MyPerformance merupakan Sistem Pengurusan Prestasi Kumpulan Pengurusan Profesional Serta Kumpulan Pelaksana yang dibangunkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. Layari portal HRMIS untuk log masuk dan info terkini di pautan berikut: https://www.eghrmis.gov.my/
MyPerformance direka untuk memastikan penilaian penjawat awam dilakukan secara objektif, telus, dan selaras dengan pencapaian KPI serta kompetensi individu.
Rujuk info penuh mengenai MyPerformance di bawah.
Apa Itu MyPerformance?
MyPerformance ialah modul dalam HRMIS yang menilai prestasi pegawai perkhidmatan awam berdasarkan pencapaian kerja, kompetensi dan nilai, selaras dengan fungsi jabatan masing‑masing.
Ia diperkenalkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebagai sebahagian daripada transformasi dalam Sistem Persaraan Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).
Bermula 1 Januari 2025, MyPerformance secara rasminya menggantikan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi seluruh penjawat awam dalam Kumpulan Pengurusan & Profesional serta Kumpulan Pelaksana.
Matlamat utama peralihan ini adalah untuk mewujudkan budaya kerja berprestasi tinggi dan memastikan penilaian dibuat berdasarkan bukti pencapaian yang nyata bukan sekadar “pilih kasih” atau persepsi.


Pengguna MyPerformance
MyPerformance hanya terpakai untuk pegawai-pegawai berikut:
- Pentadbir KPI
- Pegawai Yang Dinilai (PYD)
- Pegawai penilai pertama (PPP)
- Pegawai Penilai Keedua (PPK)
- Penilai Pelbagai Peringkat (P3P)\Urusetia PPSM
- Pentadbir Prestasi
Lima Elemen Penilaian
Penilaian kini lebih menyeluruh dan tidak hanya tertumpu kepada tugasan hakiki. MyPerformance merangkumi:
- Penglibatan & Sumbangan: Aktiviti di luar tugas hakiki (persatuan, komuniti, atau inovasi).
- Penghasilan Kerja: Pencapaian sasaran kerja yang ditetapkan.
- Kompetensi Fungsian: Pengetahuan dan kemahiran khusus mengikut skim jawatan.
- Kompetensi Tingkah Laku: Aspek kepimpinan, kerjasama, dan komunikasi.
- Nilai Sepunya: Integriti dan pematuhan etika kerja.

Penilaian dibuat melalui penetapan sasaran di awal tahun, semakan pertengahan tahun, dan penilaian akhir tahun oleh Pegawai Penilai Pertama/Kedua mengikut peranan masing‑masang.
Di bawah SSPA, markah minimum untuk melayakkan pegawai menerima Pergerakan Gaji Tahunan (PGT) telah dinaikkan daripada 60% kepada 75%.
Panduan Penilaian Nilai Sepunya MyPerfomance
Dalam sistem MyPerformance yang dikemas kini selaras dengan SSPA (Sistem Saraan Perkhidmatan Awam) berkuat kuasa 1 Januari 2025, aspek Nilai Sepunya mengalami perubahan paling drastik dari segi kaedah penilaian.
Berbeza dengan sistem lama di mana penilaian hanya dilakukan oleh ketua jabatan (top-down), Nilai Sepunya kini menggunakan kaedah Penilaian 360 Darjah yang dikenali sebagai Penilaian Pelbagai Peringkat (P3P).
Selain itu, wajarannya dikurangkan kepada 5% daripada 10%. Wajaran bagi Kompetensi Tingkah Laku pula menjadi lebih besar, iaitu 15%. Ini menunjukkan bahawa kerajaan memberi penekanan yang lebih tinggi kepada aspek kepimpinan dan sahsiah profesional

Siapa Yang Menilai?
Penilaian tidak lagi eksklusif kepada Pegawai Penilai Pertama (PPP) sahaja. Ia kini melibatkan:
- Penilaian Kendiri: Pegawai Yang Dinilai (PYD) menilai diri sendiri terlebih dahulu.
- Rakan Sekerja: Rakan setaraf yang mempunyai hubungan kerja dengan PYD.
- Pegawai Atasan: Termasuk PPP dan ketua-ketua lain.
- Pegawai Bawahan: Dalam sesetengah kes, subordinat juga boleh memberi input penilaian.
Bilangan Penilai (P3P)
- Sistem secara automatik menetapkan minimum 3 orang dan maksimum 10 orang penilai bagi setiap pegawai.
- Penilai dipilih secara rawak oleh sistem untuk mengelakkan bias, namun pentadbir agensi boleh membuat pelarasan jika perlu.
Instrumen Penilaian (Skala Likert)
- Penilaian dilakukan menggunakan 11 item tingkah laku yang mengukur nilai-nilai teras perkhidmatan awam (seperti integriti, profesionalisme, dan kerjasama).
- Menggunakan Skala Likert 5 mata:
- Tidak Pernah (Never)
- Jarang-jarang (Rarely)
- Kadang-kadang (Sometimes)
- Kerap (Often)
- Sangat Kerap (Very Often)
Kerahsiaan & Ketelusan
- Identiti Penilai Adalah Sulit: PYD tidak akan tahu siapa rakan sekerja atau pegawai yang memberikan skor tertentu kepada mereka. Ini bertujuan untuk memastikan maklum balas yang diberikan adalah jujur dan telus.
- Paparan Skor: Skor akhir daripada P3P akan dipaparkan dan dibandingkan dengan skor penilaian kendiri sebagai mekanisme intervensi atau pembangunan bakat.
Garis Masa Penilaian
Penilaian Nilai Sepunya mempunyai tempoh khusus (berbeza dengan KPI yang boleh dikemas kini sepanjang tahun).
Sebagai contoh, sesi penilaian akhir tahun selalunya dibuka pada awal Januari tahun berikutnya (contoh: 1–15 Januari 2026 untuk tahun prestasi 2025).
Surat Edaran Panduan Pelaksanaan Pengurusan Prestasi MyPerformance
Rujuk Surat Edaran Panduan Pelaksanaan Pengurusan Prestasi MyPerformance Bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana yang terkini (Disember 2025) di bawah:










Muat Turun PDF Panduan Pengguna Sub Modul Nilai Sepunya
Untuk panduan pelaksanaan penilaian Nilai Sepunya dengan lebih jelas, muat turun dan rujuk panduan pengguna di bawah:
Kepentingan MyPerformance
MyPerformance mempunyai kepentingan kepada pegawai dan juga perkhidmatan di jabatan termasuklah:
- Meningkatkan penglibatan pelbagai peringkat pegawai dalam proses pengurusan prestasi;
- Menggalakkan amalan memberi maklum balas prestasi dan pembangunan diri secara berterusan;
- Membolehkan penilaian prestasi dibuat dengan lebih sistematik dan meyakinkan;
- Membolehkan Ketua Jabatan melaksanakan pengurusan prestasi mengikut fungsi jabatan atau kesesuaian perkhidmatan;
- Menggalakkan persaingan positif sesama pegawai bagi meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan; dan
- Membolehkan maklumat pengurusan prestasi digunakan secara fleksibel bagi pelbagai tujuan pengurusan sumber manusia iaitu seperti berikut:
- Pengambilan dan penempatan pegawai;
- Pemberian ganjaran berasaskan prestasi, contohnya bagi
- menentukan kelayakan atau kesesuaian pergerakan gaji tahunan;
- Pengiktirafan dalam perkhidmatan, contohnya anugerah
- perkhidmatan cemerlang, pingat perkhidmatan, bintang kebesaran atau surat penghargaan;
- Pembangunan kerjaya, contohnya merancang dan mengenal pasti keperluan pembelajaran, latihan, kursus, pertimbangan pemangkuan, kenaikan pangkat, peminjaman atau pertukaran sementara;
- Intervensi; dan
- Penamatan perkhidmatan pegawai.
Artikel berkaitan: SISPPA : Permohonan Menduduki Peperiksaan Perkhidmatan Awam (PPA)
Cara Pelaksanaan MyPerformance
Pelaksanaan MyPerformance tidak lagi bersifat “sekali setahun” di penghujung tahun sahaja. Ia adalah satu kitaran berterusan yang memerlukan penglibatan aktif antara pegawai dan penyelia.
Kitaran pelaksanaan ini terbahagi kepada empat fasa utama:
1. Fasa Perancangan (Januari): Pegawai (PYD) dan penyelia (PP) berbincang untuk menetapkan sasaran kerja tahunan (KPI). Penetapan ini dibuat berdasarkan fungsi tugas dalam Deskripsi Tugas (JD).
2. Fasa Pemantauan & Semakan Pertengahan Tahun (Jun – Julai):
- Prestasi disemak untuk melihat kemajuan sasaran.
- KPI boleh diubah atau ditambah jika terdapat pertukaran tugas atau arahan baharu.
3. Fasa Penilaian (Disember – Januari):
- Penilaian KPI & Kompetensi: Dilakukan oleh Pegawai Penilai.
- Penilaian Nilai Sepunya (P3P): Melibatkan penilaian rakan sekerja dan subordinat (360 darjah).
4. Fasa Maklum Balas (Perbincangan CDC):
Sesi dialog antara PP dan PYD untuk membincangkan keputusan penilaian dan pelan pembangunan kerjaya masa hadapan.
Cara Login MyPerformance
Sistem MyPerformance disepadukan sepenuhnya di dalam sistem HRMIS 2.0. Rujuk cara login modul MyPerformance di bawah:
Langkah 1: Log Masuk ke HRMIS
- Layari portal rasmi HRMIS 2.0.
- Masukkan ID Pengguna (No. Kad Pengenalan) dan Kata Laluan anda.
Langkah 2: Modul Pengurusan Prestasi
- Pada menu utama, pilih modul Pengurusan Prestasi.
- Klik pada sub-modul MyPerformance.
Langkah 3: Mengemas Kini Maklumat
- Menu Sasaran Kerja (KPI): Klik di sini untuk memasukkan sasaran kerja tahunan anda pada awal tahun.
- Menu Laporan Pencapaian: Masukkan bukti kerja (evidens) dan peratusan pencapaian tugasan yang telah selesai.
Langkah 4: Melakukan Penilaian P3P (Nilai Sepunya)
- Apabila tempoh penilaian dibuka, klik pada menu Penilaian Pelbagai Peringkat (P3P).
- Anda perlu melengkapkan penilaian kendiri dan juga menilai rakan sekerja yang telah ditetapkan secara rawak oleh sistem.
Langkah 5: Semakan Keputusan
Setelah penilaian disahkan oleh Jawatankuasa Pembangunan Sumber Manusia (JPSM), anda boleh menyemak markah akhir dan ulasan penilai melalui menu Paparan Keputusan Prestasi.
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila rujuk:
Rujuk juga set soalan lazim dalam lampiran di bawah:
Soalan Lazim MyPerformance
MyPerformance melibatkan semua pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan (Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana). Pegawai kontrak yang mengisi jawatan tetap juga dinilai melalui MyPerformance, tetapi pegawai MySTEP tidak diwajibkan menggunakannya.
MyPerformance mempunyai lima sub modul utama: Sasaran Kerja Utama (SKU), Kompetensi Fungsian, Kompetensi Tingkah Laku, Nilai Sepunya, dan Penglibatan & Sumbangan (P&S).
MyPerformance adalah instrumen penilaian prestasi untuk Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana, manakala MyKPI digunakan untuk Kumpulan Pengurusan Tertinggi.
Penilaian P3P bersifat 360 darjah. Anda akan dinilai oleh:
Diri sendiri (Penilaian Kendiri).
Rakan sekerja yang setaraf.
Pegawai atasan.
Pegawai bawahan (jika ada). Sistem HRMIS akan memilih penilai secara rawak untuk menjamin ketelusan.
Tidak. Identiti penilai dalam P3P adalah SULIT dan RAHSIA. Ini bagi memastikan semua penilai dapat memberikan maklum balas yang jujur tanpa rasa takut atau berat sebelah.
Peningkatan ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan lebih tinggi kepada karakter, kepimpinan, dan profesionalisme pegawai. Kerajaan mahu memastikan penjawat awam bukan sahaja “pandai buat kerja” (KPI), tetapi juga mempunyai nilai sahsiah yang terpuji.
Career Development Conversation (CDC) adalah sesi dialog prestasi antara PP dan PYD. Ia WAJIB dilaksanakan sekurang-kurangnya sekali setahun bagi memastikan pegawai mendapat maklum balas untuk penambahbaikan kerjaya.




