Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak 2022 (RM200 Setiap Bayi)

tabung simpanan pendidikan anak perak
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak 2022

Kerajaan Negeri Perak melalui Yayasan Perak memperuntukkan sebanyak RM200 kepada bayi kelahiran Negeri Perak mulai tahun 2010 sebagai simpanan permulaan menerusi Skim Simpanan Pendidikan Tinggi Nasional (SSPN-i) di bawah PTPTN.

Berikut dikongsikan syarat kelayakan dan cara memohon Tabung Simpanan Pendidkan Anak Perak 2022.

Apakah Tabung Simpanan Anak Perak 2022?

Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak merupakan insentif yang diberikan dalam bentuk simpanan pendidikan SSPN-i untuk masa hadapan anak-anak.

Jumlah bantuan adalah pemberian RM200 kepada bayi yang dilahirkan di Negeri perak mulai tahun 2010.

Syarat Permohonan

  1. Penerima manfaat (anak) hendaklah warganegara Malaysia dan kelahiran  Negeri Perak mulai 1 Januari 2010.
  2. Ibu atau bapa kelahiran Negeri Perak
    atau
  3. Ibu atau bapa kelahiran Negeri Perak tetapi  SEDANG  beralamat di luar Negeri Perak dan TELAH bermastautin di Negeri Perak lebih 10 tahun, — SURAT PENGESAHAN BERMASTAUTIN DI NEGERI PERAK LEBIH 10 TAHUN dari Penghulu Mukim / Ketua Kampung diperlukan
    atau
  4. Ibu atau bapa kelahiran LUAR Negeri Perak dan TELAH  bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun — SURAT PENGESAHAN BERMASTAUTIN DI NEGERI PERAK LEBIH 10 TAHUN dari Penghulu Mukim / Ketua Kampung diperlukan
    atau
  5. Ibu atau bapa kelahiran Negeri Perak tetapi ANAK LAHIR DI DAERAH YANG BERSEMPADAN dengan Negeri Perak (Hospital Bersalin terletak di Pulau Pinang, Kedah dan Selangor) – SURAT PENGESAHAN BERMASTAUTIN DI NEGERI PERAK dari Penghulu Mukim / Ketua Kampung diperlukan.

Cara Permohonan Tabung Simpanan Anak Perak 2022

Borang permohonan boleh didapati secara percuma di Pejabat Yayasan Perak, Pejabat Cawangan PTPTN Negeri Perak, Pejabat Pusat Khidmat ADUN atau dicetak di laman web Yayasan Perak di www.yayasanperak.gov.my

Sebarang pertanyaan sila hubungi Yayasan Perak di talian 05 255 2929/253 7779.

Baca juga:

Tarikh Permohonan Tabung Simpanan Anak Perak 2022

Permohonan dibuka sepanjang tahun.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut atau maklumbalas boleh dibuat melalui:

  1. Emel ke [email protected] atau 
  2. Aduan ke [email protected] atau
  3. Whatsapp Rasmi +60 13 434 5300
  4. Maklumbalas di laman web Yayasan Perak  ruangan >>Maklum Balas.
  5. Melalui Media Sosial Yayasan Perak (Facebook di Yayasan Perak – Rasmi, Instagram @YayasanPerak, Twitter @YayasanPerak

Yayasan Perak menyediakan bantuan-bantuan pendidikan untuk semua peringkat bermula dari kelahiran bayi, pelajar sekolah rendah dan menengah sehingga kepada mahasiswa yang melanjutkan pelajaran ke IPT.

Selain itu, Yayasan Perak adalah rakan strategi dalam usaha Kerajaan Negeri untuk memperkasakan pembangunan sosial rakyat Negeri Perak melalui beberapa program berbentuk bantuan perumahan serta bantuan pinjaman mikro kepada usahawan sekaligus memastikan bantuan kepada golongan sasar rakyat Negeri Perak dapat dilaksanakan.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut