Syafiq Kyle, Transisi Dari Ustaz Adam Ke “Meth Killer”

Dengan personaliti yang lembut dan soft spoken membuatkan setiap penonton khususnya para gadis jatuh hati dengan lakonan Syafiq Kyle.

Bekas peserta Hero Remaja ini, boleh dikatakan mempunyai ciri-ciri suami idaman para wanita.

Untuk artikel pada kali ini, kami akan membawa anda mengenali dengan lebih rapat dengan sosok individu cukup dikenali ramai, Syafiq Kyle.

Baca juga:

Latar Belakang

Syafiq Kyle
NamaMohd Syafiq Shamim Bin Abdul Razak
Nama PanggilanSyafiq Kyle
Tarikh Lahir27 Jun 1992
Tempat LahirKuala Lumpur
PendidikanDiploma Filem, Teater dan Animasi di Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Ketinggian174 cm
PekerjaanPelakon, model dan jurucakap produk
Akaun Media SosialInstagram @syafiqkylez
Facebook @isyafiqkyleofficial
TikTok @syfqkyl
X @isyafiqkyle

Kehidupan Peribadi

Syafiq Kyle merupakan anak kedua daripada tiga adik-beradik yang kesemuanya lelaki.

Ibunya bernama Rohaya Sulaiman manakala ayahnya pula adalah Abdul Razak Husin.

Syafiq Kyle

Terdahulu, Syafiq Kayle dan Mimi Lana membatalkan perancangan mereka untuk melangsungkan perkahwinan yang dirancang pada 18 Ogos tahun lalu.

Namun, pasangan ini tiada masalah dan sehingga kini mereka masih berkawan seperti biasa.

Syafiq Kyle
Kredit Instagram @syafiqkylez

Kerjaya & Profesional

Permulaan Syafiq Kyle masuk dalamm dunia seni adalah menerusi rancangan realiti Hero Remaja 2011/2012, bila mana beliau berjaya dinobatkan sebagai Naib Juara.

Cita-citanya untuk menghasilkan filem terbitan sendiri tercapai dalam filem Doh menerusi syarikat produksinya iaitu Indigo Films.

Setiap kemunculannya di layar perak pasti mendapat perhatian dan tempat di hati peminat tempatan. Sehingga kini, sudah lebih dari 50 buah drama yang dilakonkannya.

Drama:

  • Iparku Diva (2011)
  • Terowong (2011)
  • Tanah Kubur (2012-2015)
  • Kampung Girl (2013)
  • Kerana Lelaki Itu (2013)
  • Mat Cepat (2014)
  • Anugerah Terindah (2014)
  • Oh My English! Musim 3 (2014)
  • Senafas Cinta (2014)
  • Tuan Rumah Pembantu Rumah (2014)
  • Kerana Terpaksa Aku Relakan (2014)
  • Bila Hati Berbicara (2014)
  • Angin Syurga (2015)
  • Isteri Separuh Masa (2015)
  • Dhia Sofea (2015)
  • Merah Gaun Pengantin (2015)
  • Alaa Bib.. (2015)
  • Kifarah Mistik (2015)
  • Puteri Labu (2016)
  • Married Tapi Benci (2016)
  • Sekali Aku Jatuh Cinta (2016)
  • Tika Langit Terbuka (2016)
  • Suamiku Paling Sweet (2017)
  • Mencintaimu Mr. Photographer (2017)
  • Mocha Kau Bahagia (2017)
  • Red Velvet (2017)
  • Dekatkan Jarak Kita (2017)
  • Mencari Mel & Ayu (2018)
  • Tak Ada Cinta Sepertimu (2018)
  • Nur (2018)
  • Pelangi Cinta (2018)
  • Mocha Kau Bahagia 2 (2018)
  • Budak Usin (2018)
  • Senafas Rindu (2019)
  • Nur 2 (2019)
  • Serikan Hatimu (2019)
  • Bukan Cinta Aku (2019)
  • Lock In Drama 2 (2020)
  • Serikan Hatimu 2 (2020)
  • Diva Popular (2021)
  • Covid Oh Covid (2021)
  • Suara Hati (2021)
  • Lockdown (2021)
  • Diva Popular 2 (2021)
  • Serikan Hatimu 3 (2021)
  • Seribu Nina (2022)
  • Cinta Buat Dara (2022)
  • One Cent Thief (2022)
  • I.D. (2024)
  • Terlanjur Cinta (2024)

Telefilem:

  • Tasbih Putih (2011)
  • Anak Ikan (2012)
  • Kampungku Aidiladha (2013)
  • Cinta Laila Majnun (2013)
  • Syair Untuk Bonda (2013)
  • Aki Bangku (2014)
  • Dari Pintu Neraka (2014)
  • Romantika Bulan Madu (2015)
  • Mat Despatch Raya Sakan (2015)
  • Gangster Melor (2015)
  • Takraw Kampung (2016)
  • Bapa Mentuaku (2016)
  • Jangan Ambil Botol Itu (2016)
  • Syahadah Yang Hilang (2016)
  • Mat Chia Chia (2016)
  • Bella (2016)
  • Kari Sanjana (2016)
  • Tawar (2016)
  • Kalau Aku Kaya (2016)
  • Suamiku Bukan Tukang Masak (2016)
  • Takdir Yang Terhenti (2017)
  • Isteriku Cikguku (2017)
  • Malam Tanpa Yasin (2017)
  • Hassan (2017)
  • Sayang Achu Ketat-Ketat (2017)
  • Ada Apa Dengan Ramadhan (2017)
  • Nur 3 Pagi (2017)
  • Abang Kandung (2018)
  • Manipulasi (2018)
  • Taubatku (2018)
  • Mentari (2018)
  • Pengantin Lari Culik Artis (2018)
  • Syirik (2018)
  • Senafas Rindu Raya (2019)
  • Shiba Shiba Doo (2019)
  • Tolong Saya Encik Dinosour (2020)
  • Artis Lari Culik Pengantin lah Pulak (2020)
  • Derai (2020)
  • Cerai (2020)
  • Bukan Cerita Cinta Cliche (2021)
  • Rompak Raya (2021)
  • Holiday Aji Tom (2021)
  • Nafsu Mental (2022)
  • Mendarat Di Syurga (2023)

Filem:

  • Langsuir (2018)
  • Gol & Gincu Vol. 2 (2018)
  • Pusaka (2019)
  • Saka Nan Sepi (2020)
  • Mat Bond Malaya (2021)
  • Cinta VS Hantu (2022)
  • Siku 12: Langkah Derhaka (2022)
  • Seindah Kasih The Movie (2023)
  • Polis EVO 3 (2023)
  • Doh (2023)
  • The Experts Selamatkan Raya (2024)
  • Sheriff: Narko Integriti (2024)
Kredit Instagram @syafiqkylez
Syafiq Kyle
Kredit Instagram @syafiqkylez

Pencapaian Syafiq Kyle

Kredit Instagram @syafiqkylez

Sepanjang 16 tahun bergiat aktif dalam dunia lakonan, Syafiq Kyle berjaya mengukir nama dalam pelbagai anugerah dan penghargaan.

Berikut adalah merupakan beberapa pencapaian oleh Syafiq Kyle sepanjang menjadi seorang pelakon:

AnugerahKategoriKarya Tahun
Hero RemajaTempat ke-22011/2012
Anugerah Throwbaek DramaPelakon Paling
Membantu
Tanah Kubur2017
Anugerah InTrendAnugerah Lelaki Dambaan2017
Anugerah
Instafamous HurrTV
Anugerah Instafamous Adiwira2017
Anugerah Digital Muzik ERA ke–2Temubual Terbaik Carta ERA 40 (bersama Neelofa & Fatin Afeefa)Red Velvet2018
Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur ke–5Pasangan Pilihan (bersama Ayda Jebat)Dekatkan Jarak Kita2018
Anugerah Skrin ke–22Pelakon Lelaki Terbaik Drama RantaianNur2018
Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur ke-6Aktor PilihanNur2019
Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur ke-6Pasangan Pilihan (bersama Amyra Rosli)Nur2019
Anugerah MeleTOP Era 
ke–6
Pelakon MeleTOPTak Ada Cinta Sepertimu2019
Anugerah MeleTOP Era 
ke–6
Bintang Filem MeleTOPLangsuir2019
Anugerah MeleTOP Era 
ke–6
Fesyen MeleTOP2019
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32Pelakon TV Lelaki Popular2019
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32Gandingan Serasi Filem (bersama Hannah Delisha)Langsuir2019
Anugerah MeleTOP Era ke–7Bintang Filem MeletopPusaka2020
Anugerah MeleTOP Era ke–7Fesyen Meletop2020
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33Gandingan Serasi Filem Popular (online) bersama Mimi LanaPusaka2020
Anugerah TelenovelaPelakon Lelaki Telenovela PopularSuara Hati2021

Fakta Menarik Mengenai Syafiq Kyle

  • Syafiq Kyle dan Mimi Lana pernah bercadang untuk menikah, namun membatalkan niat tersebut di saat-saat akhir.
  • Merupakan finalis Hero Remaja 2011/2-12 yang mana pesaingnya ketika itu adalah Fattah Amin, Saharul Ridzwan, Hafreez Adam, Ben Amir, Nazrief Nazri, dan Hafidz Roshdi. Beliau mendapatkan tempat ke-2, Fattah bergelar Juara dan Saharul di tempat ke-3.
  • Pengasas jenama kosmetik KylezLab dan jenama fesyen Jiwa by Kylez (dijenamakan semula sebagai Sajiwa).
  • Pernah bercita-cita menjadi pemain bola sepak profesional ketika di bangku sekolah.
  • Pemilik kelab amatur Challo FC.
  • Aktif dalam sukan permotoran Toyota Gazoo Racing Malaysia.
  • Pemilik Indigo Films.
  • Dikenali sebagai Capik oleh pihak pengurusan kerana kebanyakan pengikut beliau ialah golongan remaja. 
  • Lebih gemar fesyen sukan dengan merujuk kepada gaya ahli sukan.
  • Mengidolakan pelakon Matthew McConaughey, Natalie Portman dan Leonardo Dicaprio manakala untuk pelakon tempatan pula adalah Datuk Rahim Razali dan Ellie Suriati.

Tahniah Syafiq Kyle! Semoga anda terus maju jaya dalam bidang lakonan yang diceburi untuk mengharumkan nama Malaysia.

Sumber:

  1. Instagram @syafiqkylez
Bantu kami share artikel ini: