Tema Hari Guru 2024: Guru Jauhari Digital Aspirasi Negara Madani

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Setiap tahun, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengumumkan tema hari guru khas bagi semua warga pendidik di negara ini.

Hari Guru secara amnya merupakan sebuah sambutan yang dinantikan oleh bukan sahaja para guru di sekolah, tetapi juga para pelajar.

Tema Hari Guru 2024

Tema Hari Guru bagi tahun 2024 adalah “Guru Jauhari Digital, Aspirasi Negara MADANI”.

Tema Hari Guru 2024 ini secara rasminya telah diumumkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 9 Mac.

Tema ini dipilih setelah pihak KPM membuka peluang kepada orang ramai untuk memberikan cadangan tema Hari Guru pada tahun ini.

Artikel berkaitan: Sambutan Hari Guru: Sejarah Sambutan di Malaysia

tema hari guru 2024

Tema ini diangkat bagi menyokong salah satu daripada 7 Teras Nadi Keunggulan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), iaitu peningkatan keupayaan pendidikan digital di sekolah, untuk memastikan murid dapat menghadapi cabaran dunia digital dengan lebih baik.

Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2024

Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 akan diadakan pada 14 – 16 Mei 2024 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah, Kuantan (SASICC).

“Guru Jauhari Digital, Aspirasi Negara MADANI” telah dipilih sebagai tema Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke-53 Tahun 2024.

Aktiviti sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke-53 Tahun 2024.

Tarikh: 14 hingga 16 Mei 2024
Tempat: Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah (SASICC).

tema hari guru 2024

Amanat Ketua Pengarah Pendidikan Sempena Sesi Persekolahan 2024/2025

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memastikan kesemua guru seluruh negara lebih kompeten dalam menggunakan teknologi digital.

Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM), Azman Adnan berkata, ia selaras matlamat utama dalam melahirkan lebih ramai murid fasih digital yang mahir menggunakan teknologi itu dalam mempertingkatkan disiplin ilmu yang telah dipelajari dalam bilik darjah.

“Matlamat kita adalah untuk melahirkan anak-anak fasih digital menerusi Dasar Pendidikan Digital (DPD) agar mereka berupaya untuk meneroka, melaksanakan, menggunakan teknologi digital untuk mempertingkatkan disiplin ilmu yang dipelajari dalam bilik darjah.

“Kerana itu, kita akan memastikan para guru kita mesti kompeten dalam menggunakan teknologi digital dan memanfaatkan semua pendekatan digital yang ada bagi tujuan pembelajaran dan pengajaran (PdP),” katanya ketika ditemui pada Majlis Amanat Ketua Pengarah Pendidikan Sempena Pembukaan Sesi Persekolahan 2024/2025 pada Isnin.

Dalam pada itu, menerusi amanat yang disampaikan, beliau turut menjelaskan DPD yang merangkumi enam teras utama iaitu, Murid Fasih Digital, Pendidik Kompeten Digital, Budaya Kepimpinan Digital Berwawasan, Pengupayaan Infrastruktur dan Infostruktur, Kandungan Digital Berkualiti dan Rakan Strategik yang Komited.

Sumber: Sinar Bestari

Objektif Sambutan

Hari Guru disambut setiap tahun pada tarikh 16 Mei dengan objektif yang berikut:

  • Menitik beratkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
  • Menarik perhatian ibu bapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
  • Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibbah di antara guru.
  • Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
  • Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
  • Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu boleh berkesan.

Sejarah Tema Hari Guru 2024 & Sebelumnya

Untuk rekod, berikut merupakan senarai tema Hari Guru bagi 10 tahun terakhir (2013 – 2023)

  • 2013 – Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1Agenda
  • 2014 – Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi
  • 2015 – Guru : Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak
  • 2016 – Guru Pembina Negara Bangsa
  • 2017 – Guru Pembina Negara Bangsa
  • 2018 – Guru Pemacu Transformasi Pendidikan
  • 2019 – Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi
  • 2020 – Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu
  • 2021 – Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu
  • 2022 – Guru Tunjang Sekolah Sejahtera
  • 2023 – Guru Insani Pemangkin Generasi Madani

Ingin mencari hadiah Sambutan Hari Guru? –Hadiah Hari Guru: 40 Idea Hadiah Yang Menarik

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut