Suku kata terbuka ialah unit bunyi terkecil yang sekurang-kurangnya mengandungi satu huruf vokal dan boleh diikuti atau didahului dengan huruf konsonan, tetapi HARUS berakhir dengan huruf vokal.
Berikut kami kongsikan dengan anda, nota ringkas dan penerangan berkenaan suku kata jenis ini. Pastikan anda baca sehingga ke penghujung artikel untuk mengetahui lebih lagi.
Definisi Suku Kata Terbuka
Suku kata dalam bahasa Melayu merujuk kepada unit bunyi terkecil yang membentuk sesuatu perkataan. Setiap suku kata mengandungi sekurang-kurangnya satu vokal ( a, e, i, o, u) dan boleh diikuti atau didahului oleh konsonan ( b, c, d, f, g, dam lain-lain).
Suku kata ini terbahagi kepada dua jenis, dan salah satu daripadanya ada suku kata terbuka yang diakhiri dengan bunyi vokal. Berikut merupakan ciri-ciri suka kata jenis ini, yang membezakannya dengan suku kata tertutup:
- Berakhir dengan vokal
- Suku kata terbuka selalu diakhiri oleh bunyi vokal, bukan konsonan.
- Jumlah huruf genap
- Biasanya, jumlah huruf dalam suku kata terbuka adalah genap. Contohnya kata “roti” (r-o-t-i) mempunyai 4 huruf, genap.
- Contoh pola suku kata
- KV, VKV, KVKV, dan seterusnya, di mana huruf terakhir adalah vokal.
Struktur/Jenis Suku Kata Terbuka
Suku kata jenis ini boleh dibahagikan kepada beberapa jenis berdasarkan struktur konsonan dan vokalnya:
- V (Vokal Sahaja)
- Suku kata ini hanya mengandungi satu vokal tanpa konsonan, seperti “a” atau “i”. Contohnya, perkataan aku mempunyai suku kata “a” dan “ku”.
- KV (Konsonan + Vokal)
- Suku kata ini bermula dengan konsonan diikuti vokal, seperti “ba”, “si”, atau “to”.
- KVKV (Konsonan + Vokal+Konsonan + Vokal)
- Suku kata ini bermula dengan konsonan diikuti vokal, dan disambung lagi dengan konsonan sebelum berakhir dengan vokal seperti [bu]+[ku], dalam perkataan buku.
Contoh Kata & Ayat
Berikut beberapa contoh suku kata terbuka beserta contoh ayat:
Contoh Suku Kata Terbuka | Contoh Ayat |
Ba + ca (Baca) | Saya baca buku. |
Bo + la (Bola) | Saya suka bermain bola. |
Ba + ju (Baju) | Ibu menggosok baju. |
Be + ca (Beca) | Saya menaiki beca. |
Da + du (Dadu) | Kami bermain dam bersama dadu. |
Fe + ri (Feri) | Kami sekeluarga menaiki feri. |
Ci + li (Cili) | Ibu sedang menumbuk cili. |
Ce + ri (Ceri) | Adik suka makan buah ceri. |
Fo + to (Foto) | Abang mengambil foto saya. |
Gi + gi (Gigi) | Adik berus gigi setiap pagi. |
Contoh Latihan
Berikut merupakan beberapa latihan yang boleh anak-anak anda cuba bagi menguatkan lagi kemampuan mereka dalam mengeja suku kata. Latihan ini dikongsikan di Facebook Brainy Smart NUR:
Nota Ringkas
Bagi anda yang memerlukan nota ringkas berkenaan suku kata jenis ini, anda boleh memuat turun infografik yang telah kami sediakan di bawah: