25 Koleksi Pantun Teka-Teki Beserta Jawapannya (Susah Tau!)

pantun teka-teki
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

TEKA-TEKI SUSAH BERBENTUK PANTUN YANG MENGHIBURKAN

Terdapat banyak jenis teka-teki dan salah satu daripadanya yang popular adalah pantun teka-teki.

Pengertian pantun secara khusus adalah rangkaian kata-kata indah yang mengandungi nasihat, sindiran ataupun keperluan lainnya.

Fungsinya sebagai penghalus kata dalam berkomunikasi.

Maksud Pantun teka-teki

Berdasarkan isinya, pantun dapat dikelompokkan menjadi beberapa jenis, salah satunya pantun teka-teki.

Pantun teka-teki adalah pantun yang berisi teka-teki dan pendengar atau pembaca diberi kesempatan untuk menjawab atau membalas teka-teki pantun tersebut.

Selain itu, terdapat juga banyak jenis pantun lain antaranya pantun jenaka yang berisi hal-hal lucu, pantun nasihat yang berisi nasihat untuk mendidik moral dan budi pekerti, dan pantun kiasan yang berisi perumpamaan dengan tujuan menyampaikan suatu hal secara tersirat.

Artikel berkaitan: 30 Teka-Teki Lawak & Jawapan – Mesti Terhibur!

Ciri-ciri Pantun

Secara umumnya, pantun jenis ini mempunyai sedikit sahaja perbezaan dengan pantun-pantun yang lain.

  • Memiliki rima atau pada setiap akhir kata dalam kalimat berbunyi (a-a-a-a) atau (a-b-a-b)
  • Baris ketiga dan keempat merupakan isi pantun yang menjadi tujuan atau maksud dari pantun. Pada pantun teka-teki, kedua baris ini berisi teka-teki yang ditanyakan.
  • Pantun teka-teki biasanya bersifat menghibur.
  • Ada pertanyaan di baris terakhir yang terkadang dilengkapi dengan tanda tanya.
Sumber: Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia

Contoh Pantun Teka-teki Dan Jawapannya (Tentu Susah Nak Jawab!)

Berikut dikongsikan 25 teka-teki susah berbentuk pantun untuk menguji minda dan mengisi masa lapang anda.

SOALAN 1

Burung nuri burung dara
Terbang ke sisi taman kayangan
Cubalah teka wahai saudara
Semakin diisi semakin ringan

Jawapan: Belon

SOALAN 2

Pergi umrah tiap tahun
Semoga sentiasa murah rezeki
Dalam batang ada daun
Dalam daun ada isi?

Jawapan: Lemang

SOALAN 3

Buah budi bidara mengkal
Masak sebiji di tepi pantai
Hilanglah budi bicara akal
Buah apa tak bertangkai?

Jawapan: Buah Hati

SOALAN 4

Tinggi duduk di atas sekali
Bukan bulan bukan matahari
Bila malam ia berseri
Bila siang ia berganti

Jawapan: Bintang

SOALAN 5

Mulut manis hati nak baik
Itulah amalan turun temurun
Benda apa yang akan naik
Jika saja hujan turun

Jawapan: Payung

SOALAN 6

Kalau tuan pergi ke kedai,
Belikan saya buah keranji,
Kalau tuan bijak pandai
Apa binatang keris di kaki?

Jawapan: Ayam

SOALAN 7

Ada sebiji roda pedati
Bentuknya bulat daripada besi
Selalu diikat sekuat hati
Dilempar hidup dipegang mati?

Jawapan: Gasing

SOALAN 8

Buah budi bedara mengkal
Masak sebiji di tepi pantai
Hilang budi bicara akal
Buah apa tidak bertangkai?

Jawapan: Buah Melaka

SOALAN 9

Pagi-pagi pergi ke kebun
Menebas rumput guna parang
Waktu siang matanya rabun
Waktu malam matanya terang

Jawapan: Burung Hantu

SOALAN 10

Pecah kaca jatuh berderai
Jatuh berderai ketika menyusun
Taringnya tajam bila menyeringai
Bila mengaum terasa gerun

Jawapan: Harimau

SOALAN 11

Jika ke kedai pergi berbelanja
Belikan saya sudu dan senduk
Jika pandai katakan segera
Semakin berisi semakin menunduk?

Jawapan: Padi

SOALAN 12

Kalau tuan pakai lencana
Pakailah songkok di atas kepala
Kalau Tuan bijak laksana
Binatang apakah tiada kepala?

Jawapan: Ketam

SOALAN 13

Sakit terkena duri semalu
Ketika menangkap ikan siakap
Kalau adik ingin nak tahu
binatang apa pandai bercakap

Jawapan: Burung Tiung

SOALAN 14

Budak-budak bermain batu
Batu dikira satu persatu,
Badannya lurus bermata satu,
Ekornya tajam apakah itu?

Jawapan: Jarum

SOALAN 15

Jika tuan membeli tikar
Tikar anyaman dari mengkuang
Kalau Tuan bijak pintar
Ular apa membelit pinggang?

Jawapan: Tali pinggang

SOALAN 16

Masak tumis sambal petai
Makan kenyang lalusendawa
Anda menziarah sahabat handai
Buah apakah akan dibawa

Jawapan: Buah tangan

SOALAN 17

Dari mudik menuju ke muara
Untuk mencari buah kelapa
Tahukah adik binatang apa
Darahnya hitam tulangnya satu?

Jawapan: Sotong

SOALAN 18

Pokoknya bulat dan juga rendang
Masam dan hijau ketika muda,
Bentuk buahnya seperti bintang
Sudah masak, kuninglah ia

Jawapan: Belimbing

SOALAN 19

Pisang emas pisang restali
Bila dimakan manis sekali
Binatang ini kesayangan nabi
Mukanya comel jinak sekali.

Jawapan: Kucing

SOALAN 20

Jatuh di parit lutut berdarah
Sebab habuk masuk ke mata
Binatang ini menghisap darah
Bawa penyakit kepada manusia

Jawapan: Nyamuk

SOALAN 21

Kelap-kelip kusangka api
Kalau api mana asapnya?
Hilang ghaib disangkakan mati
Kalau mati mana kuburnya?

Jawapan: Kilat di langit

SOALAN 22

Mak Minah menanak minyak
Kemenyan dibakar dengan setanggi
Dua peha beranak banyak
Untuk mendaki tempat yang tinggi?

Jawapan: Tangga

SOALAN 23

Pisau lipat dimainnya kera
Tangannya luka lalu terjun
Makan kuat tidak terkira
Kenyangnya tidak,tahi bertimbun

Jawapan : Api

SOALAN 24

Cik Limah bersama anak lelaki
Duduk makan keropok lekor
Yang mengejar tidak berkaki,
Yang dikejar tiada berekor?

Jawapan : Ular dan katak

SOALAN 25

Kalau tuan bawa keladi,
Bawa juga sipucuk rebung,
Kalau tuan bijak bestari,
Apa binatang tandung di hidung.

Jawapan : Badak

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut