Sotong Katak merupakan salah satu sotong yang popular dan yang terdapat di Malaysia.
Sotong ini dikenali sebagai sotong yang berbentuk besar dan beratnya boleh melebihi 10.5kg bergantung kepada tempat dan lokasi.
Mengenai Sotong Katak
Sotong Katak atau lebih dikenali sebagai Cuttlefish ialah sotong yang mempunyai cengkerang dalaman (tulangnya), pupil berbentuk W yang besar, dan lapan lengan dan dua tentakel dengan penghisap bergigi kecil, digunakan untuk menangkap mangsanya.
Sotong ni mempunyai jutaan sel pigmen yang dipanggil sebagai chromatophores yang membolehkan sotong ni bertukar warna dan mampu menyamar serta menyamai warna keadaan sekeliling.
Terdapat kira kira 100 spesies sotong katak telah ditemui setakat ini, biasanya mempunyai badan sepanjang 25 centimeter.
Spesies sotong ini yang terbesar berada di negara Australia, iaitu Australian Giant Cuttlefish yang mampu membesar sehingga 50 sentimeter.
Sotong ini mempunyai 3 jantung dan biasanya boleh ditemui sehingga kedalaman 600 meter di dalam air dan jangka hayat seekor sotong katak ni sekitar 1-2 tahun sahaja.
Sotong ini merupakan antara salah satu sotong yang berada di Malaysia selain:
- Sotong Putih
- Sotong Jarum
- Sotong Kurita
- Sotong Besar
- Sotong Torok
- Sotong Mengabang
- Sotong Ketupat
Saiz Sotong Katak
Sotong ini mampu membesar kira-kira 30 cm panjang (sotong raksasa boleh membesar sehingga 100 cm).
Selain itu, sotong ini juga mempunyai 8 lengan dan 2 prahensil (kemampuan untuk mencengkam) tentakel di sekitar bahagian kepalanya.
Harga Pasaran
Untuk harga bagi sotong ini, ini adalah adalah beberapa contoh harga sotong ini di pasaran:
i- Lotus: RM17.90/Kg
ii- mySeafoodMart- RM39.00/Kg
iii- Selek- RM17.25/Kg
Masakan Pilihan
Sotong ini juga menjadi pilihan untuk beberapa masakan yang popular dan antara masakan pilihan bagi sotong ini adalah seperti berikut:
i- Singgang
ii- Masak Kicap
iii- Masak Sambal/Merah
iv- Goreng Kacang Panjang
Sumber: https://www.umpan.com.my/mengenal-identiti-sotong-katak/
Baca juga: Udang Kering: Proses Penyediaan, Harga & Perbezaan Jenis