STAMPS LHDN – Cara Beli Duti Setem & Cetak Sijil Setem Online

sijil setem hasil stamps
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Pembayaran duit setem LHDN kini lebih mudah dengan menggunakan sistem dalam talian yang dikenali sebagai STAMPS.

STAMPS merupakan singkatan atau akronim bagi “Stamp Assessment And Payment System” atau Sistem Taksiran dan Pembayaran Duti Setem.

STAMPS bukanlah baru sebenarnya kerana telah diperkenalkan oleh pihak LHDN untuk urusan pembayaran duti setem sejak tahun 2012 lagi.

Selain itu, tahukah anda, setem HASiL Tidak Sah digunakan semenjak 1 Januari 2024 dan ia telah digantikan dengan Sijil Setem yang boleh dicetak sendiri secara online.

Jom kami kongsikan lebih lanjut tentang info ini bagi anda yang ingin mendapatkan sijil setem atau setem hasil.

Apakah Sistem STAMPS LHDN?

Walaupun sistem STAMPS ini telah wujud setahun tahun 2012, namun pada peringkat awal pengenalannya, sistem ini khas untuk kegunaan sesetengah pihak sahaja antaranya syarikat, perbankan, firma guaman, agensi dan perniagaan yang berdaftar sahaja.

Namun, bermula 1 Julai 2021, sistem STAMPS ini boleh digunakan dan dimanfaatkan oleh orang awam untuk semua urusan taksiran dan bayaran duti setem.

Penggunaan STAMPS ini adalah bagi menggantikan Sistem Frangki Digital 2.0 (DFS 2.0) yang digunakan sebelum ini di semua Pejabat Setem Cawangan (PSC), Pejabat Satelit, Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Pusat Transformasi Bandar (UTC).

stamps lhdn

Kenapa guna STAMPS ?

  • Mudah dicapai di mana sahaja dan pada setiap masa
  • Menjimatkan masa memproses surat cara/dokumen
  • Proses penyeteman dan penyimpanan data lebih sistematik
  • Data selamat dan terjamin
  • Mengurangkan kos pergerakkan dokumen
  • Semakan status pada bila-bila masa
  • Pelbagai cara bayaran

Pendaftaran Pengguna STAMPS LHDN

STAMPS merupakan perkhidmatan dalam talian yang boleh diakses oleh sesiapa sahaja pada bila-bila masa asalkan anda mempunyai sambungan internet.

Untuk pendaftaran, pengguna boleh melayari laman web rasm STAMPS di alamat https://stamps.hasil.gov.my/stamps/.

Pengguna boleh melakukan urusan taksiran dan bayaran duti setem sebaik sahaja pendaftaran diluluskan oleh pihak LHDN.

Untuk mengelakkan sebarang masalah, pastikan pengguna mendaftarkan akaun mereka dengan betul sama ada sebagai Ejen STAMPS (Ejen) atau Individu STAMPS (Individu). 

Pendaftaran ID Pengguna Baru Setem

1. Permohonan melalui STAMPS dibenarkan kepada pengguna yang berdaftar sahaja. Pengguna STAMPS terdiri daripada beberapa kategori iaitu Firma Guaman, Bank, Syarikat Insurans, Ejen dan Individu.

2. Dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran ID baru adalah seperti berikut :

Kategori PenggunaDokumen Yang Perlu Dilampirkan
Firma Guaman– Salinan kad pengenalan pemohon
– Surat pemakluman penubuhan Firma Guaman dari Majlis Peguam (Semenanjung) atau surat pemakluman daripada Timbalan Pendaftar Mahkamah / Borang 1/Sijil Pendaftaran Nama-nama Perniagaan bagi Negeri Sabah/Sarawak
Bank– Salinan kad pengenalan pemohon
– Salinan surat kelulusan operasi cawangan bank dari BNM
– Surat kuasa melantik pegawai mewakili pihak bank
Syarikat Insurans– Salinan kad pengenalan pemohon
– Salinan sijil pendaftaran syarikat daripada ROB atau ROC
– Surat kuasa melantik pegawai mewakili syarikat insurans
Ejen/Lain-lain(Jika ada)– Salinan kad pengenalan pemohon
– Salinan sijil pendaftaran syarikat daripada ROB atau ROC
– Surat kuasa melantik pegawai mewakili syarikat
IndividuUntuk pendaftaran ID Individu STAMPS, pemohon perlulah mempunyai Nombor Pengenalan Cukai / Tax Identification Number (TIN)

Sila rujuk panduan video di bawah untuk perincian lanjut :

Cara Menggunakan STAMPS Untuk Urusan Pentaksiran & Duti Setem

Walaupun STAMPS merupakan sistem dalam talian, pengguna berstatus Individu tetap masih perlu menghadirkan diri ke kaunter di pejabat LHDN.

Maklumat atau dokumen yang ingin di setemkan perlu diisi terlebih dahulu dalam STAMPS sebelum menghadirkan diri ke kaunter LHDN dengan membawa dokumen asal.

Maklumat yang dimasukkan dalam sistem STAMPS akan disimpan sebagai deraf dan hal ini akan mempercepatkan proses penyeteman dokumen.

Setelah bayaran diterima, sijil setem LHDN akan dikeluarkan kepada individu tersebut.

Gambar di bawah adalah carta aliran proses menggunakan STAMPS bagi urusan pentaksiran dan duti setem LHDN.

stamps lhdn

Sila rujuk video di bawah untuk perincian lebih lanjut:

Sewa Tutorial Penyeteman Menggunakan Telefon Bimbit

Pindahmilik Tutorial Penyeteman Menggunakan Telefon Bimbit

Bayaran Dan Cetakan Sijil Tutorial Di Dalam Telefon Bimbit

MUAT TURUN MANUAL PENGGUNA:

pdf MANUAL PENGGUNA – INDIVIDU
pdf MANUAL PENGGUNA – PENGGUNA SYARIKAT (EJEN)
pdf MANUAL PENGGUNA – PENYETEMAN DOKUMEN PERIBADI DI KAUNTER
pdf MANUAL PENGGUNA – BYRHASIL
pdf MANUAL PENGGUNA – BAYARAN FPX
pdf PANDUAN CETAKAN SIJIL

Maklumat Lanjut

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, tuan/puan boleh menghubungi Pejabat Setem Cawangan / Pusat Khidmat Hasil LHDNM yang berdekatan atau emel kepada STAMPS ([email protected])

Ikuti media sosial rasmi LHDN:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut