarga. 

Sumber: KLOOK

Selain itu, pulau ini menawarkan peluang snorkeling yang luar biasa di mana anda dapat menerokai terumbu karang yang kaya dengan hidupan marin yang pelbagai dan berwarna-warni.

Kemudahan asas yang lengkap dan pelbagai pilihan aktiviti air seperti jet ski menjadikannya destinasi yang sesuai untuk pelbagai jenis pengunjung. 

>> Lawatan Berpandu Peribadi Island Hopping di Pulau Sapi / Pulau Manukan, tempah sekarang melalui KLOOK untuk diskaun istimewa!

TAIP: Lawatan Berpandu Peribadi Island Hopping di Pulau Sapi / Pulau Manukan, dan klik SEARCH.

Klook.com

14. Imago Shopping Mall

Bagi kaki shopping, pusat beli-belah Imago adalah destinasi yang wajib dikunjungi di Kota Kinabalu. Imago menawarkan pengalaman membeli-belah yang lengkap dengan pelbagai jenama terkenal. 

Dengan ruang yang luas dan reka bentuk yang menarik, pusat beli-belah ini menyediakan pengalaman membeli-belah yang menyenangkan untuk semua pengunjungnya.

Sumber: www.imago.my

Selain itu, Imago juga menawarkan pelbagai pilihan restoran dan kafe, membolehkan anda menikmati hidangan tempatan dan antarabangsa selepas penat membeli-belah. 

Bagi mereka yang mencari hiburan, terdapat juga kawasan hiburan dan panggung wayang di dalam pusat beli-belah ini. 

Dengan semua kemudahannya, Imago Shopping Mall adalah tempat yang ideal untuk meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan sambil menikmati aktiviti membeli-belah yang menyeronokkan.

15. Bukit Kokol

 Terletak di kawasan pedalaman, Bukit Kokol terkenal dengan pemandangan panorama yang menakjubkan, termasuk pemandangan Kota Kinabalu dan Laut China Selatan dari ketinggian. 

Selain itu, Bukit Kokol menawarkan laluan hutan yang menyegarkan dan udara yang sejuk, menjadikannya tempat yang sempurna untuk melarikan diri dari kesibukan bandar dan merasai ketenangan alam semula jadi.

Sumber: Eksplorasi Sabah

Terletak hanya dalam jarak 30-45 minit pemanduan dari pusat bandar Kota Kinabalu, bukit ini menawarkan suasana yang sejuk, pemandangan yang menakjubkan, dan pelbagai tarikan. 

Antara tarikan utama di Bukit Kokol termasuk Le’ One – Kokol Elf, yang merupakan lokasi popular untuk fotografi dengan pemandangan indah kota. 

Terdapat juga tempat penginapan seperti Kokol Hill Villa dan Kokol Haven Resort yang membolehkan pengunjung menginap dengan selesa disamping melakukan pelbagai aktiviti seperti trekking hutan dan permainan pengembaraan. 

16. Jambatan Gantung Tamparuli

Sumber: Sabah Tourism 

Satu lagi tarikan yang tidak boleh dilepaskan apabila berkunjung ke Sabah ialah berkunjung ke Jambatan Gantung Tamparuli. 

Ia merupakan salah satu jambatan yang terkenal di Sabah dan terletak di Pekan Tamparuli, kira-kira 35 km dari Kota Kinabalu. Jambatan ini mempunyai panjang sekitar 200 meter dan menghubungkan pekan dengan kawasan luar. 

Jambatan ini bukan sahaja menjadi lokasi tumpuan penduduk tempatan tetapi juga pelancong yang ingin mengambil gambar dan menikmati pemandangan indah di sekelilingnya.

Sumber: Sabah Tourism 

Pengunjung tidak dikenakan sebarang bayaran untuk melintasi jambatan ini, tetapi mereka boleh memberikan sumbangan ikhlas kepada tabung yang disediakan. 

Sebelum melintasi jambatan, pengunjung sering disambut dengan persembahan muzik dan tarian tradisional oleh sukarelawan dari Persatuan Seni Budaya Tuaran (PESTA), menjadikan pengalaman tersebut lebih meriah. 

17. Ladang Tenusus Desa Cattle

Sumber: Sabah Tourism Board

Tidak lengkaplah percutian anda di Kota Kinabalu tanpa singgah ke Ladang Tenusu Desa Cattle, yang terletak di Kundasang, Sabah ini.

Ia sering digelar “New Zealand Malaysia” kerana pemandangan indahnya yang mengingatkan kepada kawasan pedalaman New Zealand.

Ladang ini menawarkan pengalaman unik kepada pengunjung dengan peluang untuk melihat proses pemerahaan susu, memberi makan lembu, dan merasai susu segar tempatan.

15+ Tempat Menarik Di Kota Kinabalu, Wajib Pergi Bila Datang Sabah!
Sumber: Sabah Gazette

Suasana yang sejuk dan nyaman, dengan latar belakang Gunung Kinabalu yang menakjubkan, menjadikan Ladang Tenusu Desa Cattle destinasi yang ideal untuk keluarga serta pencinta alam semula jadi yang ingin merasai keindahan desa dan suasana tenang.

Penutup

Jadi, sama ada anda seorang pencinta alam yang ingin menawan Gunung Kinabalu, seorang penggemar makanan laut yang ingin merasai sajian tempatan di tepi pantai, atau seseorang yang ingin memahami warisan budaya Sabah, Kota Kinabalu menawarkan sesuatu untuk semua. 

Semoga perkongsian lebih daripada 15 tempat menarik di Kota Kinabalu yang disenaraikan di atas dapat membantu anda meneroka bandaraya Kota Kinabalu dengan lebih mudah dan menyeronokkan!

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut