KEMASKINI: Tarikh Akhir e-Filing 2025 Borang Cukai Pendapatan
Tarikh untuk membuat e-Filing bagi tahun 2025 sudah pun bermula sejak 1 Mac dan pastinya ramai yang tertanya-tanya apakah tarikh tarikh akhir e-Filing 2025.
Cukai pendapatan dikenakan terhadap setiap individu bagi pendapatan yang terakru atau terbit di Malaysia atau diterima di Malaysia dari luar Malaysia bagi setiap tahun taksiran.
Seseorang individu yang mempunyai jumlah pendapatan MELEBIHI nilai ambang yang ditetapkan, yang boleh dikenakan cukai perlu mendaftar fail cukai pendapatan.
Sebarang punca pendapatan daripada luar Malaysia yang dibawa masuk ke Malaysia adalah dikecualikan cukai.
Pengenalan Cukai Pendapatan
Cukai pendapatan ialah cukai yang dikenakan pada setiap tahun terhadap seseorang yang menerima pendapatan bersifat hasil seperti:
- Laba / keuntungan daripada sesuatu perniagaan;
- Laba / keuntungan daripada penggajian;
- Dividen, faedah atau diskaun;
- Sewa, royalti atau premium;
- Pencen, anuiti atau bayaran berkala lain; dan
- Laba / keuntungan yang tidak termasuk dalam mana-mana butiran di atas.
Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP) menguatkuasakan hal-ehwal pentadbiran dan kutipan cukai pendapatan ke atas orang dan pendapatan yang layak dikenakan cukai.
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) pula merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Kewangan yang bertanggungjawab memungut dan mentadbir cukai langsung negara.
Untuk tahun 2025, setiap individu haruslah peka dengan tarikh akhir e-filing 2025 bagi mengelakkan anda dikenakan penalti atau denda kerana tidak memfailkan cukai pendapatan anda seperti yang tertakluk dalam undang-undang.
Cara Memfail Cukai Pendapatan
Mulai 1 Januari 2024, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) akan mewajibkan penggunaan e-Perkhidmatan bagi perkhidmatan-perkhidmatan yang telah disediakan secara dalam talian melalui gerbang perkhidmatan Portal MyTax.
Antara borang yang boleh difailkan melalui portal MyTax adalah borang seperti borang E, BE, B, BT, P, MT dan TF.
Pembayar cukai dan majikan hendaklah mengguna e-Filing untuk mengemukakan borang nyata (BN) yang mempunyai kemudahan e-Filing.
Kegalalan setiap individu untuk memfailkan cukai mengikut tarikh akhir e-filing 2025 boleh menyebabkan anda dikenakan penalti.
Baca lagi: MyTax Hasil: Cara Daftar & Login e-Filing Kali Pertama
Tarikh Akhir e-Filing 2025
KEMASKINI: Berikut dikongsikan tarikh akhir e-Filing 2025 bagi borang nyata 2024 untuk pelbagai kategori:
Jenis Borang | Kategori | Tarikh Akhir Pengemukaan |
e-E | Majikan | 31 Mac 2025 |
e-BE | Individu Pemastautin yang tidak menjalankan perniagaan | 30 April 2025 |
e-B | Individu Pemastautin yang menjalankan perniagaan | 30 Jun 2025 (Tambahan masa 15 hari untuk eFiling) |
e-P | Perkongsian | 30 Jun 2025 (Tambahan masa 15 hari untuk eFiling) |
e-BT | Individu Pemastautin (Pekerja berpengetahuan/Berkepakaran) | > Tidak Menjalankan perniagaan : 30 April 2025 > Menjalankan perniagaan : 30 Jun 2025 |
e-MT | Individu Bukan Pemastautin (Pekerja Berpengetahuan) | > Tidak Menjalankan perniagaan : 30 April 2025 > Menjalankan perniagaan : 30 Jun 2025 |
e-M | Individu Bukan Pemastautin | > Tidak Menjalankan perniagaan : 30 April 2025 > Menjalankan perniagaan : 30 Jun 2025 |
e-TF | Pertubuhan | > Tidak Menjalankan perniagaan : 30 April 2025 > Menjalankan perniagaan : 30 Jun 2025 |
e-TP | Harta Pusaka | > Tidak Menjalankan perniagaan : 30 April 2025 > Menjalankan perniagaan : 30 Jun 2025 |
e-TJ | Keluarga Sekutu Hindu | > Tidak Menjalankan perniagaan : 30 April 2025 > Menjalankan perniagaan : 30 Jun 2025 |
e-C | Syarikat (Pembayar cukai dan majikan yang terdiri daripada syarikat diwajibkan mengemukakan borang C dan borang E secara e-filing) | 7 bulan daripada tarikh penutupan akaun (1 Bulan) |
e-C1 | Koperasi | 7 bulan daripada tarikh penutupan akaun (1 Bulan) |
e-PT | Perkongsian libiliti terhad | 7 bulan daripada tarikh penutupan akaun (1 Bulan) |
e-TC | Unit amanah/amanah harta tanah | 7 bulan daripada tarikh penutupan akaun (1 Bulan) |
e-TA | Badan amanah | 7 bulan daripada tarikh penutupan akaun (1 Bulan) |
e-TR | Amanah pelaburan harta tanah/tabung amanah harta | 7 bulan daripada tarikh penutupan akaun (1 Bulan) |
TN | Amanah perniagaan | 7 bulan daripada tarikh penutupan akaun (1 Bulan) |
e-CPE | Orang yang boleh dikenakan cukai di bawah seksyen 30A Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967 [Eksplorasi] | Dalam tempoh 7 bulan dari tarikh akhir tempoh eksplorasi (1 Bulan) |
e-CPP 2025 | Orang yang boleh dikenakan cukai di bawah seksyen 30 Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967 [Produksi] | Dalam tempoh 7 bulan dari tarikh akhir tempoh asas bagi tahun taksiran berkenaan (1 Bulan) |
Sumber: Kenyataan Media : Lanjutan Tarikh Akhir Memfail Borang Nyata LHDN
Denda / Penalti Melewati Tarikh Akhir e-Filing 2025
Bagi kegagalan mengemukakan BN dalam tempoh (sehingga akhir tarikh e-filing) yang dibenarkan, tindakan berikut boleh diambil berdasarkan tarikh akhir pengemukaan BN berkenaan:
- BN selain Borang E dan Borang P
- Tindakan di bawah subseksyen 112(1) ACP 1967 / subseksyen 51(1) APCP 1967 ATAU
- Pengenaan penalti di bawah subseksyen 112(3) ACP 1967 / subseksyen 51(3) APCP 1967.
- Borang E dan Borang P
- Tindakan di bawah subseksyen 120(1) ACP 1967.