Johor Bahru menawarkan pengalaman percutian yang menarik untuk pelbagai peringkat umur serta seisi keluarga.
Terdapat banyak destinasi menarik di Johor Bahru yang boleh dikunjungi dengan mudah.
Sama ada anda ingin berseronok di taman tema, menikmati suasana tepi pantai atau meneroka keunikan budaya dan sebagainya, semuanya ada disini!
Berikut dikongsikan lebih daripada 20 tempat menarik di Johor Bahru yang boleh dikunjungi bersama keluarga, rakan-rakan ataupun secara persendirian.
BACA JUGA: 15+ Tempat Menarik Di Kota Kinabalu, Wajib Pergi Bila Datang Sabah!
20+ Tempat Menarik Di Johor Bahru
1. Taman Tema Legoland Malaysia
Taman Tema Legoland Malaysia ini terletak di Iskandar Puteri, Johor. Apa yang menarik mengenainya adalah, ia merupakan taman tema Lego pertama di Asia Tenggara!
Ada lebih 40 tarikan dan aktiviti yang memang sesuai untuk semua peringkat umur. Budak-budak confirm seronok, orang dewasa pun takkan rasa bosan bila berkunjung ke sini.
Kalau rasa tak cukup sehari untuk main semua tarikan yang ada, anda boleh bermalam di Legoland Hotel yang betul-betul bersebelahan dengan taman tema ini.
Hotel ini berkonsepkan Lego – jadi bolehlah korang sambung ‘feeling-feeling’ berada dalam dunia Lego sepanjang percutian!
2. Zoo Johor
Zoo Johor merupakan salah satu zoo tertua di Malaysia, terletak hanya beberapa minit dari pusat bandar Johor Bahru.
Setelah melalui proses renovasi yang menyeluruh, ia kini dibuka semula bermula pada 31 Ogos 2024 dengan wajah baru yang lebih moden dan menarik.
Dengan pelbagai pembaharuan, Zoo Johor pasti akan memikat hati pengunjung dengan landskap yang lebih segar, ruang pameran haiwan yang lebih baik dan kemudahan yang lebih mesra pengunjung.
Zoo ini menawarkan pengalaman yang lebih interaktif dan mendidik, menjadikan setiap lawatan lebih menyeronokkan dan bermakna, terutamanya untuk keluarga dan pencinta alam.
BACA JUGA: Zoo Johor – Tarikh Pembukaan Semula & Harga Tiket Masuk 2024
3. Pantai Desaru
Walaupun terletak agak jauh sedikit daripada Johor Bahru, Pantai Desaru tetap menjadi destinasi pantai kegemaran di Johor.
Dikenali dengan pasir putihnya yang lembut seperti kapas dan air laut yang sejernih kristal, pantai ini adalah lokasi ideal untuk bersantai dan melakukan aktiviti bersama ahli keluarga atau rakan-rakan seperti berkelah, berenang dan sebagainya.
Untuk pengetahuan anda, pantai ini juga dikelilingi dengan resort dan hotel mewah yang menawarkan penginapan yang selesa.
Dijamin pengalaman percutian anda lebih istimewa dengan menginap di hotel mewah ataupun resort yang ada.
Bagi mereka yang gemarkan cabaran dan aktiviti yang memacu adrenalin, aktiviti air seperti jet ski dan parasailing turut tersedia.
4. Danga Bay
Danga Bay adalah lokasi yang seronok untuk aktiviti lepak bersama keluarga atau kawan-kawan.
Pengunjung juga boleh bersantai sambil bersiar-siar di tepi pantai dan menikmati angin laut yang menyegarkan.
Selain itu, pengunjung juga boleh menikmati matahari terbenam sambil berlayar di atas kapal.
Terdapat juga taman tema yang lengkap dengan pelbagai jenis permainan disediakan di sini. Kanak-kanak boleh bermain dengan selamat dengan pantauan ibu bapa.
Makan? Tak perlu risau, di sini ada banyak restoran dan kafe yang dibuka. Anda boleh mengisi perut sambil menikmati pemandangan laut yang cantik!
5. Adventure Waterpark Desaru Coast
Adventure Waterpark Desaru Coast adalah sebuah taman tema yang terletak di Pantai Desaru. Ia menawarkan pelbagai aktiviti air yang menarik dan mampu memacu adrenalin pengunjung yang mencubanya.
Taman tema air ini sesuai untuk seisi keluarga dengan pelbagai pilihan tarikan untuk semua peringkat umur termasuk kanak-kanak. Kemudahan yang disediakan juga sangat lengkap. A
Anda tidak perlu risaukan apa-apa apabila berkunjung ke sini, hanya bawa barang keperluan asas dan bersedia untuk berseronok!
Nak panduan lebih lanjut, anda boleh baca: Desaru Waterpark – Tarikan Utama, Kemudahan & Harga Tiket Masuk
6. Sea Life Malaysia
Sea Life Malaysia adalah tarikan yang terletak di Legoland Malaysia Resort. Ia merupakan sebuah akuarium interaktif yang membawa pengunjung meneroka keajaiban laut dengan penuh keseronokan.
Dengan lebih daripada 13,000 makhluk laut dari 120 spesies, pengunjung boleh meneroka 11 zon habitat yang berbeza, termasuk terowong lautan dan kapal karam yang bersejarah. Pengunjung berpeluang untuk melihat pelbagai spesies hidupan laut yang menakjubkan, termasuk jerung, obor-obor, dan penyu.
Selain pameran hidupan laut, terdapat juga zon interaktif di mana pengunjung boleh menyentuh haiwan laut seperti tapak sulaiman dan ketam.
Untuk pengalaman yang lebih unik, pengunjung boleh menikmati makan malam dengan suasana bawah laut dikelilingi pelbagai jenis hidupan laut seperti ikan berwarna-warni.
7. Taman Tasik Merdeka
Taman Tasik Merdeka, juga dikenali sebagai Taman Merdeka, adalah sebuah taman rekreasi terbuka yang luas terletak di Johor Bahru, Malaysia.
Taman ini adalah lokasi yang sesuai untuk melakukan aktiviti riadah seperti berjogging atau berkelah bersama keluarga ataupun rakan-rakan. Bukan itu sahaja, taman ini juga menawarkan pemandangan alam yang menenangkan.
Di taman ini terdapat tasik yang ‘dimeriahkan’ dengan kehadiran ikan keli yang banyak. Pengunjung boleh membawa roti dan memberi makan ikan-ikan tersebut.
8. Pulau Rawa
Pulau Rawa adalah salah satu syurga tersembunyi di Johor!
Dengan pasir putih lembut dan air laut yang jernih, tempat ni sangat sesuai pengunjung yang inginkan ketenangan dan lari daripada kesibukan bandar.
Terdapat pelbagai aktiviti air yang anda boleh lakukan di pulau ini. Antaranya ialah snorkeling, berenang, berkayak, menikmati keindahan laut dan sebagainya.
Tak lupa juga, pemandangan matahari terbenam kat sini memang epik dan sangat menakjubkan. Senang cerita, Pulau Rawa memang recommended!
Klook.com9. Gurdwara Sahib Sikh Temple
Gurdwara Sahib Sikh Temple adalah rumah ibadat komuniti Sikh yang terletak di Jalan Trus, Johor Bahru, Malaysia. Ia juga merupakan salah satu tempat menarik di Johor Bahru yang anda boleh pertimbagkan.
Seni binanya yang unik seringkali menjadi tarikan pengunjung untuk berkunjung ke sini.
Menariknya, kuil ini juga mengalu-alukan kedatangan pengunjung daripada pelbagai latar belakang yang ingin mempelajari budaya dan agama Sikh.
Layanan mesra komuniti Sikh serta penyediaan makanan vegetarian percuma menjadikan kuil ini sebagai salah satu lokasi yang menarik untuk dilawati di Johor.
10. Bangunan Sultan Ibrahim
Jika anda sukakan sejarah dan seni bina bangunan, anda pasti seronok berkunjung ke Bangunan Sultan Ibrahim ini. Ia merupakan salah satu tarikan utama di Johor Bahru,
Bangunan ini kaya dengan sejarah dan dibina dengan menggabungkan seni bina kolonial dan Melayu dengan reka bentuk Saracenic. Kalau ambil gambar berlatarbelakangkan bangunan ini memang lawa sangat.
Tambahan lagi, bangunan ini mudah diakses dan berdekatan dengan beberapa tarikan lain. Ini menjadikannya destinasi yang ideal untuk dilawati dan diterokai.
11. Johor Premium Outlets
Hah, bagi kaki shopping, jangan lepaskan peluang berkunjung ke Johor Premium Outlets ini yang juga merupakan salah satu tempat menarik di Johor Banru.
Di sini, anda boleh jumpa pelbagai jenama terkenal dengan harga diskaun yang menarik. Dengan lebih daripada 150 butik serta kedai mewah, anda boleh berbelanja sepuasnya!
Selain itu, suasana membeli-belah yang selesa dan pelbagai pilihan makanan sedap menjadikan JPO tempat yang ideal untuk pengunjung mencuci mata sambil berbelanja.
Lokasinya yang strategik, hanya satu jam dari Singapura dan tiga jam dari Kuala Lumpur, menjadikannya destinasi popular bagi pelancong luar dan penduduk tempatan.
12. X Park Sunway Iskandar
Sekiranya anda mencari destinasi untuk melakukan aktiviti lasak di Johor, X Park Sunway Iskandar wajib ada dalam senarai anda!
Anda boleh melakukan pelbagai aktiviti luar di sini, contohnya seperti Go-Kart, ATV, mendaki batu, memanah, paintball dan banyak lagi. Terdapat juga beberapa jenis pakej yang anda boleh pilih mengikut kesesuaian.
Jom ajak kawan-kawan dan keluarga untuk menikmati hari yang penuh keseronokan di X Park Sunway Iskandar!
13. Blue Ice Skating Rink @ Paradigm Mall Johor Bahru
Bagi peminat sukan luncur ais, jangan lepaskan peluang untuk singgah di Blue Ice Skating Rink yang terletak di dalam pusat beli-belah Paradigm Johor Bahru.
Blue Ice Skating Rink ini menawarkan pengalaman meluncur ais yang menyeronokkan untuk semua peringkat umur, sama ada pemula mahupun skater yang sudah berpengalaman.
Kehadiran staf yang mesra dan profesional serta kemudahan yang lengkap dijamin bakal membuatkan pengalaman aktiviti meluncur anda sangat berharga. Gelanggangnya pun sangat luas, jadi taklah sesak bila ramai orang.
Satu lagi plus pointnya, lokasinya yang terletak di dalam pusat beli-belah membolehkan pengunjung membeli-belah dan menikmati pelbagai pilihan makanan sebelum atau selepas sesi luncur ais mereka.
14. Laman Mahkota Istana Bukit Serene
Laman Mahkota Istana Bukit Serene juga salah satu tarikan di Johor Bahru yang tidak boleh dilepaskan. Ia terkenal dengan pemandangan indah dan mercu tanda ikonik untuk negeri Johor.
Laman Mahkota Istana Bukit Serene adalah sebuah dataran yang menampilkan mahkota besar yang menjadi simbol kebesaran dan sejarah Kesultanan Johor.
Terletak berhampiran dengan Istana Bukit Serene, tempat ini sering menjadi tumpuan pelancong atau penduduk tempatan untuk mengambil gambar dan bersantai.
Pada waktu malam, dataran ini ‘dimeriahkan’ dengan pencahayaan yang berwarna-warni untuk menambah daya tarikannya.
15. Pantai Stulang Laut
Pantai Stulang Laut terkenal dengan pemandangan indah Selat Tebrau, di mana pengunjung boleh menikmati keindahan matahari terbenam yang memukau.
Selain itu, pantai ini turut menjadi lokasi popular untuk aktiviti santai seperti berkelah, berjalan-jalan dan menikmati angin laut yang menyegarkan.
Di pantai ini juga, terdapat pelbagai gerai makanan tempatan. Pengunjung boleh mengisi perut dan mencuba hidangan laut yang segar-segar.
16. Pasar Karat
Pasar Karat Johor terletak di pusat bandar Johor Bahru. Ia merupakan salah satu pasar malam yang paling terkenal di negeri ini. Jadi, kalau tak singgah memang kurang lengkaplah percutian anda di Johor.
Pasar ini terkenal dengan barangan terpakai, vintaj dan antik. Ini menjadikannya destinasi kegemaran bagi pencinta barang koleksi dan pemburu barangan unik.
Pengunjung boleh menemui pelbagai jenis barang seperti pakaian, aksesori, perabot lama dan juga gajet retro pada harga yang mampu milik.
Selain itu, Pasar Karat Johor juga dipenuhi dengan gerai makanan tempatan yang menjual hidangan popular seperti lok lok, satay, manisan dan banyak lagi.
Suasana yang meriah dengan bunyi muzik jalanan dan lampu-lampu terang menjadikan pengalaman membeli-belah di sini sangat menyeronokkan.
17. Angry Birds Activity Park, Komtar
Anda peminat Angry Birds? Hah, jangan lupa berkunjung ke sini.
Angry Birds Activity Park adalah sebuah taman permainan dalaman yang bertemakan permainan video popular, Angry Birds.
Terletak di dalam bangunan Komtar JBCC, taman ini menawarkan pelbagai aktiviti interaktif dan permainan yang menarik untuk kanak-kanak serta seisi keluarga.
Contohnya, trampolin, go-kart, dinding panjat dan pelbagai lagi. Terdapat juga permainan yang menguji minda, sesuai untuk pengunjung yang kurang gemar aktiviti fizikal.
Klook.comAngry Birds Activity Park merupakan destinasi yang sesuai untuk pengunjung yang ingin menghabiskan masa berkualiti bersama sambil berseronok.
18. Masjid Sultan Abu Bakar
Masjid Sultan Abu Bakar adalah sebuah masjid bersejarah yang terkenal dengan seni bina gabungan gaya Moorish dan Victorian.
Masjid ini telah dibina pada akhir abad ke-19 dan dibuka pada tahun 1900 dan menjadi salah satu warisan sejarah yang penting di Malaysia.
Selain berfungsi sebagai tempat ibadat, masjid ini juga berfungsi sebagai pusat komuniti yang aktif. Ia mampu menampung sehingga 3,000 jemaah pada satu masa.
Terletak di bukit dengan pemandangan pelabuhan Johor Bahru yang indah, masjid ini juga salah satu mercu tanda utama di Johor Bahru yang popular.
BACA JUGA: Masjid Negara: Sejarah, Fungsi, Fasiliti & Keunikan
19. Stesen Keretapi Johor Bahru
Stesen Keretapi Johor Bahru, atau dikenali sebagai Johor Bahru Sentral adalah pusat pengangkutan yang bersejarah di tengah-tengah Johor Bahru.
Dengan reka bentuk yang unik dan kemudahan yang sudah dinaik taraf, stesen ini bukan sahaja memudahkan perjalanan antara Malaysia dan Singapura, tetapi juga menjadi tarikan untuk pelancong tempatan mahupun luar negara.
Selain berfungsi sebagai pusat pengangkutan, pengunjung juga boleh menikmati pelbagai pilihan makanan dan membeli-belah di sini. Ini menjadikannya lebih daripada sekadar tempat transit.
20. Muzium Warisan Tionghoa
Muzium Warisan Tionghoo adalah salah satu tempat menarik di Johor Bahru yang sesuai untuk dikunjungi bagi mempelajari dan memahami sejarah serta warisan budaya masyarakat Tionghoa di Malaysia.
Muzium ini mempamerkan pelbagai koleksi artifak, gambar dan dokumen yang merangkumi sejarah panjang dan sumbangan masyarakat Tionghoa kepada negara.
Bukan itu sahaja, terdapat juga pameran alat-alat tradisional, pakaian adat, hingga barang-barang rumah tangga. Ini memberikan gambaran mendalam tentang kehidupan seharian, tradisi dan nilai-nilai yang diwarisi oleh masyarakat Tionghoa.
Dengan reka bentukmya yang menarik serta pameran yang interaktif, Muzium Warisan Tionghoa bukan sahaja menawarkan pengetahuan sejarah yang berharga tetapi juga memberi peluang kepada pengunjung untuk menghargai kepelbagaian budaya di Malaysia.
21. Eco Spring Labs
Eco Spring Labs menawarkan ‘spot’ bergambar yang terbaik dan tidak boleh dilepaskan. Ia menampilkan reka bentuk bangunan yang menyerupai bandar tepi laut Eropah, lengkap dengan kedai-kedai berwarna-warni dan kafe estetik.
Tambahan lagi, di sini terdapat banyak pilihan kafe yang menarik dan menawarkan harga yang berpatutan. Ini menjadikannya lokasi yang ideal untuk ‘cafe hunting’.
Eco Spring Labs adalah pilihan tepat untuk percutian hujung minggu yang santai dan menyeronokkan!
22. Eco Palladium
Satu lagi bangunan dengan reka bentuk yang menarik yang wajib dikunjungi di Johor Bahru ialah Eco Palladium. Ia menampilkan seni bina Eropah klasik yang sangat elegan.
Sebenarnya, bangunan ini adalah merupakan sebuah hab komersial yang menempatkan pelbagai jenis kedai seperti kedai makan, kafe, butik dan sebagainya.
Selain itu, terdapat juga ruang wellness yang menempatkan pusat perubatan, klinik, dan spa untuk pengunjung yang ingin mendapatkan rawatan.
Kemudahan yang disediakan juga sangat lengkap termasuk sistem keselamatan 24 jam bagi memastikan keselesaan dan keselamatan pengunjung terjamin.
Penutup
Dengan pelbagai tarikan yang sesuai untuk semua peringkat umur, Johor Bahru adalah destinasi percutian yang ideal bagi mereka yang mencari kepelbagaian dalam percutian.
Tanpa bajet yang tinggi pun, anda mampu merasai pengalaman percutian yang maksima apabila bercuti di Johor Bahru.
Jangan lupa masukkan senarai tempat menarik di Johor Bahru yang disenaraikan di atas ke dalam ‘wish list’ anda!