STR Fasa 4 : Semakan Status, Tarikh & Jumlah Bayaran (2025)

STR Fasa 4 2025
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2025 : SEMAKAN STATUS PENERIMA BAYARAN STR FASA 4 & JUMLAH BAYARAN YANG DITERIMA

Bilakah bayaran STR Fasa 4 akan dibuat? Untuk makluman anda, bayaran STR Fasa keempat ini akan disalurkan pada bulan November.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang pembayaran STR Fasa 4 bagi kategori yang layak serta jumlah bayaran yang akan diterima bagi fasa akhir untuk tahun 2025 ini.

Pengenalan

peruntukan str 2025

STR adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.

Bagi tahun 2025, bantuan ini telah ditambahbaik dengan mewujudkan (SARA) Sumbangan Asas Rahmah, iaitu bantuan bulanan / tambahan khusus untuk golongan miskin, miskin tegar, B40 dan M40.

Kaedah Pembayaran

Wang bantuan STR akan diberikan kepada penerima yang layak melalui salah satu kaedah berikut mengikut tarikh jadual bayaran STR yang telah diumumkan secara rasmi:

  • Pengkreditan ke akaun bank Pemohon / Pasangan
  • Penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)

Pastikan anda telah membuat semakan status kelayakan melalui laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (https://bantuantunai.hasil.gov.my) sebelum datang ke kaunter untuk tujuan penunaian.

Tarikh & Jumlah Bayaran STR Fasa 4

Tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah bagi Fasa ke-4 adalah pada November 2025.

Tarikh bayaran STR bagi fasa 1, 2, 3 dan 4 bagi tahun 2025 adalah :

  • Fasa 1 : 22 Januari 2025
  • Fasa 2 : April 2025
  • Fasa 3 : Ogos 2025
  • Fasa 4 : November 2025

Mereka yang bekeluarga akan menerima RM150 hingga RM700. Warga emas pula RM150. Manakala golongan Bujang akan menerima RM100

Kerajaan juga akan menyalurkan bantuan tunai tambahan ‘one-off’ SARA kepada 8 juta penerima STR yang bukan daripada kumpulan miskin dan miskin tegar mengikut kaedah pembayaran STR mulai Disember 2025 secara berperingkat.

Jumlah Bayaran Setiap Kategori

Berikut dikongsikan jumlah baki bayaran STR tahun 2025 mengikut setiap kategori:

Isi Rumah Pendapatan RM2500 dan Kebawah

Bilangan AnakKelayakan Maksimum (RM)Fasa 1 (RM)Fasa 2 (RM)Fasa 3 (RM)Fasa 4 (RM)
0 1000500150150200
1 > 21500500300350350
3 > 42000500500500500
5 atau lebih2500500650650700

Isi Rumah Pendapatan RM2501 ke RM5000

Bilangan AnakKelayakan Maksimum (RM)Fasa 1 (RM)Fasa 2 (RM)Fasa 3 (RM)Fasa 4 (RM)
0 500100100150150
1 > 2750150200200200
3 > 41000250250250250
5 atau lebih1250300300300350

Warga Emas Tiada Pasangan

Kelayakan Maksimum (RM)Fasa 1 (RM)Fasa 2 (RM)Fasa 3 (RM)Fasa 4 (RM)
600150150150150

Bujang 21 ke 59 Tahun

Kelayakan Maksimum (RM)Fasa 1 (RM)Fasa 2 (RM)Fasa 3 (RM)Fasa 4 (RM)
35010010050100
str fasa 4

Tarikh Pembayaran Tunai Melalui BSN

Penerima sedia ada yang tiada akaun bank boleh mengambil pembayaran tunai mereka mulai November 2025.

Notis terkini oleh BSN akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Cara Semakan Status Bayaran STR Fasa 4

Semakan status boleh dibuat melalui pautan berikut:
https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Sila rujuk panduan melalui infografik di bawah:

  1. Klik log masuk MySTR
  2. Masukkan nombor Mykad pemohon
  3. Pengesahan kata kunci keselamatan
  4. Maklumat yang akan dipaparkan :
    • Nama pemohon
    • No Mykad pemohon
    • Status permohonan
    • Maklumat pembayaran Fasa 1 (jika layak)
  5. Klik menu Semakan Pembayaran Fasa 1
  6. Masukkan kata laluan

Disertakan contoh paparan yang akan dilihat pada laman web semakan.

str fasa 4 2024

Oleh kerana permohonan STR 2025 telah dibuka, anda perlu menekan butang STR 2025 untuk melihat status pembayaran terkini Fasa 4.

str fasa 4 2024

Untuk mengetahui jumlah bayaran yang akan diterima bagi Fasa 4, anda boleh tolakkan amaun kelulusan dan jumlah yang telah dibayar. Bakinya itu adalah bayaran yang akan diterima untuk fasa akhir ini, iaitu Fasa 4.

Tarikh Bayaran STR Fasa 4 (2025)

Tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah bagi Fasa ke-4 adalah pada November 2025.

Dapatkan voucher dan pelbagai barangan Jualan Rahmah untuk membantu anda berjimat setiap bulan.

Lupa Kata Laluan STR

Untuk makluman, segala maklumat asal BKM telah tersedia ada dalam akaun MYSTR.

Oleh itu, untuk login ke akaun STR, anda perlu menggunakan kata laluan seperti dalam Portal BKM dahulu.

Log Masuk MySTR memerlukan No Mykad dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.

Berikut adalah langkah yang perlu anda lakukan jika mengalami masalah terlupa password BKM yang terdahulu:

  1. Layari laman web STR di pautan
  2. Klik “Terlupa Kata Laluan
  3. Masukkan nombor MyKad 12 digit dan klik “Semak”.
  4. Masukkan e-mel yang didaftarkan & klik “Seterusnya”.
  5. Semak sekiranya kata kunci keselamatan adalah betul, kemudian klik “Ya”.
  6. Jawab soalan keselamatan yang diberikan dan klik “Seterusnya”.
  7. Masukkan kata laluan dan baru dan pengesahan kata laluan. Kemudian, klik “Tukar Kata Laluan”.
  8. Anda akan menerima notifikasi Penukaran ID pemohon telah berjaya.

Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.

Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan, sila rujuk :

Baca juga:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut