Tawaran Biasiswa MAIWP Insentif Khas Pelajar Cemerlang Untuk Pelajar UA Peringkat Ijazah Sarjana
Sukacita dimaklumkan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) kini menawarkan Biasiswa MAIWP Insentif Khas Pelajar Cemerlang untuk pelajar yang menuntut di Universiti Awam (UA) dalam negara.
Tajaan biasiswa ini disasarkan kepada pelajar di Wilayah Persekutuan yang belum menerima sebarang tajaan atau biasiswa.
Baca Juga : Tawaran Biasiswa MIDF Untuk Pelbagai Peringkat Pengajian
Tarikh Permohonan Biasiswa MAIWP Insentif Khas Pelajar UA
Pelajar yang sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Awam yang berminat boleh kemukakan permohonan sebelum tarikh tutup iaitu 11 November 2022.
Bidang Pengajian Yang Akan Ditaja
Tajaan bagi Biasiswa MAIWP Insentif Khas Pelajar Cemerlang merangkumi bidang pengajian seperti yang disenaraikan berikut :
Peringkat | Bidang Pengajian |
Ijazah Sarjana Muda Pengajian Klinikal dan Kesihatan | -Perubatan -Pergigian -Farmasi -Bioteknologi Perubatan -Audiologi -Optometri -Lain-lain yang berkaitan |
Ijazah Sarjana Muda Pengajian Sastera | -Pengajian Islam (Semua Bidang) -Lain-lain yang berkaitan |
Ijazah Sarjana Muda Pengajian Sains Sosial | -Perakaunan -Perbankan Islam -Undang-Undang -Sains Teknologi -Teknologi Maklumat -Lain-lain yang berkaitan |
Ijazah Sarjana Muda Pengajian Kejuruteraan | -Elektrik -Elektronik -Kimia -Senibina -Ukur Bahan -Mekanikal -Lain-lain yang berkaitan |
Lain-Lain | -Lain-lain bidang yang telah mendapat akreditasi penuh oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)/Badan Professional dan mematuhi hukum syara’ |
Syarat-Syarat Umum
Calon yang berminat perlulah menepati syarat-syarat umum seperti berikut :
- Warganegara Malaysia beragama Islam.
- Bermastautin dan menetap di Wilayah Persekutuan tidak kurang daripada 1 tahun.
- Tidak mendapat sebarang tajaan atau biasiswa daripada mana-mana pihak.
- Tertakluk kepada had kifayah dan syarat tawaran biasiswa MAIWP.
Kaedah Permohonan
Pelajar yang berkelayakan boleh kemukakan permohonan menerusi langkah-langkah berikut :
- Layari laman web : https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/download/category/94-tawaran-biasiswa-pengajian-dalam-negara?fbclid=IwAR3J6UzWPAFgJ31juC-VoRI2ADaBwKw8nAccTV-iri5EcBuzkOwj_Vbkzw4/
- Muat turun borang permohonan.
- Isi borang permohonan dengan lengkap.
- Sediakan dokumen sokongan yang diperlukan.
- Hantar semua dokumen beserta dokumen sokongan ke salah satu lokasi berikut :
– Kaunter Agihan Aras 1, Bangunan Perkim, Jalan Sultan Azlan Shah, 51200 Kuala Lumpur
– Semua Kaunter Pusat Agihan Zakat (PAZA)
– Kaunter MAIWP Cawangan WP Putrajaya
– Kaunter MAIWP Cawangan WP Labuan
Dokumen Yang Diperlukan
Calon juga dikehendaki untuk sertakan bersama dokumen yang disenaraikan seperti berikut :
- Dua keping gambar berukuran pasport pelajar berlatar belakang warna putih (menutup aurat bagi wanita).
- Satu salinan kad pengenalan pemohon (Ketua Keluarga) & Pelajar.
- Satu salinan kad pengenalan suami/ayah, isteri/ibu dan tanggungan/ surat pengangkatan JPN/akuan sumpah penjagaan jika tanggungan bukan anak kandung (tidak termasuk yang telah berkahwin/bekerja).
- Satu salinan penyata gaji/pencen/PERKESO/surat akuan sumpah pendapatan terkini Suami/Ayah dan Isteri/Ibu/pengesahan pendapatan suami/ayah dan isteri/ibu yang disahkan oleh ketua kampung (WP Labuan Sahaja).
- Satu salinan surat perakuan nikah.
- Satu salinan surat perakuan cerai/prosiding mahkamah terkini/pengesahan masalah keluarga dari Bahagian Perkhawinan dan Pembangunan Keluarga JAWI (BPPK) terkini.
- Satu salinan sijil peperiksaan SPM (Wajib)/STAM/Salinan Transkrip Penuh/Salinan Sijil Diploma Qiraat yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia, JPA, KPT dan Universiti Al-Azhar.
- Satu Salinan sijil kematian ibu/bapa/suami/isteri.
- Satu salinan kad memeluk Islam.
- Satu salinan kad orang kelainan upaya (OKU) pemohon/tangguangan.
- Surat pengesahan sakit kronik pelajar/pemohon/tangguangan dari hospital kerajaan sahaja.
- Satu salinan bil utiliti/cukai pintu terkini.
- Satu salinan surat tawaran belajar pemohon/pelajar ke IPT/Slip Pengesahan Permohonan melalui KPT/ Surat Tawaran belajar dari KPT.
- Satu salinan Pengesahan Pengajian/Kad Pelajar/Surat Tawaran bagi tanggungan yang belajar
di IPT. - Satu salinan buku akaun bank pelajar (kecuali Tabung Haji, ASB, Ar-Rajhi & Agro Bank).
- Salinan sijil-sijil kurikulum, ko-kurikulum dan dokumen sokongan yang berkaitan.
Maklumat Lanjut
Untuk keterangan lanjut mengenai Biasiswa MAIWP Insentif Khas Pelajar Cemerlang Pengajian UA Dalam Negara, sila hubungi talian 03-40477600 sambungan 7410/7411/7412/7413/7632.