STR Fasa 2 2024 : Semakan Status, Tarikh Bayaran & Jumlah Bayaran Kategori Bujang, Keluarga
TERKINI: Kementerian Kewangan akan membuat pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 pada 3 April ini kepada semua penerima yang berdaftar menerusi pangkalan data bantuan berkenaan.
Perkara ini dimaklumkan oleh Perdana Menteri, DS Anwar Ibrahim ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Bulanan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri di sini tadi.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang bayaran STR Fasa 2 untuk makluman semua.
Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2
Kerajaan dengan pimpinan Perdana Menteri sebelum ini ada melaksanakan skim bantuan yang dikenali sebagai BSH, BKM, BPN, BPR.
Namun, pada 16 Januari 2023, Perdana Menteri mengumumkan penjenamaan semula bantuan ini sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2024).
Kerajaan menyalurkan sumbangan tunai kepada golongan B40 menerusi program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berjumlah sehingga RM3,100.
STR akan membantu meringankan beban sara hidup 8.7 juta penerima dengan peruntukan disediakan hampir RM8 bilion.
Tarikh Bayaran STR Fasa 2
TERKINI : Tarikh bayaran STR Fasa 2 adalah mulai 3 April 2024 (Rabu).
Perkara ini dimaklumkan oleh Perdana Menteri dalam Majlis Perjumpaan Bulanan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri, di mana Kementerian Kewangan juga telah mengeluarkan kenyataan media rasmi.
Sebelum ini, LHDN turut memaklumkan bahawa Penerima Bayaran Fasa 2 adalah merujuk kepada penerima Fasa 1 yang telah disemak silang dengan data kematian pemohon dan pasangan sehingga 28 Februari.
Ini bermaksud, permohonan baharu dan kemaskini STR yang bukan penerima Fasa 1 dan Fasa 2, bayaran akan dilakukan pada Fasa 3 kepada penerima STR yang layak.
Semakan Jumlah Bayaran STR Fasa 2
Kadar bayaran STR Fasa 2 adalah seperti yang telah ditetapkan bagi tahun 2024 seperti yang berikut:
- KATEGORI ISI RUMAH
- Pendapatan RM0 – RM2500
- 0 anak : RM150
- 1-2 anak : RM300
- 3-4 anak : RM500
- 5 anak / lebih : RM650
- Pendapatan RM2501 – RM5000
- 0 anak : RM100
- 1-2 anak : RM200
- 3-4 anak : RM250
- 5 anak / lebih : RM300
- Pendapatan RM0 – RM2500
- KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN (Umur 60 tahun dan ke atas)
- Pendapatan RM0 – RM5000 : RM150
- KATEGORI BUJANG (Umur 21 hingga 59 tahun) & OKU (Umur 19 hingga 59 tahun)
- Pendapatan RM0 – RM2500 : RM100
*Sila rujuk jadual terperinci dalam lampiran soalan lazim yang telah dikemaskini di bawah:
Kadar tambahan STR diperkasa melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan pembelian tanpa tunai kepada semua penerima STR 2024 seperti berikut:
TERKINI : Notis Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 BSN
Kaedah pembayaran STR
- Kaedah pembayaran STR adalah seperti berikut:
- Kredit ke Akaun Bank
- Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan.
- Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
- Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:
- Tiada maklumat akaun bank
- Status pengkreditan gagal kredit
Cara Semakan Status STR Fasa 2
Semakan status STR boleh dibuat melalui pautan berikut:
https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Sila rujuk panduan melalui infografik di bawah untuk semakan STR:
- Klik log masuk MySTR
- Masukkan nombor Mykad pemohon
- Pengesahan kata kunci keselamatan
- Maklumat yang akan dipaparkan :
- Nama pemohon
- No Mykad pemohon
- Status permohonan
- Maklumat pembayaran Fasa 2 (jika layak)
- Klik menu Semakan Pembayaran Fasa 2
- Masukkan kata laluan
Disertakan contoh paparan yang akan dilihat pada laman web semakan.
Untuk mengetahui sama ada wang anda telah dikreditkan, sila klik di butang MAKLUMAT BAYARAN.
Anda akan mendapati paparan seperti berikut:
Sila rujuk STATUS KREDIT. Jika dinyatakan DALAM PROSES PENGKREDITAN, bermakna bantuan tunai tersebut dalam proses untuk dikreditkan ke dalam akaun anda.
SOALAN LAZIM BERKAITAN TIDAK LULUS STR 2024 FASA 2 & RAYUAN
- SOALAN : Saya telah membuat permohonan Baharu STR 2024 pada November 2023 bagi kategori Bujang dan permohonan tersebut telah Lulus. Berapakah amaun bayaran yang akan diterima?
- JAWAPAN : Amaun bayaran yang akan diterima adalah mengikut amaun bagi setiap fasa permohonan. Jika Permohonan STR Lulus pada permohonan fasa 1 maka anda akan menerima bayaran STR fasa 1 sebanyak RM100 dan diikuti dengan bayaran bagi fasa seterusnya. Rujuk Jawapan bagi Soalan 3 (c)
- SOALAN : Saya telah membuat permohonan Baharu STR kategori Bujang pada Mac 2024 dan permohonan tersebut telah lulus. Berapakah amaun bayaran yang akan diterima?
- JAWAPAN : Kelayakan STR 2024 tidak akan mengambil kira bayaran sebelum permohonan diluluskan. Anda hanya akan menerima amaun bayaran bermula daripada fasa 3 dan fasa 4 sahaja.
- SOALAN : Permohonan STR 2024 saya berstatus Tidak Lulus dan saya telah membuat Permohonan Rayuan pada April 2024. Permohonan Rayuan tersebut telah Lulus bagi kategori Isi Rumah dengan pendapapatan RM2,500 dan ke bawah, berapakah amaun bayaran yang akan diterima?
- JAWAPAN : Kelayakan STR 2024 tidak akan mengambil kira bayaran sebelum permohonan diluluskan. Anda akan menerima amaun bayaran bermula daripada fasa 3 dan fasa 4 sahaja.
- SOALAN : Saya telah Lulus Permohonan STR 2024 bagi kategori bujang dan telah berkahwin pada April 2024. Saya telah membuat rayuan tambahan pada bulan Mei 2024 dan diluluskan dengan kategori Isi Rumah mulai bayaran fasa 3. Berapakah amaun yang akan saya terima untuk fasa seterusnya? (bujang – kahwin)
- Amaun yang akan diterima berubah mengikut kategori Isi Rumah. Perubahan amaun ini akan berlaku untuk fasa 3 dan fasa 4 sahaja. Jadual pembayaran adalah seperti berikut:
- FASA 1 : RM100 (berdasarkan kadar bayaran fasa 1 kategori Bujang)
- FASA 2 : RM100 (berdasarkan kadar bayaran fasa 2 kategori Bujang
- FASA 3 : Amaun bayaran akan dikemas kini dari semasa ke semasa (berdasarkan kadar bayaran fasa 3 kategori Isi Rumah)
- FASA 4 : Amaun bayaran akan dikemas kini dari semasa ke semasa (berdasarkan kadar bayaran fasa 4 kategori Isi Rumah)
- Amaun yang akan diterima berubah mengikut kategori Isi Rumah. Perubahan amaun ini akan berlaku untuk fasa 3 dan fasa 4 sahaja. Jadual pembayaran adalah seperti berikut:
- SOALAN : Saya telah Lulus Permohonan STR 2024 kategori Isi Rumah tiada maklumat anak berpendapatan RM2,500 dan ke bawah dan telah mengemas kini maklumat anak pada bulan Februari 2024 dan diluluskan dengan kategori Isi Rumah dengan tambahan anak mulai bayaran fasa 2. Berapakah amaun bayaran yang akan saya terima?
- JAWAPAN : Anda akan menerima amaun bayaran bagi fasa 2, fasa 3 dan fasa 4 mengikut kategori kelayakan terkini seperti jadual di bawah:
- FASA 1 : RM500 (berdasarkan kadar bayaran fasa 1 kategori Isi Rumah : Anak 0)
- FASA 2 : RM300 (berdasarkan kadar bayaran fasa 2 kategori Isi Rumah : Anak ≥1)
- FASA 3 : Amaun bayaran akan dikemas kini dari semasa ke semasa (berdasarkan kadar bayaran fasa 3 kategori Isi Rumah : Anak ≥1)
- FASA 4 : Amaun bayaran akan dikemas kini dari semasa ke semasa (berdasarkan kadar bayaran fasa 4 kategori Isi Rumah : Anak ≥1)
- JAWAPAN : Anda akan menerima amaun bayaran bagi fasa 2, fasa 3 dan fasa 4 mengikut kategori kelayakan terkini seperti jadual di bawah:
- SOALAN : Permohonan STR saya Lulus STR 2024 Kategori Isi Rumah berpendapatan RM2,500 dan ke bawah dengan bilangan anak 1 – 2 orang. Anak ketiga saya telah lahir pada bulan Mei 2024, saya telah mengemas kini maklumat anak pada Julai 2024 dan diluluskan dengan kategori Isi Rumah dengan tambahan anak mulai bayaran fasa 4. Berapakah amaun bayaran yang akan saya terima?
- JAWAPAN : Anda akan menerima amaun bayaran fasa 4 sahaja sahaja mengikut kategori kelayakan seperti jadual di bawah:
- FASA 1 : RM500 (berdasarkan kadar bayaran fasa 1 kategori Isi Rumah : Anak 1-2)
- FASA 2 : RM300 (berdasarkan kadar bayaran fasa 2 kategori Isi Rumah : Anak 1-2)
- FASA 3 : Amaun bayaran akan dikemas kini dari semasa ke semasa (berdasarkan kadar bayaran fasa 3 kategori Isi Rumah : Anak 1-2)
- FASA 4 : Amaun bayaran akan dikemas kini dari semasa ke semasa (berdasarkan kadar bayaran fasa 4 kategori Isi Rumah : Anak 3-4)
- JAWAPAN : Anda akan menerima amaun bayaran fasa 4 sahaja sahaja mengikut kategori kelayakan seperti jadual di bawah:
- SOALAN : Saya telah Lulus STR 2024 kategori Ibu Bapa Tunggal (IBT) / Bujang tiada maklumat anak. Saya telah menambah maklumat anak pada Januari 2024 dan diluluskan dengan kategori Isi Rumah dengan tambahan anak mulai bayaran fasa 2. Berapakah amaun bayaran yang akan saya terima?
- JAWAPAN : Amaun yang akan diterima berubah mengikut kategori Isi Rumah. Perubahan amaun ini akan berlaku untuk fasa 2, fasa 3 dan fasa 4 sahaja seperti jadual di bawah:
- FASA 1 : RM100 (berdasarkan kadar bayaran fasa 1 kategori Bujang)
- FASA 2 : RM300 (berdasarkan kadar bayaran fasa 2 kategori Isi Rumah : Anak ≥1)
- FASA 3 : Amaun bayaran akan dikemas kini dari semasa ke semasa (berdasarkan kadar bayaran fasa 3 kategori Isi Rumah : Anak ≥1)
- FASA 4 : Amaun bayaran akan dikemas kini dari semasa ke semasa (berdasarkan kadar bayaran fasa 4 kategori Isi Rumah : Anak ≥1)
- JAWAPAN : Amaun yang akan diterima berubah mengikut kategori Isi Rumah. Perubahan amaun ini akan berlaku untuk fasa 2, fasa 3 dan fasa 4 sahaja seperti jadual di bawah:
- SOALAN : Saya telah lulus permohonan STR 2024 pada bulan Mei 2024 dan telah menerima bayaran bagi fasa 3. Adakah saya juga akan menerima bayaran bagi fasa 1 dan fasa 2?
- JAWAPAN : Tidak. Kelayakan STR 2024 tidak akan mengambil kira bayaran sebelum permohonan diluluskan. Anda hanya layak menerima bayaran fasa 3 dan fasa 4 sahaja kerana permohonan dikemukakan pada bulan Mei 2024 iaitu setelah pembayaran fasa 2 berlaku. Oleh itu, bayaran yang akan diperolehi hanyalah bagi fasa 3 dan fasa 4 sahaja.
- SOALAN : Sekiranya saya ingin mendapatkan bayaran STR 2024 bermula daripada fasa 1, bilakah saya perlu membuat permohonan?
- JAWAPAN : Anda perlu membuat Permohonan STR 2024 dalam tempoh 1 November 2023 hingga 30 November 2023 dan permohonan tersebut mestilah berstatus Lulus bagi memastikan anda menerima bayaran STR mulai fasa 1 hingga fasa 4.
Lupa Kata Laluan STR
Untuk makluman, segala maklumat asal BKM telah tersedia ada dalam akaun MYSTR.
Oleh itu, untuk login ke akaun STR, anda perlu menggunakan kata laluan seperti dalam Portal BKM dahulu.
Log Masuk MySTR memerlukan No Mykad dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.
Berikut adalah langkah yang perlu anda lakukan jika mengalami masalah terlupa password BKM yang terdahulu:
- Layari laman web STR di pautan
- Klik “Terlupa Kata Laluan“
- Masukkan nombor MyKad 12 digit dan klik “Semak”.
- Masukkan e-mel yang didaftarkan & klik “Seterusnya”.
- Semak sekiranya kata kunci keselamatan adalah betul, kemudian klik “Ya”.
- Jawab soalan keselamatan yang diberikan dan klik “Seterusnya”.
- Masukkan kata laluan dan baru dan pengesahan kata laluan. Kemudian, klik “Tukar Kata Laluan”.
- Anda akan menerima notifikasi Penukaran ID pemohon telah berjaya.
Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.
Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.
Orang awam dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dengan pautan yang tidak sahih oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi merujuk informasi dan semakan mengenai program STR.
Maklumat Lanjut
SOALAN LAZIM STR FASA 2 (DIKEMASKINI 1 APRIL 2024)
Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan, sila rujuk :
- Laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- SOALAN LAZIM FAQ STR 2024
- Hotline STR LHDNM
- Hotline STR MoF
- Talian Bantuan Khas Kerajaan Cawangan LHDNM