Surah Ad Dhuha Rumi, Terjemahan & Ringkasan Intipati

surah ad dhuha
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Surah Ad Dhuha Rumi,Terjemahan & Ringkasan Intipati

Surah Ad Dhuha adalah merupakan surah yang ke-93 di dalam Al Quran dan mempunyai 11 ayat pendek yang mudah dihafal. 

Berikut dikongsikan mengenai bacaan Surah Ad Dhuha dalam rumi, terjemahannya dan ringkasan intipati surah ini. 

BACA JUGA: Surah Ar-Rahman – Bacaan, Terjemahan & Ringkasan Intipati

Surah Ad Dhuha

Nama surah ini diambil daripada perkataan “Ad-Dhuha” yang terdapat pada ayat pertama. Ad Dhuha bermaksud ““waktu matahari sepenggalahan naik”, iaitu pada waktu solat dhuha didirikan

Surah ini termasuk dalam kumpulan surah-surah Makkiyyah dan diturunkan sesudah surah Al-Fajr.

Bacaan Surah Ad Dhuha – Rumi & Terjemahan

1

waḍ-ḍuḥā

Demi waktu dhuha


2

wal-laili iżā sajā

Dan malam apabila ia sunyi-sepi –


3

mā wadda‘aka rabbuka wa mā qalā

(Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).


4

wa lal-ākhiratu khairul laka minal-ūlā

Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.


5

Surah ad dhuha ayat 5

wa lasaufa yu‘ṭīka rabbuka fa tarḍā

Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda – berpuas hati.


6

Surah ad dhuha ayat 6

alam yajidka yatīman fa āwā

Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan?


7

Surah ad dhuha ayat 7

wa wajadaka ḍāllan fa hadā

Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu – Al-Quran)?


8

Surah ad dhuha ayat 8

wa wajadaka ‘ā’ilan fa agnā

Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan?


9

Surah ad dhuha ayat 9

fa ammal-yatīma fa lā taq-har

Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya


10

Surah ad dhuha ayat 10

wa ammas-sā’ila fa lā tanhar

Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik,


11

Surah ad dhuha ayat 11

wa ammā bini‘mati rabbika fa ḥaddiṡ

Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.

Rujuk: https://quran.com/ms

Ringkasan Intipati Surah

Secara ringkasnya, surah ini menerangkan tentang bimbingan pemeliharaan Allah SWT terhadap Nabi Muhammad SAW dengan cara yang tak putus-putusnya. 

Selain itu, ia turut mengandungi perintah kepada Nabi supaya mensyukuri segala nikmat itu dan larangan berkasar kepada anak yatim. 

  • Allah sekali-kali tidak akan meninggalkan Nabi Muhammad SAW
  • Isyarat dari Allah bahwa kehidupan Nabi Muhammad SAW dan dakwahnya akan bertambah baik dan berkembang.
  • Larangan menghina anak yatim dan mengherdik orang-orang yang minta-minta
  • Perintah menyebut-nyebut nikmat yang diberikan Allah sebagai tanda bersyukur.

Kelebihan Surah Ad Dhuha

Berikut adalah antara beberapa kelebihan membaca Surah Ad Dhuha: 

1. Setiap Huruf Mendapat Sepuluh Ganjaran Pahala

Daripada Ibnu Mas’ud RA ia berkata:

“Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada Al-Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud: Alif, Lam, Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.” 

– (Hadis Ibnu Mas’ud ini direkodkan oleh Ad-Darimi Tirmizi dalam Sunan Tirmizi, Kitab Abwab Fadhail Al-Quran, No hadith 2910, status hadith ini hasan sahih)

2. Dipelihara Keselamatan Bagi Diri, Dan Keluarga Di Dunia 

Sesiapa yang mengamalkan membaca surah Ad-Dhuha ketika terbit matahari dan ketika terbenam matahari sebanyak 7 kali, akan selamat bagi dirinya, anak-anaknya, dan keluarganya dari empat perkara. 

Empat perkara itu adalah yang pertama musibah, sihir, binatang buas, dan rumahnya selamat dari kecurian. 

3. Melatih Diri Untuk Sentiasa Bersyukur Dengan Segala Nikmat 

Dalam ayat kesebelas surah Ad-Dhuha, Allah menyatakan bahawa;

“Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.”

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut