Suku kata tertutup ialah suku kata yang berakhir dengan konsonan dalam bahasa Melayu. Ia mempunyai struktur yang terdiri daripada huruf vokal (V) diikuti oleh konsonan (K) atau gabungan konsonan, seperti bentuk VK, VKK atau KVK.
Bagi anda yang berminat untuk mengetahui lebih lagi tentang suku kata jenis ini, pastikan anda terus bersama kami sehingga ke penghujung artikel ini.
Apa itu Suku Kata Tertutup?
Suku kata dalam bahasa Melayu merujuk kepada unit bunyi terkecil yang membentuk sesuatu perkataan. Setiap suku kata mengandungi sekurang-kurangnya satu vokal (huruf vokal: a, e, i, o, u) dan boleh diikuti atau didahului oleh konsonan (huruf konsonan: b, c, d, dst.).
Suku kata ini merupakan asas penting dalam pembentukan perkataan dan memainkan peranan besar dalam sebutan serta ejaan bahasa Melayu. Suku kata boleh dibahagikan kepada beberapa jenis berdasarkan strukturnya.
Salah satu jenisnya adalah suku kata tertutup. Suku kata jenis ini berakhir dengan konsonan dalam bahasa Melayu. Ia mempunyai struktur yang terdiri daripada huruf vokal diikuti oleh konsonan atau gabungan konsonan, seperti bentuk VK, VKK atau KVK.
Jenis Suku Kata Tertutup
Berdasarkan struktur konsonan di hujung suku kata, suku kata tertutup boleh dibahagikan kepada beberapa jenis utama:
- Suku Kata VK (Vokal + Konsonan)
- Berakhir dengan satu konsonan.
- Contoh: er (dalam erti), om (dalam ombak).
- Suku Kata VKK (Vokal + Gabungan Konsonan)
- Berakhir dengan dua konsonan atau konsonan berganding.
- Contoh: ang (dalam angkasawan), eks (dalam eksperimen).
- Suku Kata KVK (Konsonan + Vokal + Konsonan)
- Diawali dan diakhiri dengan konsonan.
- Contoh: bak (dalam tembak), sem (dalam sempurna).
- Suku Kata KKVK (Konsonan + Konsonan + Vokal + Konsonan)
- Diawali, diikuti dan diakhiri dengan konsonan.
- Contoh: stan (dalam standard), prem
Contoh Ayat
Berikut adalah beberapa contoh ayat yang menggunakan perkataan dengan suku kata tertutup:
- Suku Kata VK:
- Ali mencari erti bagi kata ‘eksperimen’ dalam kamus bahasa Melayu.
- Saya membeli tiket untuk menonton wayang.
- Suku Kata VKK:
- Eksperimen yang dijalankan Dr. Jalal gagal di tengah jalan.
- Pekerja itu angkut kotak-kotak berat.
- Suku Kata KVK:
- Adik Ali belum balik, walaupun jam sudah pukul tujuh.
- Pintu rumah itu telah dipecahkan penyamun.
- Suku Kata KKVK:
- Traktor rosak itu tersidai di tepi jalan.
- Salmah tinggal di blok A
Nota Ringkas
Berikut adalah nota ringkas berkenaan suku kata jenis ini:
Contoh Latihan
Berikut adalah beberapa latihan yang telah dikongsikan di Facebook Bahan Prasekolah untuk membantu anak-anak anda memahami dan mengenal pasti suku kata tertutup:
Baca juga: Suku Kata Terbuka: Nota, Contoh Ayat & Latihan