Jika anda penggemar susu, pastinya anda pernah mendengarkan tentang susu full cream. Susu yang turut dikenali dengan nama “whole milk” ini merupakan sejenis susu yang mengandungi keseluruhan lemak susu, iaitu sekitar 3.5% hingga 4% lemak.
Namun begitu, untuk pengetahuan anda, pengambilan susu ini adalah lebih digalakkan berbanding dengan susu “low fat” atau susu “skim”. Untuk mengetahui kelebihan susu ini, pastikan anda terus membaca sehingga ke penghujung artikel.
Susu Full Cream
Susu full cream atau turut dikenali sebagai “whole milk” merupakan sejenis susu kegemaran ramai, terutama dari golongan kanak-kanak. Susu ini merupakan susu yang mengandungi keseluruhan lemak susu di dalamnya.
Susu jenis ini biasanya mempunyai kadar peratus lemak di antara 3% hingga 4% berbeza dengan susu “low fat” atau susu “skims” yang mempunyai kadar lemak bawah 3%.
Kandungan lemak yang lebih tinggi menyebabkan susu ini mempunyai rasa yang lebih enak dan tekstur yang lebih kental berbanding jenis-jenis susu yang lain. Hal ini juga menyebabkan susu ini menjadi susu pilihan ramai.
Selain boleh diminum sebegitu sahaja, susu ini juga boleh digunakan dalam masakan sama ada dalam penghasilan manisan seperti kek dan biskut, atau juga menu hidangan utama seperti “mushroom soup”, kentang putar dan sebagainya.
Kandungan dan Kalori Susu
Untuk pengetahuan anda, berikut merupakan kandungan kalori bagi 1 cawan susu full cream yang mengandungi 3.25% lemak di dalamnya:
- Kalori: 149
- Protein: 8 gram
- Lemak: 8 gram
- Karbohidrat: 12 gram
- Gula (laktosa): 12 gram
- Serat: 0 gram
Sumber: Eating Well
Kelebihan dan Manfaat
Berikut merupakan beberapa kelebihan dan manfaat yang boleh anda peroleh jika anda meminum susu jenis ini:
- Tinggi Kalsium
- Susu jenis ini merupakan sumber kalsium yang hebat, yang dapat membantu membina tulang dan gigi yang kuat, serta penting untuk fungsi otot jantung, pembekuan darah, dan sistem imun yang sihat.
- Tinggi Protein
- Susu ini juga merupakan protein lengkap, mengandungi kesemua sembilan asid amino penting.
- Vitamin B12
- Susu penuh krim mengandungi lebih separuh daripada jumlah vitamin B12 yang disyorkan seharian.
- Vitamin ini dapat membantu dalam membina sel darah merah dan sistem saraf.
- Kestabilan gula darah
- Gabungan gula susu, protein dan lemak dalam susu keseluruhan boleh membantu memastikan paras gula dalam darah stabil, yang juga dapat membantu kita memperoleh tidur yang nyenyak.
Kegunaan Susu
Selain boleh diminum sahaja, susu full cream ini boleh digunakan dalam masakan dan minuman kita yang lain. Sebagai contoh:
- Ayam Buttermilk
- Kentang Putar
- Nasi Butter
- Spaghetti Alfredo
- Biskut
- Kek
- Aiskrim
- Milkshake
Baca berkenaan susu cair di SINI.
Perbandingan Susu Full Cream, Susu Cair, dan Susu Pekat
Berikut merupakan tiga perkara yang membezakan susu full cream ini dengan susu pekat manis dan susu cair (evaporated milk)
- Kandungan Air:
- Susu Full Cream: Kandungan air penuh, tidak dikurangkan.
- Susu Sejat: Kandungan air dikurangkan sekitar 60%.
- Susu Pekat Manis: Kandungan air dikurangkan sekitar 60% dan ditambah gula.
- Kandungan Gula:
- Susu Full Cream: Mengandungi gula semulajadi (laktosa) tanpa tambahan gula.
- Susu Sejat: Tidak mengandungi gula tambahan.
- Susu Pekat Manis: Mengandungi gula tambahan yang tinggi.
- Kegunaan Utama:
- Susu Full Cream: Minuman harian dan penggunaan umum dalam masakan dan baking.
- Susu Sejat: Menambah tekstur dan kekayaan rasa dalam masakan dan minuman.
- Susu Pekat Manis: Sebagai pemanis dan pengental dalam pencuci mulut dan minuman manis.