Surah Al Ikhlas ~ Bacaan, Rumi & Terjemahan (Beserta Audio)

Surah Al Ikhlas ~ Bacaan, Rumi & Terjemahan (Beserta Audio)
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Surah Al Ikhlas ~ Bacaan, Rumi & Terjemahan (Beserta Audio)

Surah Al Ikhlas adalah merupakan surah ke-112 di dalam Al-Quran dan terdiri daripada 4 ayat.

Surah ini diturunkan di Makkah, oleh itu ia termasuk dalam golongan surah Makkiyah dan diturunkan selepas surah An-Naas. 

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenai surah ini. 

BACA JUGA: Surah Al-Fatihah: Ayat, Lafaz Rumi, dan Maknanya

Maksud Al-Ikhlas

 “Al-Ikhlas” dalam bahasa Arab bermaksud “kesucian” atau “kesucian mutlak”. Dinamakan Al-Ikhlas kerana surah ini sepenuhnya menegaskan keesaan Allah.

Tema dan Ringkasan Kandungan Surah

Tema utama Surah Al-Ikhlas adalah kesucian dan keesaan Allah (Tawhid). Surah ini menegaskan tentang sifat-sifat Allah yang maha suci, maha sempurna, dan maha esa. 

Berikut adalah ringkasan kandungan Surah Al-Ikhlas:

1. Pengenalan kepada Allah yang Maha Esa (ayat 1): Surah ini dimulai dengan pernyataan tegas tentang kesucian dan keesaan Allah. Allah dijelaskan sebagai Yang Maha Esa, yang tidak memiliki sekutu dalam keesaan-Nya.

2. Penolakan Terhadap Kesyirikan (ayat 2): Ayat kedua menolak segala bentuk kesyirikan atau penyekutuan dengan Allah. Ayat ini menegaskan bahwa Allah hanya Allah lah tempat untuk memohon sebarang hajat. 

3. Penjelasan tentang Sifat-Sifat Allah (ayat 3-4): Ayat-ayat terakhir surah ini menjelaskan sifat-sifat Allah yang maha sempurna. Allah tidak dilahirkan dan tidak melahirkan, serta tidak ada yang setara atau serupa dengan-Nya. Ini menegaskan bahawa Allah adalah Tuhan yang Esa, sempurna dan tidak ada bandingan. 

Surah ini mengajarkan umat Islam untuk mengakui sifat-sifat Allah yang maha suci serta serta menolak segala bentuk kesyirikan atau penyekutuan dengan-Nya.

Lafaz Bacaan Surah Al Ikhlas

Surah Al Ikhlas ~ Bacaan, Rumi & Terjemahan (Beserta Audio)

Bacaan Rumi

Qul huwallahu ahad

Allahu somad

Lam yalid wa lam yulad

Wa lam yakullahu kufuwan ahad

Terjemahan Bahasa Melayu (Setiap Ayat) 

قُلْ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ

Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;

ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ

“Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;

لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ

“Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;

وَلَمْ يَكُن لَّهُۥ كُفُوًا أَحَدٌۢ 

“Dan tidak ada siapapun yang serupa denganNya”.

Asbabul Nuzul (Sebab Turunnya Surah Al Ikhlas)

Terdapat sebuah riwayat atau hadits yang hasan, dari hadits Ubay bin Ka‟ab radhiallahu „anhu, beliau berkata;

“Sesungguhnya orang-orang musyrik (pernah) berkata kepada Rasulullah SAW, “Sifatkan/ beritahu kepada kami (tentang) Rabb-mu”.

Maka Allah menurunkan 4 ayat surah ini. 

Keutamaan Membaca Surah Al Ikhlas

1. Seperti membaca ⅓ Al Quran

Hadits Abu Sa’id al Khudri RA, ia berkata;

“Bahwa seseorang mendengar orang lain membaca   قُلْ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ dengan mengulang- ulangnya, maka tatkala pagi harinya ia mendatangi Rasulullah SAW dan menceritakan hal itu kepada baginda dan seolah-olah orang itu menganggap remeh surah itu. 

Maka bersabdalah Rasulullah SAW “Demi Dzat yang jiwaku berada di tangannya, sesungguhnya surat itu sebanding dengan sepertiga Al Quran”.

2. Dijanjikan Syurga

Hadits Abu Hurairah RA, ia berkata; 

“Aku datang bersama Rasulullah SAW lalu beliau mendengar seorang membaca  قُلْ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ. Maka Rasulullah  SAW bersabda, “Telah wajib”. Aku berkata,  “Apa yang wajib?”, Baginda bersabda, “(Telah wajib baginya) syurga”. 

3. Dibaca Sebelum Tidur Bersama Surah Al Falaq dan Surah An Nas

Daripada Aisyah RA, ia berkata; 

“Sesungguhnya Nabi shallallahu „alaihi wa sallam apabila ingin merebahkan tubuhnya (tidur) di tempat tidurnya setiap malam, baginda mengumpulkan kedua telapak tangannya, kemudian baginda sedikit meludah padanya sambil membaca surat “Qul  Huwallahu Ahad” dan “Qul A‟udzu bi Rabbin Naas” dan “Qul A‟udzu bi Rabbil  Falaq”. Kemudian (setelah itu) baginda mengusapkan kedua telapak tangannya ke  seluruh tubuhnya yang dapat baginda jangkau. Baginda memulainya dari kepalanya, wajahnya, dan bagian depan tubuhnya. Baginda melakukannya sebanyak tiga kali.

Pengajaran Surah Al Ikhlas

Surah Al-Ikhlas mengandung beberapa pengajaran yang sangat penting bagi umat Islam. Berikut adalah beberapa di antaranya:

1. Konsep Tauhid

Surah Al-Ikhlas menegaskan konsep Tauhid iaitu keesaan dan kesucian Allah. Ini adalah dasar iman dalam Islam yang penting dan mengajarkan umat Islam untuk menegakkan keyakinan yang kuat dalam keesaan Allah serta menolak segala bentuk kesyirikan.

2. Penolakan Terhadap Penyekutuan Allah

Surah ini dengan tegas menolak segala bentuk penyekutuan atau kesyirikan dengan Allah. Ini mengajarkan umat Islam untuk menghindari segala bentuk pengabdian atau amalan selain kepada Allah dan untuk menjauhi segala bentuk kesyirikan.

3. Allah Tiada Bandingan

Surah ini menegaskan ketidakbandingan Allah dengan makhluk-Nya. Ini mengajarkan umat Islam untuk tidak mempersekutukan Allah dengan sesuatu atau siapapun, karena tidak ada yang setara atau serupa dengan-Nya.

4. Ketaatan kepada Ajaran Agama Islam

Surah Al-Ikhlas mengajarkan pentingnya ketaatan kepada ajaran agama Islam. Dengan memahami dan mengamalkan ajaran surah ini, umat Islam diajarkan untuk hidup sesuai dengan prinsip-prinsip tauhid dalam segala aspek kehidupan. 

Sumber:

  1. Quran.com
  2. Tafsir surah al ikhlas 
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut