Susu Pekat: Sebanyak Mana Kuantiti Gula di Sebalik Tin?

susu pekat
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Susu Pekat: Sebanyak Mana Kuantiti Gula Tersembunyi di Sebalik Tin?

Susu pekat atau susu tin telah menjadi bahan asas yang sering digunakan dalam pelbagai resipi di Malaysia, terutamanya dalam minuman seperti teh tarik, teh susu, kopi susu dan sebagainya. 

Namun, tahukah anda bahawa susu pekat manis sebenarnya mengandungi kadar gula yang sangat tinggi dan bukanlah pilihan susu sihat. 

Bagi memastikan kesihatan jangka panjang, adalah penting untuk kita memahami apa yang terkandung dalam susu pekat, serta kesannya kepada kesihatan jika diambil berlebihan.

BACA JUGA: Apa Itu Tepung Sagu, Kegunaan dan Manfaatnya Pada Kesihatan

Apa Sebenarnya Susu Pekat Manis?

Susu pekat merupakan produk tenusu yang melalui proses pemekatan untuk mengeluarkan sebahagian besar air dalam susu. 

Dalam proses ini, gula ditambah bagi mengawetkan susu tersebut, menghasilkan susu pekat manis yang boleh disimpan untuk tempoh yang lebih lama. 

Susu tin bukanlah susu segar; ia adalah gabungan susu (sedikit sahaja) tanpa air yang dicampur dengan gula (hampir separuh!). Disebabkan ini, ia lebih dikenali sebagai pemanis daripada sumber kalsium.

Kandungan Nutrisi Susu Pekat

Tahukah anda bahawa susu pekat manis atau krimer manis bukanlah susu tetapi mengandungi gula yang tinggi.

Kandungan gula di dalam satu tin pekat manis boleh mencapai 45% , manakala kandungan susu hanyalah 10% selebihnya adalah bahan-bahan lain dan minyak sahaja.

Susu Pekat: Sebanyak Mana Kuantiti Gula di Sebalik Tin?
  • Gula: Hampir 40-50% daripada susu pekat adalah gula.
  • Susu: Hanya 10% sahaja.
  • Kalori Tinggi: Disebabkan kandungan gula yang tinggi, kalori dalam satu tin susu pekat adalah tinggi dan boleh menyumbang kepada kenaikan berat badan jika diambil tanpa kawalan.
  • Kandungan Lemak: Kebanyakan susu pekat mengandungi lemak untuk meningkatkan rasa dan tekstur.

Ingat, susu pekat bukan pengganti susu segar atau susu penuh kerana kandungan nutrisinya tidak sama.

Susu Pekat Manis, Lebih Gula daripada Susu!

Fakta yang mengejutkan adalah bahawa susu pekat manis sebenarnya mengandungi lebih banyak gula daripada susu. Dalam setiap 100 gram susu pekat manis, terdapat kira-kira 55 gram gula. Ini bermakna lebih separuh daripada kandungannya adalah gula!

Susu Pekat: Sebanyak Mana Kuantiti Gula di Sebalik Tin?

Jika kita bandingkan dengan susu segar, perbezaannya sangat ketara. Susu segar biasanya mengandungi sekitar 5 gram gula semulajadi (laktosa) per 100 ml. Ini bermakna ia mengandungi hampir 11 kali ganda lebih banyak gula berbanding susu segar.

Penggunaan gula yang dicadangkan sehari adalah sebanyak 10 teh gula sahaja termasuk minuman dan makanan yang diambil.

Maka pengambilannya boleh menjadi penyumbang utama kepada penggunaan gula tambahan yang berlebihan dan meningkatkan risiko penyakit diabetes dan masalah kesihatan yang lain. 

Kesan Pengambilan Gula Berlebihan Kepada Kesihatan

Susu Pekat: Sebanyak Mana Kuantiti Gula di Sebalik Tin?

Pengambilan gula secara berlebihan boleh membawa kepada beberapa kesan negatif terhadap kesihatan, antaranya ialah: 

1. Obesiti

Salah satu kesan paling ketara daripada pengambilan gula berlebihan adalah obesiti. Apabila seseorang mengambil makanan dan minuman yang tinggi gula secara berlebihan, ia boleh menyebabkan peningkatan berat badan dan seterusnya risiko obesiti.

2. Penyakit Jantung

Pengambilan gula yang tinggi juga dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit jantung. Gula berlebihan boleh meningkatkan tekanan darah, mengakibatkan keradangan, dan meningkatkan tahap trigliserida, semua faktor risiko ini dapat meningkatkan risiko penyakit jantung. .

3. Diabetes Jenis 2

Pengambilan gula berlebihan dalam diet boleh menyebabkan ketahanan insulin, yang merupakan faktor utama dalam perkembangan diabetes jenis 2. Apabila tubuh tidak dapat menggunakan insulin dengan berkesan, kadar gula dalam darah akan meningkat. Ini boleh membawa kepada diabetes, yang mempunyai banyak komplikasi kesihatan jangka panjang. 

4. Masalah Gigi

Gula adalah salah satu penyebab utama masalah pergigian. Bakteria di dalam mulut memecahkan gula dan menghasilkan asid yang merosakkan enamel gigi, menyebabkan kerosakan gigi dan penyakit gusi. Pengambilan gula yang tinggi boleh menyebabkan kerosakan gigi yang serius jika tidak diimbangi dengan penjagaan gigi yang baik. 

5. Kesan Negatif Terhadap Mood

Pengambilan gula juga boleh mempengaruhi kesejahteraan mental. Makanan yang tinggi gula boleh menyebabkan lonjakan dan penurunan dalam tahap gula darah, yang boleh mengakibatkan perubahan mood yang mendadak. 

Kajian menunjukkan bahawa individu yang mengambil banyak gula lebih cenderung mengalami simptom kemurungan dan kebimbangan .

6. Kesan kepada Kulit

Gula berlebihan juga boleh memberi kesan buruk kepada kulit. Pengambilan gula yang tinggi dikaitkan dengan masalah kulit seperti jerawat dan penuaan awal. Gula menyebabkan keradangan dalam tubuh yang boleh mempercepatkan proses penuaan kulit. 

Alternatif Sihat kepada Susu Pekat Manis

Berikut adalah beberapa alternatif sihat kepada susu pekat manis yang boleh digunakan dalam pelbagai resipi atau sebagai pemanis dalam minuman:

1. Susu Badam: Susu badam adalah pilihan yang baik kerana ia rendah kalori dan tinggi nutrisi. Ia memberikan rasa yang lazat dan sedikit nutty, menjadikannya ideal untuk pencuci mulut dan minuman.

2. Susu Kelapa: Susu kelapa mempunyai rasa manis semula jadi dan lemak yang kaya. Ia sangat sesuai untuk resepi pencuci mulut dan masakan Asia, memberikan keunikan rasa tanpa tambahan gula yang berlebihan.

Susu Pekat: Sebanyak Mana Kuantiti Gula di Sebalik Tin?

3. Susu Soya: Susu soya  adalah pilihan yang sihat dan kaya dengan protein. Ia mempunyai rasa yang neutral dan boleh digunakan dalam pelbagai hidangan, dari minuman hingga pencuci mulut.

4. Madu: Madu merupakan pemanis semula jadi yang juga mempunyai banyak khasiat kesihatan. Ia boleh digunakan dalam resipi untuk memberikan rasa manis tanpa menambah banyak kalori. Pastikan anda menggunakan madu asli tanpa gula tambahan.

5. Gula Kelapa: Gula kelapa adalah pemanis yang diperoleh daripada nektar bunga kelapa. Ia mempunyai indeks glisemik yang lebih rendah berbanding gula biasa dan memberikan rasa karamel yang unik.

6. Pemanis Stevia: Stevia adalah pemanis semula jadi yang tidak mengandungi kalori. Ia sangat manis, jadi hanya sedikit yang diperlukan untuk mencapai rasa manis yang diingini.

7. Yogurt Perisa: Yogurt perisa tanpa gula boleh menjadi alternatif sihat yang memberikan rasa krim dan sedikit manis. Ia boleh digunakan dalam pencuci mulut atau sebagai pemanis dalam minuman.

BACA JUGA: Cara Kenali Gula Merah dan Khasiatnya Berbanding Gula Biasa

Cara Bijak Menggunakan Susu Pekat Manis

Jika anda masih ingin menggunakan susu pekat manis dalam masakan anda, berikut adalah beberapa tips untuk menggunakannya dengan lebih bijak:

1. Kurangkan Jumlah: Kawal dan kurangkan jumlah susu pekat manis yang anda gunakan dalam resipi.  Cubalah untuk mengurangkan kuantiti yang biasa digunakan.

2. Campurkan dengan Bahan Lain: Untuk mengimbangi rasa manis, campurkan susu pekat manis dengan bahan lain seperti susu rendah lemak, yogurt, atau santan. Ini tidak hanya mengurangkan jumlah gula, tetapi juga menambah variasi rasa.

3. Gantikan Sebahagian dengan Pemanis Semulajadi: Cuba gantikan sebahagian susu pekat manis dengan pemanis semulajadi seperti madu atau sirap maple.

Susu Pekat: Sebanyak Mana Kuantiti Gula di Sebalik Tin?

4. Gunakan sebagai Hiasan: Daripada menambahkannya ke dalam resipi, cuba gunakan susu pekat manis sebagai hiasan di atas hidangan untuk mengurangkan jumlah keseluruhan yang digunakan.

5. Baca Label: Pilih jenama susu pekat manis yang mempunyai kandungan gula yang lebih rendah jika tersedia.

Dengan menggunakan pendekatan ini, anda masih boleh menikmati rasa susu pekat manis dalam hidangan anda sambil mengurangkan pengambilan gula secara keseluruhan. 

Ingat, kurangkan manis dalam makanan/minuman, lebihkan manis dalam senyuman!

Rujukan:

  1. Kandungan Susu Pekat Manis – Nutritionist KKM
  2. Teh Tarik: Disangka Susu, Rupanya Gula – Public Health Malaysia
  3. Modul Pengolahan Susu
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut