Di dalam tatabahasa Bahasa Melayu, terdapat pelbagai tanda baca yang ada.
Setiap tanda tersebut mestilah digunakan dengan penggunaan yang betul dan sesuai.
Maksud Tanda Baca
Tanda baca merupakan simbol atau tanda yang digunakan untuk memberi isyarat kepada pembaca supaya melakukan sesuatu dalam bacaan.
Ia diletakkan di temapt-tempat tertentu dalam ayat berdasarkan tujuan dan kesesuaian penggunaannya.
Jenis Tanda Baca
Antara jenis tanda ini di dalam Bahasa Melayu adalah:
Jenis | Tanda |
Huruf Besar | Aa |
Tanda noktah atau titik | ( . ) |
Tanda koma | ( , ) |
Tanda tanya atau soal | ( ? ) |
Tanda seruan | ( ! ) |
Tanda sempang atau sengkang | ( – ) |
Tanda noktah bertindih | ( : ) |
Tanda pengikat kata atau petik | ( “ “ ) |
Tanda penyingkat | ( ‘ ) |
Tanda kurung | ( ) |
Tanda Miring | ( / ) |
Penggunaan & Contoh Ayat
i) Huruf Besar
Penggunaan | Contoh Ayat |
Menulis kata nama khas | Salmah bekerja di Kementerian Dalam Negeri. |
Menulis pangkal kata permulaan ayat. | Kereta bapa saya sentiasa kelihatan baru dan cantik. |
Menulis pangkal kata permulaan ayat cakap ajuk. | Kata Aziz, “Hidung saya berdarah sejak semalam.” |
Menulis pangkal kata permulaan selepas tanda noktah. | Jambatan itu akan dirobohkan tidak lama lagi. |
Menulis sebagai huruf pertama dalam ungkapan yang berhubung dengan kitab suci dan nama Alllah, termasuk kata ganti untuk Allah | Yang Maha Pengasih, ampunilah hamba-mu ini. |
Menulis sebagai huruf pertama untuk nama jawatan dan pangkat yang diikuti nama orang | Profesor Ahmad Hashim, Dekan Fakulti Sains merupakan pensyarah saya dahulu. |
ii) Tanda noktah atau titik
Penggunaan | Contoh Ayat |
Menulis kata singkatan. | Y.A.B. (Yang Amat Berhormat) Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah Perdana Menteri Malaysia. |
Menandakan berakhirnya sesuatu ayat penyata. | Esok ibu akan ke Kuala Lumpur. |
sebelum tanda penutup kata (“) dalam cakap ajuk | Kata kakak, “bunga itu sudah layu.“ |
iii) Tanda koma
Penggunaan | Contoh Ayat |
Mengasingkan frasa dalam ayat. | Oleh sebab terlalu marah, dia gagal mengawal perasaannya. |
Mengasingkan perkataan-perkataan yang sama dalam ayat. | Cengal, meranti, jati, dan nyatuh ialah jenis kayu yang baik untuk dibuat perabot. |
Menulis ayat cakap ajuk. | Kata Adi, “Poket baju saya terkoyak.” |
iv) Tanda tanya atau soal
Penggunaan | Contoh Ayat |
Menandakan ayat tanya atau ayat soal. | Siapakah gadis yang berbaju kurung itu? |
v) Tanda seruan
Penggunaan | Contoh Ayat |
Menulis ayat seru. | Wah, perbuatan awak sudah melampau! |
vi) Tanda sempang atau sengkang
Penggunaan | Contoh Ayat |
Menulis kata ganda. | Murid-murid yang hadir adalah seramai 35 orang. |
Menggabungkan huruf besar dengan huruf kecil. | Terlalu kuat pancaran sinar-X di dalam bilik itu. |
Menulis kata ganti nama diri untuk Tuhan. | Hamba-Mu memohon keampunan atas kesilapan lalu. |
vii) Tanda noktah bertindih
Penggunaan | Contoh Ayat |
Mengasingkan ayat-ayat yang panjang. | Dia harus mendapat pujian; dia rajin serta bersopan. |
Menggantikan kata hubung dalam ayat. | Aida seorang pelajar yang pintar; peramah serta hormat kepada orang tua. |
viii) Tanda pengikat kata atau petik
Penggunaan | Contoh Ayat |
Menulis ayat cakap ajuk. | “Rumah ini terlalu kecil,” kata Osman. |
ix) Tanda penyingkat
Penggunaan | Contoh Ayat |
Menunjukkan penghilang kata atau huruf/angka awal | Temasya Sukan Komenwel ‘98 merupakan acara sukan gilang-gemilang. |
x) Tanda Kurung
Penggunaan | Contoh Ayat |
Mengapit keterangan atau penjelasan tambahan | Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan mengadakan seminar usahawan esok. |
xi) Tanda Miring
Penggunaan | Contoh Ayat |
Pengganti kepada dan, atau per, atau penomboran kod surat | Dia tinggal di nombor 25/7 Jalan Cenderawasih. |
Baca juga: Kata Dasar: Maksud & Contoh Perkataan