SPGATM atau UGAT adalah sebuah sistem khas yang diwujudkan untuk membuat semakan penyata gaji bagi ahli Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Bagaimanakah cara login SPGATM dan apa yang pelru dilakukan jika terlupa kata laluan?
Rujuk maklumat di bawah.
Pengenalan Kemudahan Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
Kerjaya sebagai Angkatan Tentera Malaysia menawarkan pelbagai peluang seperti:
- Peluang melanjutkan pengajian di dalam dan luar negara.
- Perkhidmatan kesihatan dan pergigian percuma di setiap kem/pengkalan.
- Berek bujang dan rumah keluarga disediakan.
- Cuti tahun mengikut pangkat.
- Rebat keretapi dan kapal terbang.
- Bantuan pendidikan.
- Bayaran elaun dan insentif sebagai seorang pegawai tentera.
- Berpeluang untuk ditauliahkan sebagai seorang pegawai tentera.
Pengenalan Skim Gaji ATM
Skim Gaji – Bagi skim gaji askar laskar ATM menggunakan pakai kelayakan kemasukan pelbagai seperti berikut:
- SPM – Mencapai kredit bagi matapelajaran Bahasa Melayu/Malaysia, serta lulus Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris. Gaji permulaan di band 1 adalah setelah lulus Kursus Asas Perajurit Muda selama 6 bulan iaitu RM 1,136.83 manakala gaji maksimum RM 5,474.76.
Cara Daftar Masuk / Login Sistem Gaji ATM (SPGATM)
Untuk log masuk ke Portal SPGATM, sila ke pautan berikut: https://spgatm.ugat.mil.my/
Anda perlu memasukkan nombor tentera, nombor kad pengenalan awam serta alamat emel yang sah dan betul semasa kali pertama log masuk ke Portal SGATM.
Walaubagaimanapun anda dikehendaki untuk menukar nama pengguna dan kata laluan bagi tujuan keselamatan dan memelihara kerahsiaan informasi anda.
CARA LOGIN SPGATM UGAT
- Sila layari https://spgatm.ugat.mil.my/
- Masukan nombor tentera,nombor kad pengenalan awam dan emel yang sah untuk login SPGATM UGAT kali pertama.
- Kemudian sila tukar nama pengguna dan kata laluan
Baca juga: e-Penyata Gaji JANM: Semakan Slip Penyata Gaji Online
Maklumat Gaji & Elaun Angkatan Tentera Malaysia
Berikut adalah maklumat gaji dan elaun Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
ELAUN
- Elaun Pakaian Istiadat bagi Pegawai RM 1500.00 setiap 3 tahun sekali.
- Elaun Pakaian Tahunan Pegawai RM 500.00 setahun.
- Tuntutan perjalanan ke tempat kerja.
- Elaun Bantuan Sara Hidup.
- Elaun Kepakaran bagi yang layak.
- Elaun insentif khas ATM RM 200.00 sebulan.
INSENTIF
- Pemberian insentif bagi anak-anak anggota ATM yang cemerlang dalam UPSR, PMR dan SPM dan tawaran pengajian tinggi.
- Bonus tahunan (jika ada).
- Khairat kematian RM3000.00.
KEMUDAHAN
- Rawatan Perubatan Percuma termasuk untuk keluarga dan Ibu Bapa.
- Wad Kelas 1 di Hospital Kerajaan (Ikut Pangkat).
- Pinjaman Perumahan/ Kenderaan/ Komputer/ Pendidikan.
- Rumah Keluarga bagi anggota/pegawai yang telah berkahwin.
- Penginapan serta sajian di Wisma-wisma mengikut pangkat bagi anggota/Pegawai Bujang.
- Kemudahan membeli-belah di PERNAMA.
- Rebet 25% Tambang KTMB.
- Waran perjalanan.
- Insuran Kelompok ATM.
- Peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma/Ijazah Sarjana Muda/Sarjana/PhD dengan tajaan ATM.
- Cuti Tahunan dengan bilangan hari mengikut pangkat.
- Kemudahan dan perbelanjaan perubatan bagi anggota tentera dan tanggungan:
- Rawatan di Hospital Angkatan tentera dan Rumah Sakit Angkatan Tentera seluruh Malaysia.
- Rawatan di Institut Jantung Negara.
- Rawatan penyakit buah pinggang di Pusat dialysis swasta.
- Rawatan kemandulan primer.
- Rawatan kecemasan di hospital/klinik swasta.
- Rawatan d luar Negara bergantung kepada syarat-syarat dan peraturan yang telah ditetapkan.
- Kemudahan perubatan yang tidak dapat dibekalkan/disediakan (ubat, alat, perkhidmatan, perubatan oleh klinik kerajaan)
- Bantuan perbekalan alatan.
- Pembekalan lat Ortopedik.
- Pembekalan kerusi roda.
- Alatbantu pendengaran.
- Pembekalan alat-alat lain.
- Ransum percuma semasa latihan/kursus/bertugas.
- Latihan Peralihan sebelum Tamat Perkhidmatan.
- Kemudahan Pinjaman Koperasi Tentera.
- Keahlian dalam Kelab Rekreasi.
- Kemudahan Sukan dan Rekreasi.
- Pinjaman Tabung Pendidikan ATM (TAPAT) dan skim Pinjaman Pendidikan ATM (SPAAT) –Pinjaman Pendidikan Tinggi Tanpa Faedah.
- Kemudahan Caruman Sukarela Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).
Baca juga: KT Online: Pendaftaran & Semakan Dividen Koperasi Angkatan Tentera
Maklumat Lanjut
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA
Sekretariat, Kementerian Pertahanan, Jalan Padang Tembak, 50634 Kuala Lumpur, Malaysia
Telefon: +603 – 20712004 | 2014
Laman web: https://www.mafhq.mil.my/