TAKWIM SEKOLAH SESI 2023 / 2024 & CUTI PENGGAL KPM
Untuk makluman semua, takwim persekolahan dikekalkan dengan sesi persekolahan bermula MAC – kerana keperluan mencukupkan 190 hari wajib sekolah dan memahami kesukaran pelajar SPM menghadapi peperiksaan musim banjir.
Terdahulu, KPM memaklumkan bahawa Sesi Persekolahan 2023 akan bermula lewat seminggu iaitu 19 / 20 Mac berbanding yang tertera dalam takwim edaran sebelum ni (12 /13 Mac) – untuk kelancaran pengoperasian SPM.
Berikut dikongsikan takwim terkini untuk rujukan semua pihak.
Takwim Akademik Sesi 2023/2024 & Cuti Penggal Sekolah KPM
Ketetapan KPM bagi permulaan hari persekolahan untuk Sesi 2023 / 2024 adalah seperti berikut:
- Kump A akan mula bersekolah: 19 Mac 2023
- Kump B akan mula bersekolah: 20 Mac 2023
Tarikh baharu ini adalah berdasarkan Kenyataan Media KPM bertarikh 10 Disember 2022.
NOTA:
- Kumpulan A : Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu
- Kumpulan B : Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan
Berikut dilampirkan Kalendar Akademik KPM bagi sesi 2023 / 2024 sekolah-sekolah Kumpulan A dan Kumpulan B.
KALENDAR AKADEMIK SESI 2023 / 2024 (KUMPULAN A)
KALENDAR AKADEMIK SESI 2023 / 2024 (KUMPULAN B)
CUTI PERAYAAN SESI 2023 / 2024
RINGKASAN CUTI SEKOLAH / CUTI PENGGAL MENGIKUT TAKWIM KPM SESI 2023 / 2024
Penggal 1 : 20 Mac 2023 – 21 April 2023
Cuti Raya Aidilfitri 2023 :20 April 2023 (Khamis) – 30 April 2023 (Ahad) 11 Hari
Sambung Penggal 1 : 1 Mei 2023 – 26 Mei 2023
Cuti Penggal 1 : 27 Mei – 4 Jun 2023 (Hari Gawai)
Penggal 2 : 5 Jun 2023 – 25 Ogos 2023
Cuti Raya Haji 2023 : 28-30 Jun 2023 (Rabu, Khamis, Jumaat Sabtu, Ahad) 5 hari
Cuti Penggal 2 : 26 Ogos 2023 – 3 September 2023
Penggal 3 : 4 September 2023 – 15 Disember 2023
Cuti Penggal 3 : 16 Disember – 1 Januari 2024
Sambung Penggal 3 : 2 Januari 2024 – 9 Februari 2024
Cuti Penggal Akhir Persekolahan : 10 Februari 2024 – Mac 2024
NOTA:
- Kumpulan A : Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu
- Kumpulan B : Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan
MUAT TURUN PDF:
Kalendar Akademik Sesi 2023/2024 boleh dimuat turun melalui laman sesawang KPM di pautan www.moe.gov.my/takwim.
Muat turun versi PDF : LAMPIRAN_A_B_DAN_C.pdf
Baca juga: