20+ Tempat Menarik Di Melaka, Wajib Dikunjungi!

20+ Tempat Menarik Di Melaka, Wajib Dikunjungi!
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

20+ Tempat Menarik Di Melaka, Wajib Dikunjungi!

Melaka sememangnya terkenal sebagai sebuah negeri yang kaya dengan sejarah, budaya, dan warisan. 

Ia juga dikenali sebagai “Bandaraya Bersejarah” dan merupakan destinasi pelancongan yang popular di Malaysia.

Melaka menawarkan pelbagai tempat menarik yang boleh dilawati, sama ada bangunan bersejarah, taman tema moden, alam semulajadi dan sebagainya. 

Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan lebih dari 20 tempat menarik di Melaka yang wajib dikunjungi. 

Jom terokai  keunikan Melaka yang pasti memberikan anda pengalaman yang berharga!

BACA JUGA: 15+ Tempat Menarik Di Selangor, Sesuai Untuk Trip Hujung Minggu!

20+ Tempat Menarik Di Melaka

1. Kota A Famosa

A’Famosa merupakan salah satu mercu tanda paling ikonik di Melaka. Ia adalah sebuah binaan kubu Portugis yang telah dibina pada abad ke-16 (tahun 1512) dan merupakan antara struktur Eropah tertua yang masih wujud di Asia Tenggara.

Walaupun kebanyakan strukturnya telah musnah, pintu masuk utama yang dikenali sebagai Porta de Santiago masih berdiri teguh. 

Kubu ini melambangkan zaman penjajahan Portugis di Melaka dan menjadi tarikan utama bagi penggemar sejarah.

Anda boleh meneroka kawasan sekitar A’Famosa untuk menghayati keindahan seni bina zaman kolonial dan mempelajari sejarah penting negeri Melaka. 

Abadikan kenangan dengan mengambil gambar kenangan bersama kubu yang telah berusia lebih kurang 500 tahun ini. 

2. Stadthuys

Dengan warna merah bata dan seni bina kolonial yang menawan, Stadthuys adalah salah satu destinasi wajib dikunjungi di Melaka. 

Bangunan yang terletak di tengah-tengah Bandar Hilir adalah merupakan bangunan peninggalan Belanda yang telah berusia lebih dari 300 tahun. 

Ia kini berfungsi sebagai Muzium Sejarah dan Etnografi yang menampilkan pelbagai pameran tentang sejarah Melaka dan kehidupan masyarakat Melayu tradisional. 

Di sini, anda boleh melihat pelbagai koleksi menarik termasuk pakaian tradisional, peralatan domestik, dan dokumen bersejarah yang memberikan gambaran tentang kehidupan di Melaka pada zaman dahulu.

20+ Tempat Menarik Di Melaka, Pesona Kota Bersejarah!
Sumber: Malacca
20+ Tempat Menarik Di Melaka, Pesona Kota Bersejarah!
Sumber: Malacca

3. Gereja Christ

Bersebelahan Stadthuys, terdapat sebuah gereja yang dikenali Gereja Christ. Gereja ini merupakan gereja Protestan tertua yang masih aktif di Malaysia. 

Ia telah dibina pada tahun 1753 dan menggabungkan elemen-elemen seni bina Belanda dan sentuhan tempatan. Ini menjadikannya salah satu tarikan utama di Melaka yang wajib dikunjungi. Sekali pandang, macam bukan berada di Melaka!

Anda boleh mengambil gambar dan juga melihat bahagian dalam gereja sambil memerhati seni bina dan menghargai nilai sejarahnya. 

Anda juga boleh mengambil peluang untuk menaiki beca yang ada berhampiran kawasan gereja ini untuk mengelilingi bandaraya Melaka. 

Sumber: Google Review
Sumber: Google Review
20+ Tempat Menarik Di Melaka, Pesona Kota Bersejarah!
Sumber: Google Review

4. Bukit St. Paul dan Gereja St. Paul

Terdapat sebuah kawasan berbukit yang dikenali sebagai Bukit St. Paul atau Bukit Melaka yang wajib dikunjungi apabila datang ke Melaka. 

20+ Tempat Menarik Di Melaka, Pesona Kota Bersejarah!
Sumber: Utusan Malaysia

Dari atas bukit ini, anda boleh melihat pemandangan panoramik bandar Melaka.  Anda juga boleh melihat banyak tempat-tempat menarik dan bersejarah seperti Selat Melaka, Kompleks TUDM, Stadthuys, Puncak St. Paul, Memorial Kemerdekaan, Pulau Melaka, kota a famosa dan Masjid Negeri Melaka. 

Bukit tersebut juga menempatkan sebuah gereja yang mempunyai sejarah yang menarik. Gereja tersebut dikenali sebagai Gereja St. Paul. 

Walaupun kebanyakan struktur gereja telah runtuh akibat peperangan dan faktor semula jadi, beberapa bahagian seperti dinding dan tangga batu masih utuh. 

Selain runtuhan Gereja St. Paul, terdapat beberapa tarikan lain yang menarik di sekitar bukit ini. Di kaki bukit, terdapat Muzium Maritim Melaka yang memaparkan sejarah maritim dan perdagangan di Melaka. 

Anda juga boleh meneroka Stadthuys dan Christ Church, dua bangunan peninggalan Belanda yang terkenal yang terletak berhampiran bukit ini. 

5. Muzium Maritim Melaka

Sekiranya anda berminat dengan sejarah pelayaran dan perdagangan di Melaka, anda wajib berkunjung ke Muzium Maritim Melaka atau juga dikenali sebagai Muzium Samudera.

Seperti yang dinyatakan di atas, ia terletak di kaki Bukit St. Paul dan sangat mudah diakses dengan hanya berjalan kaki.

Muzium Maritim Melaka ini ‘ditempatkan’ di dalam sebuah replika kapal Portugis Flor de la Mar. Ia mempamerkan model kapal, peralatan pelayaran dan artifak yang berkaitan dengan sejarah perdagangan maritim Melaka. 

Di muzium ini, anda  boleh mempelajari tentang kepentingan Melaka sebagai pelabuhan perdagangan antarabangsa pada zaman dahulu dan peranannya dalam sejarah maritim rantau ini. 

6. Jonker Street

Jonker Walk, atau lebih dikenali sebagai Jonker Street, adalah syurga bagi penggemar membeli-belah dan makanan. Ia adalah pusat aktiviti yang cukup meriah di Melaka. 

Jalan ini dipenuhi dengan kedai-kedai antik, butik, kafe, dan gerai makanan yang menawarkan pelbagai jenis hidangan tempatan. 

Pada waktu malam, Jonker Street berubah menjadi pasar malam yang meriah, di mana anda  boleh menikmati pelbagai makanan tempatan, membeli-belah barangan antik dan kraftangan. 

Selain itu, terdapat juga pelbagai persembahan budaya sering diadakan. Bagi yang ingin merasai budaya Baba Nyonya yang unik di Melaka, Jonker Street adalah tempat yang paling sesuai. 

7. Masjid Selat Melaka

Sekiranya anda mencari tempat menunaikan solat, anda boleh luangkan masa sebentar untuk singgah menunaikan solat di Masjid Selat Melaka atau juga dikenali sebagai “Masjid Terapung”. 

Masjid ini dibina di atas air dan memberikan pemandangan yang menakjubkan, terutamanya ketika matahari terbenam. 

Seni bina masjid ini menggabungkan elemen tradisional Melayu dan Timur Tengah, menjadikannya salah satu masjid tercantik di Malaysia.

20+ Tempat Menarik Di Melaka, Pesona Kota Bersejarah!
Sumber: Facebook Masjid Selat Melaka
Sumber: Facebook Masjid Selat Melaka

8. Menara Taming Sari

Menara Taming Sari adalah menara pemerhatian berputar yang memberikan pemandangan panorama 360 darjah Bandar Melaka. Anda boleh melihat gambaran keseluruhan bandaraya bersejarah ini di menara setinggi 110 meter ini. 

Keunikan menara ini ialah; ia berputar perlahan-lahan semasa naik dan turun, membolehkan pengunjung menikmati pemandangan dari pelbagai sudut. 

9. Melaka River Cruise

Melaka River Cruise menawarkan pengalaman menyusuri Sungai Melaka dengan bot. Anda boleh menikmati pemandangan bandaraya Melaka daripada perspektif yang berbeza. 

Sepanjang perjalanan, anda akan melihat bangunan-bangunan bersejarah, mural-mural menarik, dan kehidupan penduduk tempatan di tebing sungai. 

Pelayaran ini sangat menarik terutamanya pada waktu malam. Ia menciptakan suasana yang memukau apabila lampu-lampu bandar menyala. 

Jika anda memandu ke jeti, berhenti di jeti Spice Garden (Taman Rempah), di mana anda akan menemui tempat letak kereta yang besar bersebelahan dengan tempat letak kereta yang luas untuk kenderaan anda.

Sebagai alternatif, penumpang juga boleh ke sana dengan menggunakan salah satu perkhidmatan bas Melaka. Berharga antara RM 1 hingga RM 1.80, Bas Bandar No.17 akan membawa anda terus ke jeti.

10. Muzium Baba & Nyonya 

Muzium Baba & Nyonya adalah sebuah muzium yang didedikasikan untuk budaya Peranakan. Muzium ini terletak di sebuah rumah tradisional yang telah dipulihkan. Bagi mereka yang berminat dengan warisan budaya yang unik, anda wajib berkunjung ke sini. 

20+ Tempat Menarik Di Melaka, Pesona Kota Bersejarah!
Sumber: Google Review

Di muzium ini, terdapat pelbagai pameran tentang kehidupan dan adat resam komuniti Baba dan Nyonya. Termasuklah perabot antik, pakaian tradisional, dan barangan isi rumah yang menggambarkan gaya hidup mewah keluarga Peranakan pada zaman kegemilangannya. 

Anda boleh mempelajari banyak perkara tentang adat resam, masakan dan warisan budaya masyarakat Baba-Nyonya yang unik di muzium ini. 

Sumber: Google Review

Jom rancang percutian anda ke Melaka bersama KLOOK! Dapatkan harga istimewa untuk tiket masuk, lawatan berpandu dan sebagainya. Taip MELAKA >> klik SEARCH di kotak carian di bawah:

Klook.com

11. Perigi Hang Tuah

Hang Tuah bukan satu nama yang asing lagi untuk negeri Melaka. Hang Tuah adalah salah seorang daripada lima pahlawan Melayu yang terkenal dengan keberanian dan kepintarannya, serta menjadi orang kepercayaan Sultan Melaka. 

Terdapat sebuah perigi bersejarah yang dikatakan telah digali oleh Hang Tuah dan digelar sebagai Perigi Hang Tuah. 

20+ Tempat Menarik Di Melaka, Pesona Kota Bersejarah!
Sumber: Google Review

Menurut cerita rakyat, perigi ini tidak pernah kering walaupun pada musim kemarau dan airnya dikatakan mempunyai kuasa penyembuhan.

Terletak di Kampung Duyong, perigi ini masih digunakan oleh penduduk tempatan dan menjadi salah satu destinasi pelancongan yang penuh dengan mitos dan cerita rakyat. 

Tempat ini menarik bagi mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang sejarah dan legenda tempatan.

12. Taman Mini Malaysia & ASEAN Cultural Park

Taman Mini Malaysia & ASEAN Cultural Park adalah destinasi yang menarik untuk mempelajari tentang budaya pelbagai negeri di Malaysia dan negara-negara ASEAN. 

Taman ini mempamerkan replika rumah tradisional dari setiap negeri di Malaysia dan beberapa negara ASEAN. 

Setiap rumah dilengkapi dengan perabot tradisional dan barangan harian yang memberikan gambaran tentang kehidupan masyarakat tempatan.

Di taman ini, anda berpeluang untuk meneroka replika rumah-rumah yang unik, mempelajari tentang seni bina tradisional dan menyaksikan persembahan kebudayaan yang sangat menarik.

13. Muzium Istana Kesultanan Melaka

Melawati Muzium Istana Kesultanan Melaka akan membawa anda kembali ke zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Muzium ini adalah replika istana Sultan Mansur Shah, yang memerintah Melaka dari tahun 1456 hingga 1477. 

Istana asal ini dikatakan telah dibina tanpa menggunakan sebarang paku, dan replika ini mengikuti prinsip yang sama, menggunakan kaedah sambungan kayu tradisional.

20+ Tempat Menarik Di Melaka, Pesona Kota Bersejarah!

Anda boleh melihat pelbagai artifak bersejarah, senjata tradisional dan pakaian diraja serta mempelajari tentang sistem pemerintahan dan kehidupan istana pada zaman Kesultanan Melaka di muzium ini. 

Seni bina muzium ini mencerminkan keindahan dan keunikan seni bina Melayu tradisional. Istana ini dibina menggunakan kayu cengal dan dihiasi dengan ukiran kayu yang rumit dan halus. 

20+ Tempat Menarik Di Melaka, Pesona Kota Bersejarah!

Atapnya yang tinggi dan curam adalah ciri khas rumah-rumah tradisional Melayu, yang direka untuk menahan hujan tropika yang lebat.

Muzium Istana Kesultanan Melaka terletak di kaki Bukit St. Paul, bersebelahan dengan A Famosa. Lokasinya yang strategik menjadikannya mudah diakses oleh pengunjung yang melawat tarikan-tarikan utama di Melaka.

14. Pantai Klebang

Pantai Klebang adalah destinasi yang popular untuk aktiviti rekreasi seperti berkhemah, berkelah dan bersantai serta aktiviti-aktiviti pantai yang menyeronokkan.

Pasirnya yang putih dan pemandangan laut yang menenangkan menjadikan pantai ini tempat yang ideal untuk melarikan diri daripada kesibukan bandar. Selain itu, ia juga merupakan lokasi yang tepat untuk melihat pemandangan indah matahari terbenam.

Di pantai ini, anda boleh menikmati pelbagai aktiviti seperti bermain layang-layang, menunggang ATV, atau sekadar bersantai di tepi pantai. 

Jangan lupa juga untuk mencuba “coconut shake” yang cukup terkenal di pantai ini. Sedapp!

Di sepanjang pantai ini juga, terdapat banyak gerai yang menjual pelbagai makanan tempatan dan minuman. 

15. Melaka Wonderland Theme Park & Resort

Melaka Wonderland Theme Park & Resort adalah taman tema air yang popular di Melaka. 

Terletak di Ayer Keroh, taman tema ini menawarkan pelbagai tarikan air yang sesuai untuk semua peringkat umur. 

Ada gelongsor air, kolam ombak, sungai dengan aliran perlahan dan macam-macam lagi. Bawa anak-anak memang seronoklah diorang. 

Taman tema inj adalah destinasi yang tepat untuk pengunjung yang mencari aktiviti rekreasi santai dan  ingin menghabiskan hari dengan penuh keseronokkan. 

16. Zoo Melaka

Bagi menambah lagi keseronokan percutian anda,  jangan lupa singgah ke Zoo Melaka.

Zoo Melaka adalah salah satu zoo terbesar di Malaysia, dengan lebih daripada 1,200 ekor haiwan dan 215 spesies haiwan berbeza. 

Di zoo ini, anda berpeluang melihat haiwan-haiwan eksotik seperti harimau putih, gajah dan orang utan. 

Selain itu, zoo ini juga menawarkan program pendidikan dan aktiviti interaktif yang menarik untuk kanak-kanak dan orang dewasa.

Antara tarikan utamanya ialah; aktiviti tunggangan gajah, pertunjukan haiwan dan safari malam. 

17. Encore Melaka

Encore Melaka adalah sebuah teater yang menawarkan persembahan seni yang menggabungkan teknologi canggih dan elemen budaya tradisional. 

Persembahan di Encore Melaka menceritakan kisah sejarah dan warisan Melaka melalui tarian, muzik dan visual yang menakjubkan. 

20+ Tempat Menarik Di Melaka, Pesona Kota Bersejarah!
Sumber: Facebook Encore Melaka

Dengan 360 darjah panggung berputar dan kesan visual yang menakjubkan, Encore Melaka membawa penonton melalui perjalanan masa yang menarik, menghidupkan kembali kisah-kisah penting dalam sejarah Melaka. 

Teater ini merupakan salah satu tarikan yang unik di Melaka. Rugi sangat kalau anda tidak berkunjung ke sini!

18. Taman Buaya & Rekreasi Melaka 

Taman Buaya & Rekreasi Melaka  adalah destinasi menarik yang menggabungkan elemen pendidikan dan hiburan. Ia sesuai dikunjungi bersama keluarga mahupun rakan-rakan. 

Taman ini menempatkan lebih daripada 100 ekor buaya dari pelbagai spesies. Fuh, memang macam-macam jenis buaya ada dekat sini!

20+ Tempat Menarik Di Melaka, Pesona Kota Bersejarah!

Di taman ini, anda juga boleh menyaksikan pertunjukan buaya, mempelajari tentang pemuliharaan reptilia ini, dan bahkan memegang anak buaya di bawah pengawasan. 

Selain itu, taman ini juga menawarkan pelbagai aktiviti lain seperti taman tema air mini, mini zoo dan taman permainan.

20+ Tempat Menarik Di Melaka, Pesona Kota Bersejarah!
Sumber: Wikipedia

19. Dataran Pahlawan Melaka Megamall

Kalau anda mencari tempat shopping di Melaka, singgahlah di Dataran Pahlawan Melaka Megamall.

Ia merupakan pusat membeli-belah terbesar di Melaka dan menempatkan pelbagai jenis  kedai tempatan mahupun antarabangsa, restoran dan juga pusat hiburan. 

20+ Tempat Menarik Di Melaka, Pesona Kota Bersejarah!
Sumber: Flickr

Selain membeli-belah, anda juga boleh menikmati pemandangan bandar dari dek pemerhatian di tingkat atas pusat beli-belah ini.

20. The Shore Sky Tower

The Shore Sky Tower, yang terletak di kompleks The Shore, menawarkan pemandangan panoramik bandaraya Melaka dari ketinggian. 

Menara setinggi 43 tingkat ini mempunyai dek pemerhatian dengan lantai kaca yang memberikan pengalaman yang mengujakan. 

20+ Tempat Menarik Di Melaka, Pesona Kota Bersejarah!
Sumber: Google Review

Di sini, anda boleh melihat mercu tanda utama Melaka dan Selat Melaka dari sudut pandangan yang berbeza. 

Pada waktu malam, pemandangan bandaraya Melaka yang bercahaya menciptakan suasana yang sangat menakjubkan. 

21. Rumah Terbalik Melaka

Rumah Terbalik Melaka juga salah satu tarikan menarik di Melaka yang anda boleh kunjungi. 

Seperti namanya, segala-galanya di dalam rumah ini terbalik, termasuk perabot dan barangan harian. 

Jangan lupa ambil banyak-banyak gambar mengikut kreativiti dengan gaya yang membuatkan anda kelihatan seperti berdiri di siling!

22. Melaka Butterfly & Reptile Sanctuary

Melaka Butterfly & Reptile Sanctuary adalah sebuah taman yang menempatkan pelbagai spesies rama-rama dan reptilia. 

Anda boleh berjalan-jalan di dalam taman dan melihat keindahan rama-rama yang berwarna-warni serta pelbagai reptilia yang menarik.

20+ Tempat Menarik Di Melaka, Pesona Kota Bersejarah!
Sumber: Google Review
20+ Tempat Menarik Di Melaka, Pesona Kota Bersejarah!
Sumber: Google Review

Bukan itu sahaja, anda juga berpeluang untuk berinteraksi dengan beberapa jenis haiwan yang dibenarkan. Taman ini juga menawarkan pameran pendidikan yang informatif. 

Sesuai sangat kalau bawa anak-anak berkunjung ke sini untuk menambah pengetahuan mereka mengenai rama-rama dan beberapa jenis haiwan lain. 

20+ Tempat Menarik Di Melaka, Pesona Kota Bersejarah!
Sumber: Google Review

23. Kampung Morten

Kampung Morten adalah sebuah kampung tradisional Melayu yang terletak di tengah-tengah bandar Melaka. Kampung ini terkenal dengan rumah-rumah kayu yang indah dan landskap yang cantik. 

Di kampung ini, anda boleh melawat Villa Sentosa, sebuah muzium hidup yang memberikan gambaran tentang kehidupan masyarakat Melayu pada masa lalu. 

Penutup

Melaka menawarkan keunikan tarikan bersejarah, budaya dan juga moden, menjadikannya sebuah destinasi pelancongan yang menarik. Kebanyakan tempat mesra keluarga dan sangat mudah diakses. 

Akhir kata, semoga artikel ini membantu anda merancang perjalanan yang menyeronokkan dan bermakna di Melaka.

Selamat melancong!

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut