Tanda cyst sering kali tidak disedari kerana ia boleh muncul tanpa gejala yang jelas pada peringkat awal.
Namun begitu, sesetengah individu mungkin mengalami perubahan fizikal seperti benjolan di bawah kulit, senggugut luar biasa, atau perut yang terasa kembung. Cyst boleh terbentuk di pelbagai bahagian tubuh, termasuk ovari, payudara, kulit, dan organ dalaman lain.
Memahami tanda cyst adalah penting supaya rawatan yang sesuai dapat diberikan sebelum keadaan menjadi lebih serius.
Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan tanda cyst dan cara untuk merawatnya yang berkesan.
Baca juga: Makanan Ibu Mengandung: Kepentingan & Jenis Makanan
Apa itu Cyst
Cyst atau sista ialah kantung tidak normal yang berisi cecair, seakan-akan lepuh yang terbentuk di pelbagai bahagian tubuh.
Ia boleh muncul pada permukaan kulit, organ dalaman, atau kawasan kemaluan. Saiz cyst sangat berbeza, ada yang sekecil biji kacang dan ada juga yang sebesar beg kecil yang mengandungi beberapa liter cecair.
Simptom & Tanda Cyst
Cyst mempunyai tanda cyst yang tertentu bergantung kepada saiz dan lokasi ia terbentuk dalam tubuh kita.
Namun, dalam kebanyakkan kes, terdapat tanda cyst yang boleh dikenal pasti. Berikut adalah antara tanda cyst yang boleh anda semak pada diri:
1. Ketulan atau Bengkak di Bawah Kulit
Tanda cyst paling umum ialah kewujudan satu benjolan yan terasa seperti kantung berisi cecair, sama ada lembut, pejal, atau kenyal apabila disentuh.
Ketulan ini boleh muncul di mana-mana bahagian badan seperti leher, tangan, belakang, payudara, atau kawasan kemaluan.
2. Saiz yang Semakin Membesar
Tanda cyst yang berikutnya adalah saiz. Ada cyst yang boleh membesar dengan cepat dari masa ke masa.
Pembesaran ini boleh menandakan pengumpulan cecair atau bahan lain di dalamnya, dan mungkin memerlukan pemeriksaan lanjut jika ia berlaku dalam masa yang singkat.
3. Kesakitan atau Ketidakselesaan
Sesetengah tanda cyst boleh menyebabkan rasa sakit, terutamanya jika berada berhampiran saraf, organ dalaman, atau jika berlaku keradangan.
Contohnya, ovarian cyst yang besar boleh menyebabkan rasa mencucuk di bahagian bawah perut.
4. Kemerahan dan Rasa Panas di Sekitar Cyst
Jika kawasan sekitar cyst menjadi merah, panas, dan bengkak, ini adalah tanda keradangan atau jangkitan.
Dalam kes ini, ia mungkin telah berkembang menjadi abses dan memerlukan rawatan antibiotik atau prosedur pembedahan kecil.
5. Nanah atau Cecair Keluar dari Cyst
Ada kalanya, tanda cyst yang dijangkiti atau pecah boleh mengeluarkan cecair seperti nanah, darah, atau bahan putih kekuningan.
Ini biasanya disertai dengan bau yang kurang menyenangkan dan rasa sakit yang semakin teruk.
Tanda Cyst #6. Rasa Tidak Selesa Bila Bergesel dengan Pakaian
Cyst yang terletak di kawasan lipatan tubuh atau yang kerap bergesel dengan pakaian (seperti di ketiak, pangkal paha atau leher) boleh menyebabkan rasa tidak selesa, iritasi atau lupa pada kulit sekeliling.
7. Perubahan pada Kulit di Sekitar Cyst
Kadang-kadang, kulit di atas cyst boleh menjadi lebih tegang, mengilat, atau mengalami perubahan warna. Ini mungkin berlaku apabila cyst semakin besar atau berada dekat dengan permukaan kulit.
Punca-Punca Cyst
Cyst boleh terbentuk dalam tubuh manusia atas pelbagai sebab, dan kadangkala ia berlaku tanpa punca yang jelas.
Walaupun ramai yang beranggapan cyst hanya terjadi kerana hormon atau jangkitan, hakikatnya terdapat banyak faktor yang boleh mencetuskan pembentukan cyst.
Berikut adalah antara punca-punca yang diketahui:
1. Saluran Tersumbat (Blocked Ducts)
Salah satu punca utama cyst adalah apabila saluran dalam tubuh seperti saluran minyak, peluh, atau kelenjar tersumbat.
Apabila ia berlaku, cecair atau bahan yang sepatutnya dikeluarkan dari tubuh tidak dapat keluar dan akhirnya terkumpul, lalu membentuk kantung atau cyst.
Contohnya, Bartholin’s cyst berlaku apabila saluran kelenjar di faraj tersumbat dan menghasilkan bengkak berisi cecair.
2. Kecacatan Sel atau Tisu (Cell Defect)
Sesetengah cyst terbentuk akibat kecatatan atau keabnormalan pada struktur sel semasa perkembangan janin atau pertumbuhan sel dewasa.
Sebagai contoh, arachnoid cyst dalam otak mungkin terjadi sejak lahir akibat struktur membran yang tidak terbentuk dengan sempurna.
3. Kecederaan atau Trauma (Impact Injury)
Kecederaan fizikal seperti hentakan kuat boleh menyebabkan saluran darah kecil pecah. Pendarahan yang tidak diserap dengan baik boleh terkumpul dan membentuk cyst, terutamanya di tisu lembut atau bawah kulit.
Ini sering berlaku dalam kalangan atlet atau mereka yang mengalami trauma berulang.
4. Jangkitan Parasit (Parasitic Infection)
Sesetengah jenis cyst boleh terbentuk akibat jangkitan parasit, seperti hydatid cyst yang disebabkan oleh cacing pita.
Parasit ini masuk ke dalam tubuh dan membentuk kantung berisi larva atau cecair yang memerlukan rawatan khusus termasuk pembedahan atau ubat antiparasit.
5. Punca Tidak Diketahui (Idiopathic)
Ramai individu mendapati diri mereka mempunyai cyst tanpa sebab yang jelas. Dalam banyak kes, cyst terbentuk secara spontan tanpa sebarang kaitan dengan penyakit, jangkitan, atau kecederaan.
Ini dikenali sebagai punca idiopatik, di mana tubuh secara semula jadi membentuk kantung cecair yang tidak berbahaya.
Jenis-Jenis Cyst
Cyst boleh berlaku dalam pelbagai bentuk dan lokasi dalam badan manusia. Setiap jenis mempunyai ciri-ciri tersendiri serta rawatan yang berbeza bergantung kepada punca dan keseriusannya.
Berikut adalah senarai jenis-jenis cyst yang lazim berlaku:
1. Cyst Jerawat (Cystic Acne)
Sejenis bentuk jerawat yang paling teruk, di mana liang pori tersumbat dan menyebabkan keradangan mendalam. Cyst ini terbentuk dalam kulit dan sering menyebabkan kesakitan serta perut jika tidak dirawat dengan betul.
2. Arachnoid Cyst
Menurut National Institute of Neurological Disorders and Stroke, ia terbentuk di antara membran arachnoid dan otak atau saraf tunjang, dan berisi cecair tulang belakang. Ia boleh berlaku sejak lahir (primer) atau disebabkan trauma kepala. tumor, atau meningitis (sekunder).
Dalam kes tertentu, rawatan mungkin melibatkan pengaliran keluar cecair.
3. Baker’s Cyst
Juga dikenali sebagai popliteal cyst, berlaku di belakang lutut. Ia sering dikaitkan dengan masalah sendi lutut seperti arthritis. Gejala termasuk kesakitan, ketulan, atau rasa tegang di belakang lutut.
4. Bartholin’s Cyst
Terjadi apabila saluran kelenjar Bartholin di bahagian faraj tersumbat. Jika dijangkiti, ia boleh menyebabkan abses dan memerlukan antibiotik atau pembedahan kecil.
5. Cyst Payudara
Biasa berlaku dalam kalangan wanita dan biasanya tidak berbahaya. Saiznya boleh berubah sepanjang kitaran haid. Jika menyebabkan ketidakselesaan, doktor boleh menyedut cecair tersebut.
6. Chalazion
Cyst kecil yang terjadi di kelopak mata akibat saluran kelenjar meibomian tersumbat. Biasanya tidak berbahaya dan boleh dirawat dengan antibiotik atau pembedahan kecil jika berterusan.
7. Colloid Cyst
Terletak dalam otak dan berisi bahan seperti gel. Boleh menyebabkan gejala jika menghalang aliran cecair otak, dan mungkin perlu dibuang melalui pembedahan.
8. Dentigerous Cyst
Cyst yang mengelilingi mahkota gigi yang belum tumbuh. Menurut European Journal of Dentistry, ia biasanya berlaku dalam lingkungan usia 20-an dan 30-an dan memerlukan pembedahan jika besar atau menyebabkan kesakitan.
9. Dermoid Cyst
Mengandungi pelbagai jenis tisu seperti rambut, lemak, tulang atau kulit. Boleh muncul di mana-mana bahagian badan dan bisanya dibuang melalui pembedahan.
10. Epidermoid Cyst
Cyst berisi keratin yang berlaku pada kulit, termasuk muka, belakang, kulit kepala atau skrotum. Menurut National Center for Biotechnology Information, ia juga dikenali sebagai “sebaceous cyst,” walaupun istilah ini kurang tepat.
11. Epididymal Cyst (Spermatocele)
Cyst berisi sperma yang terbentuk di saluran yang melekat pada testis. Biasanya tidak menyakitkan dan jarang memerlukan rawatan kecualo jika membesar atau sakit.
12. Ganglion Cyst
Cyst kecil yang biasanya muncul di sekitar sendi atau tendon, terutamanya pergelangan tangan. Boleh disedut atau dibuang secara pembedahan jika mengganggu.
13. Hydatid Cyst
Disebabkan oleh jangkitan cacing pita dan sering terbentuk di hati atau paru-paru. Rawatan melibatkan pembedahan dan ubat-ubatan antiparasit.
14. Cyst Buah Pinggang (Renal Cyst)
Kebiasaannya tidak berbahaya dan tidak bergejala. Namun, jika menyebabkan sakit atau komplikasi, ia boleh dikendalikan melalui saliran atau pembedahan.
15. Cyst Ovari
Sering berlaku dalam kalangan wanita yang subur. Sebahagian besar adalah tidak berbahaya, tetapi jika membesar atau menyebabkan kesakitan, pembedahan mungkin diperlukan.
PCOS ialah keadaan yang melibatkan banyak cyst kecil dalam ovari.
16. Cyst Pankreas
Boleh berlaku akibat keradangan atau kecederaan pada pankreas. Terdapat pelbagai jenis cyst pankreas dan ada yang berisiko menjadi kanser, bergantung pada ciri-cirinya.
17. Periapikal Cyst
Cyst gigi yang disebabkan oleh jangkitan atau keradangan akar gigi. Rawatan biasanya melibatkan rawatan saluran akar (root canal).
18. Pilar Cyst
Terjadi daripada folikel rambut, biasanya di kulit kepala. Cyst ini boleh dibuang sepenuhnya melalui pembedahan jika mengganggu.
19. Pilonidal Cyst
Terbentuk di kawasan tulang ekor dan sering mengandungi rambut yang tumbuh ke dalam. Boleh menyebabkan jangkitan dan perlu dikeringkan atau dibuang jika kerap berulang.
20. Pineal Gland Cyst
Cyst jinak di kelenjar pineal dalam otak. Jarang menyebabkan gejala dan tidak selalu memerlukan pembedahan.
21. Tarlov Cyst
Cyst berisi cecair serebrospina yang berlaku di dasar tulang belakang. Rawatan biasanya berbentuk konservatif untuk mengawal kesakitan.
22. Cyst Lipatan Suara (Vocal Fold Cyst)
Terdapat dua jenis utama iaitu cyst mukus dan epidermoid. Boleh menjejaskan suara dan memerlukan rawatan seperti terapi suara, steroid atau pembedahan.
Baca juga: Bengkak Prostat: Punca, Gejala, dan Rawatan
Rawatan yang Boleh Diberikan
Rawatan bagi cyst bergantung kepada jenis, saiz, tanda cyst, dan lokasi. Dalam banyak kes, cyst kecil yang tidak menyakitkan hanya dipantau tanpa rawatan khusus.
Namun, jika tanda cyst membesar, menyebabkan kesakitan, dijangkiti atau mengganggu fungsi tubuh, beberapa rawatan boleh dipertimbangkan.
Antara rawatan biasa termasuk pengambilan antibiotik bagi cyst yang dijangkiti, prosedur penyedutan cecair (drainage), atau pembedahan kecil untuk membuang cyst sepenuhnya.
Dalam kes tertentu seperti cyst di otak, ovari atau pankreas, pembedahan besar mungkin diperlukan. Selain itu, rawatan sokongan seperti terapi suara, ubat tahan sakit, atau fisioterapi juga boleh membantu menguruskan gejala tertentu yang berkaitan dengan cyst.
Bila Perlu Jumpa Doktor
Walaupun kebanyakan cyst tidak memerlukan rawatan kecemasan, terdapat beberapa keadaan di mana anda perlu segera mendapatkan pemeriksaan dan nasihat daripada doktor.
Memantau perubahan pada cyst adalah sangat penting kerana ia boleh memberi petunjuk kepada komplikasi atau masalah kesihatan yang lebih serius.
Berikut ialah tanda cyst yang perlu berjumpa doktor:
- Cyst membesar dengan cepat
- Cyst pecah (ruptured)
- Kesakitan atau Kelembutan yang Ketara
- Jangkitan atau keradangan
- Mengganggu penampilan (isu kosmetik)
- Cyst besar di bahagian yang bergesel dengan pakaian
Kesimpulan
Kesimpulannya, mengetahui apa itu cyst, tanda cyst, dan pilihan rawatan sangat penting untuk kesihatan diri.
Jika anda mengesan ketulan luar biasa atau mengalami gejala yang berlarutan, sebaiknya dapatkan pemeriksaan doktor.
Tindakan awal boleh mencegah komplikasi yang tidak diingini dan membantu merawat cyst dengan lebih berkesan.
Baca juga: Bengkak Leher: Penyebab, Tanda, & Rawatan