Program Pelatih Skim Latihan Singkat Negeri Sembilan (PSLK MAINS)

Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Agama Islam Negeri Sembilan kini menawarkan Program Pelatih Skim Latihan Singkat MAINS (PSLK MAINS) kepada graduan lepasan Diploma dan Ijazah Sarjana Muda daripada Institusi Pengajian Tinggi Timur Tengah dan tempatan yang berkelayakan.

Baca Juga : Tawaran Skim Bantuan Galakan Hafaz Al-Quran MAIWP 2022

Tarikh Permohonan

Calon yang berkelayakan boleh kemukakan permohonan secara atas talian mulai 2 Ogos 2022 (Selasa) hingga 15 Ogos 2022 (Isnin).

Jenis Tawaran Latihan PSLK MAINS

Jenis latihan yang ditawarkan menerusi Program Pelatih Skim Latihan Singkat MAINS adalah seperti berikut :

  • Zakat
  • Wakaf
  • Kaunseling
  • Ekonomi
  • Kewangan
  • Ukur Bahan
  • Pentadbiran dan Sumber Manusia
  • Khidmat Pelanggan
  • Teknologi Maklumat
  • Multimedia
  • Media Baharu
  • Korporat
  • Pengurus Mal (Harta Orang Awam)
PSLK MAINS

Tempoh Program

Untuk makluman, program ini akan memberi peluang kepada peserta untuk jalani latihan secara kontrak selama 12 bulan di MAINS.

Manfaat Yang Ditawarkan

Peserta akan ditawarkan beberapa kemudahan seperti berikut :

  • Bayaran RM1,500.00 sebulan bagi Ijazah Sarjana Muda
  • Bayaran RM1,200.00 sebulan bagi Diploma.
  • Caruman KWSP dan PERKSEO.
  • Tuntutan kerja lebih masa, elaun perjalanan, dan lain-lain faedah yang berkaitan.

Syarat-Syarat Permohonan

Calon perlulah menepati syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Keutamaan kepada anak-anak Negeri Sembilan
  • Sihat tubuh badan
  • Berkemahiran menggunakan komputer
  • Bertanggungjawab serta berfikiran terbuka dalam menerima pandangan dan pendapat

Cara Memohon

Pemohon yang berkelayakan boleh ikuti langkah-langkah permohonan seperti di bawah :

  1. Sila layari laman sesawang di pautan https://www.mains.gov.my/eskimLS/public/
  2. Tekan butang “Program Pelatih Skim Latihan Khas MAINS 3.0”
  3. Tekan butang “Klik Di Sini Untuk Memohon.”
  4. Tekan butang “Daftar Baru.”
  5. Lengkapkan maklumat dengan lengkap
  6. Tekan butang “Sign Up.”
  7. Isi no. Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang didaftarkan.
  8. Lengkapkan permohonan sehingga selesai.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai PSLK MAINS, sila layari laman web MAINS di pautan https://www.mains.gov.my/.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!