Tema Hari Kebangsaan 2024 / Hari Malaysia & Logo Rasmi

Tema & Logo Hari Kebangsaan / Merdeka & Hari Malaysia 2024

‘Malaysia MADANI : Jiwa Merdeka’ dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2024.

Berikut dikongsikan tema dan logo Hari Kebangsaan & Hari Malaysia 2024.

‘Malaysia MADANI : Jiwa Merdeka’ Dipilih Sebagai Tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2024

‘Malaysia MADANI : Jiwa Merdeka’ dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2024.

Pemilihan tema itu merupakan perlambangan kesepaduan secara holistik negara maju dan progresif menaungi rakyat yang berbilang kaum, bersatu hati serta teguh jati dirinya

HARAPAN Malaysia MADANI adalah PERPADUAN sebagai kunci utama bagi memastikan rakyat mengecapi segala bentuk kemajuan serta kemodenan yang berteraskan kemampanan budaya bangsa, berdaya cipta, keyakinan, kesejahteraan, hormat-menghormati dan ihsan.

Jiwa Merdeka menzahirkan kebebasan rakyat daripada sebarang elemen negatif dalam menginterpretasikan semangat patriotik melalui aspek pemikiran, integrasi sosial dan ekonomi seterusnya membentuk kesatuan rakyat yang kukuh, harmoni serta progresif.

Mengenai logo HKHM 2024, Jemaah Menteri telah bersetuju mengekalkan logo yang sama seperti tahun sebelumnya.

Logo ini juga mengandungi warna-warna asas Jalur Gemilang yang bertepatan dengan maksud tema yang dipilih pada tahun ini.

Bagi menyemarakkan lagi sambutan HKHM 2024, marilah kita sama-sama mengambil inisiatif bagi menaikkan Jalur Gemilang di kawasan perumahan, sekolah dan pejabat-pejabat. Jom bersama kibarkan Jalur Gemilang!

Sumber: BERITA RTM

Maklumat lanjut berkaitan tema, logo dan aktiviti Bulan Kebangsaan 2024, sila layari laman sesawang https://www.merdeka360.my/

PENJELASAN TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2024

logo hari kebangsaan 2024 tema
  • MALAYSIA MADANI merupakan tunjang kepada KEMAKMURAN DAN KEMAJUAN NEGARA MALAYSIA melalui dukungan 6 NILAI TERAS UTAMA.
  • JIWA MERDEKA adalah penzahiran kepada KEBEBASAN RAKYAT MALAYDIA daripada sebarang elemn negatif dalam menginterpretasikan semangat patriotisme dan cinta negara melalui pelbagai cara meliputi aspek PEMIKIRAN, INTEGRASI SOSIAL DAN EKONOMI seterusnya membentuk satu kesatuan rakyat yang kukus, harmoni dan progresif.
  • MALAYSIA MADANI : JIWA MERDEKA merupakan PERLAMBANGAN KESEPADUAN secara holistik negara yang maju dan progresif menaungi rakyat yang berbilang kaum, bersatu hati dan teguh jati dirinya.

Logo Hari Kebangsaan 2024

Logo Malaysia MADANI menjadi logo rasmi sambutan HKHM 2024.

Pemilihan logo Malaysia MADANI yang dikekalkan daripada 2023 ini berteraskan kepada reka bentuk logo yang unik dan simbolik dengan ‘tangan yang sedang diangkat, untuk melafazkan ikrar Rukun Negara’ serta mengandungi warna-warna asas Jalur Gemilang selaras dengan jati diri serta semangat patriotik rakyat Malaysia yang berbilang bangsa hidup dalam keharmonian, sehati dan sejiwa.

logo hari kebangsaan 2024

MUAT TURUN :

logo hari kebangsaan 2023

MUAT TURUN PNG :

Malaysia MADANI merupakan panduan dan ikhtiar secara bersepadu dan holistik sebagai dasar pentadbiran yang lebih manusiawi. Malaysia MADANI bertunjangkan sikap saling menghormati, meraikan kepelbagaian dan menjadi medan dialog peradaban.

Kerangka Malaysia MADANI menjadi pemacu kewujudan masyarakat maju dan bertamadun berdasarkan ilmu pengetahuan, tradisi, khazanah dan kearifan tempatan.

logo malaysia madani

RASIONAL LOGO MALAYSIA MADANI

  • Jalur – 5 jari dengan jalur merah putih merupakan simbolisme kepada Rukun Negara, asa ideologi Malaysia
  • Bulatan – Bulatan berwarna biru menandakan kebulatan, muafakat dan perpaduan di kalangan rakyat
  • Bulan Sabit – Bulan merupakan simbol agama Islam sebagai agama Persekutuan
  • Bintang – Bintang berbucu 14 menandakan perpaduan di kalangan 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan
logo malaysia madani
  • WARNA BIRU – Kesatuan nasional, keterangkuman dan persaudaraan
  • WARNA MERAH – Keberanian, jatidiri dan keazaman
  • WARNA KUNING – Nilai tradisi, kebudayaan dan kearifan tempatan
  • WARNA PUTIH – Keluhuran budi, kesucian hati dan hasrat murni

Lirik Lagu Rasmi Malaysia Madani (Bunkface) & Video MV

Video Muzik Rasmi (MV) Malaysia MADANI – Bunkface

Sumber: Youtube Anwar Ibrahim

Malaysia MADANI (Official Lyric Video)

Lirik Lagu

Komposer : Sam
Lirik : Sam & Pidaus
Penerbit : Bunkface

Lirik :

Peradaban kita bangunkan
Bina kota bina insan
Dari budi jadi budaya
Bina asas kemampanan
Kesejahteraan masa depan

C/O
Ayuh seluruh anak pertiwi
Bangunkan Malaysia Madani
Sepenuh hati jiwa semangat
Terus meyakini
Malaysia Madani

Ayuh seluruh anak pertiwi
Semarakkan Malaysia Madani
Sepenuh hati jiwa semangat
Terus Kekal meyakini
Malavsia Madani

Keyakinan jadi ikutan
Pendirian jiwa ihsan
Nilai hormat teras di minda
Daya cipta luar biasa
Kesejahteraan masa depan

C/O

Malaysia! Madani!

Bersatu
Untuk
Negara
Kita

lirik lagu malaysia madani bunkface

Lagu Rasmi Malaysia MADANI (Pejabat Perdana Menteri) : https://www.pmo.gov.my/ms/aiovg_videos/lagu-rasmi-malaysia-madani-2/

Baca juga:

Untuk mendapatkan maklumat rasmi dan terkini berkenaan Tema dan Logo Hari Kebangsaan & Hari Malaysia 2024, sila layari http://merdeka360.my/

Maklumat Lanjut

Bahagian Media dan Komunikasi Korporat
Jabatan Penerangan Malaysia

Aras 10, Kompleks Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia,
Lot 4G9, Persiaran Perdana, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 Putrajaya.

Laman web rasmi: www.merdeka360.my.

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini: