SPdPR KPM: Sistem Pelaporan PdPR Standard Untuk Guru Setiap Negeri

spdpr kpm
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

SPdPR – Sistem Pelaporan Standard Untuk Guru KPM Setiap Negeri

Bagi menyokong pelaksanaan PdPR di seluruh negara, Kementerian Pendidikan Malaysia telah membangunkan satu sistem pelaporan PdPR standard bagi kegunaan guru-guru Malaysia.

Sistem Pelaporan PdPR (SPdPR) akan mula digunakan di negeri Terengganu dan Negeri Sembilan (rintis) mulai 17 Mei 2021 dan akan diperluaskan ke negeri-negeri lain secara berperingkat mulai 22 Mei 2021.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang Sistem Pelaporan PdPR ini.

Apakah SPdPR?

Sistem Pelaporan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (SPdPR) merupakan satu aplikasi pengurusan pelaporan PdPR secara dalam talian yang dibangunkan bagi mengumpul maklumat pelaksanaan PdPR, pemantauan, pelaporan dan pelaksanaan tindak susul di peringkat sekolah, PPD, JPN dan KPM.

Baca juga: Portal DELIMa KPM: Cara Login & Guna Pelbagai Fungsi Untuk PdPR

Manual Pengguna: Panduan Mengisi Pelaporan SPdPR

Ikuti Panduan Pengisian Pelaporan Standard PdPR bagi mendapatkan gambaran awal sistem ini, juga sebagai persediaan menggunakannya nanti.

spdpr kpm
spdpr kpm
spdpr kpm

KPM komited memastikan pelaksanaan PdPR sentiasa ditambahbaik dari segi bimbingan dan pengurusan demi kualiti pendidikan Malaysia yang lebih baik.

Sistem Pelaporan Standard PdPR ini dibangunkan Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing.

Pautan SPdPR adalah berbeza bagi setiap negeri, maka pastikan link anda betul :

Baca juga: Jadual PdPR Selepas Hari Raya Aidilfitri & Cuti Penggal Sekolah KPM 2021

Maklumat Lanjut, Pertanyaan & Aduan

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Sistem Pelaporan PdPR Standard ini, sila rujuk Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Sektor Pembelajaran, JPN masing-masing.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut