Kerajaan Negeri Terengganu menawarkan Skim Pembiayaan Khas Bazar Ramadan (SPBAR) untuk membantu penjaja kecil dan peniaga bazar Ramadan yang berdaftar bagi tahun 2021.
Skim ini bertujuan membantu peniaga bazar Ramadan yang ingin berniaga tetapi tiada modal pusingan yang mencukupi.
Justeru, bagi mereka yang memerlukan, boleh mohon melalui Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU).
Di sini dikongsikan maklumat selanjutnya bagi yang berminat untuk memohon.
Apakah Bantuan Skim Pembiayaan Khas Bazar Ramadan (SPBAR)?
Skim Pembiayaan Khas Bazar Ramadan (SPBAR) telah diperkenalkan sejak tahun 2019 dengan peruntukan sebanyak RM160,500 dan disalurkan kepada 141 ahli persatuan tersebut.
Namun pada tahun 2020 ia dihentikan kerana tiada penganjuran bazar Ramadan pada tahun tersebut berikutan pandemik COVID19.
Jumlah Bantuan Skim Pembiayaan Khas Bazar Ramadan (SPBAR)
Skim ini menawarkan pembiayaan modal pusingan antara RM1,000 hingga RM3,000 untuk peniaga ahli Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Terengganu yang berdaftar.
Baca juga: SPIN TEKUN: Skim Pembiayaan Informal Hingga RM5,000 Untuk Usahawan
Syarat Pembiayaan
Pinjaman Skim Pembiayaan Khas Bazar Ramadan (SPBAR) ini perlu dibayar semula kepada YPU sebelum 31 Syawal.
Dalam hal ini, YPU yakin peniaga mampu membayarnya semula dalam tempoh tersebut kerana telah mendapat wang pusingan modal dan keuntungan hasil perniagaan sepanjang Ramadan.
Baca juga: JAKIM: Panduan Solat Tarawih Bersendirian Sepanjang PKP
Cara Permohonan Skim Pembiayaan Khas Bazar Ramadan (SPBAR)
Mereka yang berminat boleh menghubungi Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) atau Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Terengganu untuk maklumat lanjut.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila ke laman web www.ypu.com.my untuk download borang pembiayaan atau hubungi Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu di talian 096242424 (bahagian pembiayaan) untuk maklumat lanjut.