Subjek dan Predikat: Maksud & Contoh Ayat

subjek dan predikat
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Di dalam binaan ayat, sesuatu ayat yang lengkap mestilah mempunyai subjek dan predikat bagi memastikan ayat tersebut menjadi lengkap.

Namun, adalah penting untuk murid memahami maksud subjek dan juga predikat bagi memastikan ayat yang dibina adalah betul dan tepat.

Maksud Subjek & Predikat

Subjek merupakan konstituen dalam sesuatu yang terdiri daripada konstituen sama ada terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan, yang bersifat frasa nama dan menjadi judul atau unsur yang diterangkan.

Lazimnya, subjek terdiri daripada frasa nama yang boleh terdiri daripada kata nama am, kata nama khas, kata nama terbitan. kata ganti nama diri, dan kata ganti nama tunjuk.

Predikat pula merupakan kumpulan perkataan yang tergolong dalam satu frasa dan menjadi unsur yang menerangkan subjek.

Ianya terdiri daripada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama.

Contoh Subjek Dalam Ayat

Untuk memahami subjek dengan lebih mendalam, berikut merupakan contoh yang boleh menjadi panduan.

i- Kata Nama Am Sebagai Subjek

SubjekPredikat
Buku ituamat menarik.
Pelajar itu sangat pintar.

ii- Kata Nama Khas Sebagai Subjek

SubjekPredikat
Mahmudguru yang amanah.
Hotel Grand Continentalberhampiran di Muzium Negara.

iii- Kata Nama Terbitan Sebagai Subjek

SubjekPredikat
Masakan ibusedap.
Penderitaan orang itu mendapat simpati orang ramai.

iv- Kata Ganti Nama Sebagai Subjek

SubjekPredikat
Dia sedang mendengar radio.
Merekaseronok bermain bola sepak.

v- Kata Ganti Nama Tunjuk Sebagai Subjek

SubjekPredikat
Iturumah saudara saya.
Itukereta ayah saya.

vi- Kata Kerja Yang Berfungsi Sebagai Subjek

SubjekPredikat
Bersenamdapat menyihatkan badan.
Melukismerupakan hobi saya.

vii- Kata Adjektif Yang Berfungsi Sebagai Subjek

SubjekPredikat
Putihlambang kesucian.
Masinmakanan di kedai itu.

Contoh Predikat Dalam Ayat

Contoh predikat di dalam sesebuah ayat adalah seperti berikut:

i- Predikat Frasa Nama

SubjekPredikat
Harimausejenis haiwan.
Majalah itukepuyanaan saya.

ii- Predikat Frasa Kerja

SubjekPredikat
Budak itumandi di sungai.
Gurusedang mengajar subjek Matematik.

iii- Predikat Frasa Adjektif

SubjekPredikat
Rumah Esahsangat besar.
Bunga Mawarsangat wangi.

iv- Predikat Frasa Sendi Nama

SubjekPredikat
Telefon ituada atas meja.
Pak Cik Amindari pasar.

Baca juga: Rumusan Buku Cerita Untuk NILAM: Tips dan Panduan

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Artikel berkaitan: