TAWARAN MENGIKUTI KURSUS SIJIL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SPAK) TABIKA KEMAS SIRI 2 TAHUN 2024 (kis.kemas.gov.my)
Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) telah mempelawa seluruh warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon tawaran mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SPAK) TABIKA/TASKA KEMAS bagi tahun 2025.
Permohonan secara dalam talian dibuka mulai 31 Januari 2025 hingga 14 Februari 2025.
Berikut dikongsikan maklumat lanjut berkaitan tawaran ini.
Tawaran Mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak 2025 (SPAK KEMAS)
TAWARAN MENGIKUTI KURSUS
SIJIL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SPAK) TAHUN 2025
Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak (SPAK) Tahun 2025.
Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak KEMAS terbahagi kepada dua kategori iaitu:
- Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) : kanak-kanak 2 – 4 Tahun
- Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA) : Kanak-kanak 4 – 6 Tahun
MAKLUMAT KURSUS
- Tempat : Institut / Pusat Latihan KEMAS
- Tempoh : Tiga (3) bulan atau tertakluk kepada perubahan yang ditetapkan oleh Jabatan
Kursus ini bukanlah satu jaminan kepada calon untuk dilantik sebagai kakitangan kontrak (contract of service) KEMAS.
SYARAT KELAYAKAN
1.1 Calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(i) Warganegara Malaysia;
(ii) Berumur 21 tahun ke atas dan tidak melebihi 35 tahun pada tarikh tutup iklan;
(iii) Diploma Akademik dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
(iv) Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
1.2 Terbuka kepada:
i. TABIKA calon lelaki dan perempuan.
ii. TASKA calon perempuan sahaja.
1.3 Telah menamatkan pengajian (telah selesai majlis konvokesyen) dan mempunyai skrol diploma serta transkrip dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 2.7 ke atas.
1.4 Diperakui sihat oleh Pengamal Perubatan Berdaftar dan bukan penghidap penyakit kronik/berjangkit.
1.5 Indeks jisim tubuh (BMI) tidak melebihi 30.
1.6 Tidak berkhidmat sebagai kakitangan lantikan tetap atau kontrak (contract of service) dalam perkhidmatan awam.
1.7 Aktif dalam aktiviti kemasyarakatan atau sukan.
Sila rujuk lampiran di bawah:
Cara Permohonan Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak (SPAK) KEMAS 2025
Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui pautan https://kis.kemas.gov.my
Sila rujuk langkah-langkah pendaftaran dan permohonan online seperti berikut:
Baca juga:
Tarikh Semakan Keputusan Permohonan
Calon-calon Temuduga kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SPAKK) yang telah berlangsung boleh mula menyemak keputusan pada tarikh yang akan dimaklumkan.
Semakan boleh dibuat melalui pautan https://kis.kemas.gov.my/
Maklumat Lanjut Permohonan Online (kis.kemas.gov.my)
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk lampiran dan pautan di bawah : https://kis.kemas.gov.my
Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui saluran berikut:
- Facebook: KEMAS Jabatan Kemajuan Masyarakat
- Telefon : 03-8891 2682
- Tiktok : kemastv1
- Youtube: kemastv
- Laman web rasmi: https://kemas.gov.my
- Laman permohonan rasmi: https://kis.kemas.gov.my/