Advertisements

Tawaran Program Talent Rakyat Protege Yayasan Bank Rakyat

Advertisements

Talent Rakyat Protege (Professional Training & Education For Growing Entrepreneurs) merupakan satu inisiatif yang dianjurkan dengan Bank Rakyat, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Kementerian Pengajian dan pelbagai rakan Yayasan Bank Rakyat untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan.

Program ini dirangka dengan matlamat untuk mengurangkan kadar pengangguran di kalangan graduan di samping memperkasakan semangat keusahawanan, kreativiti dan inovasi untuk menghasilkan tenaga kerja yang mahir dan memenuhi keperluan industri.

Program ini akan berlangsung selama 12 bulan dan bertempat di cawangan Bank Rakyat seluruh negara (bergantung kepada kekosongan).

Baca Juga : Program Latihan Untuk Siswazah Ambilan Oktober 2022

Talent Rakyat Protégé

Modul Program Talent Rakyat Protege

Modul bagi program ini telah dirancang bagi mengembangkan kemahiran graduan secara holistik demi meningkatkan kebolehpasaran graduan dalam dunia pekerjaan.

Modul Talent Rakyat Protege sentiasa dikemas kini dari semasa ke semasa bagi memenuhi permintaan semasa pasaran pekerjaan. Berikut merupakan modul semasa program Talent Rakyat Protégé :

  • Innovation and Creativity
  • Critical thinking and problem solving
  • Information literacy
  • Communication and collaboration
  • Communication technology literacy
  • Flexibility and adaptability
  • Initiative and self-direction
  • Social and intercultural skills
  • Productivity and accountability
  • Leadership and responsibility

Syarat Kelayakan

Calon perlulah memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut :

Bantuan Voucher Shopee Sehingga RM500 Untuk Pembaca eCentral Daftar Sekarang!

  • Berumur 26 tahun dan ke bawah
  • Memegang kelulusan Ijazah Sarjana Muda / Ijazah Sarjana dalam bidang Perbankan/Perniagaan dan yang berkaitan.
  • Mendapat ijazah daripada IPTA atau IPTS yang diiktiraf.
  • Memperoleh keputusan minimum 2nd Class Upper atau CGPA 2.75 dan ke atas.
  • Mahir berbahasa Ingeris
  • Mempunyai pengalaman bekerja kurang daripada 2 tahun.
  • Calon aktif dalam aktiviti kokurikulum.

Cara Memohon

Graduan yang berminat untuk menyertai Program Talent Rakyat Protégé boleh ikuti langkah permohonan seperti berikut :

Calon yang memenuhi kriteria akan dijemput untuk menghadiri temuduga yang dijalankan oleh pihak pengurusan Yayasan Bank Rakyat dan wakil Bank Rakyat.

Calon akan dimaklumkan melalui e-mel.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai Program Talent Rakyat Protégé, sila layari laman web yayasanbankrakyat.com.my atau hantar e-mel ke alamat [email protected]

Berapa bintang untuk artikel ini?

Average rating 0 / 5. Vote count: 0

No votes so far! Be the first to rate this post.

Leave a Comment